Skip to main content

Diari Cinta Eryna 39



Bab 39
Hari ni rumah Fakhrul Izwan buat kenduri kesyukuran. Ramai yang datang. Tetamu-tetamu VIP pun ada jugak. Tak lupa jugak ayah dengan ibu pun datang.
Hubungan aku dengan Emylia pun dah bertambah baik sekarang. Dia sering datang ke rumah aku untuk belajar masak. Dulu aku fikir dia masih menyimpan perasaan cinta terhadap suamiku ini. Rupa-rupanya tidak. Dia betul-betul dah berubah sekarang.
“Jauhnya termenung?” Tegur Emylia lalu mencuit bahuku. Aku yang leka memerhatikan kolam ikan itu mengajaknya duduk di taman mini sementara menunggu pihak lelaki membaca yasin.
“Taklah. Saya cuma tengah fikirkan sesuatu ni...” Jawabku sambil menongkat dagu.
“Ohh ya ke? I rasa you tak elok banyak fikir sangat. Sebab you kan dah bahagia sekarang.” Ujar Emylia.
“Hai korang. Nak borak tak ajak aku.” Lantas Nureen melabuhkan punggungnya di sebelahku.
“Kau ni pun. Datang bagilah salam dulu. Ni tak, main redah aje.” Aku memberikan pandangan sinis kepada sahabatku ini. Dia hairan melihat aku seakrab ini dengan Emylia.
“Kau kenapa pandang aku macam tu? Gaya macam nak makan aku je. Daging aku bukan sedap pun...” Omel Nureen.
Dalam senyuman sinis aku, tekakku tiba-tiba terasa semacam dan loya. Nak kata aku tak sarapan tadi, tak pulak. Aku makan elok je.
“Korang tunggu kejap eh? Aku nak pergi bilik air kejap.” Ujarku lalu bergegas pergi ke bilik air. Mujurlah bilik air dekat je. Tak perlu nak masuk ke dalam. Lalu belakang je...
Aku memuntahkan seluruh isi perutku di dalam sinki. Aku mengusap perutku berulang kali.
“Kau okey tak ni?” Tanya Nureen risau dengan keadaanku. “Aku okey...” Ujarku lalu rebah di atas lantai. “Eryna!” Jerit Nureen lalu memegang badanku.
“Biar I panggilkan Arul...” Getus Emylia cemas.
“Pergilah panggil cepat!” Dengus Nureen sambil menahan aku dari jatuh ke atas latai..

“Tahniah, isteri you pregnant! Baru three weeks. So, saya cadangkan isteri you kena banyak berehat dan banyak minum susu okey?” Ujar doktor Farah pada Fakhrul Izwan.
“Three weeks?” Getus Fakhrul Izwan.
“Maknanya sebulanlah abang...” Kataku lalu menepuk bahu suamiku.
“Ya ke? Alhamdulillah, thanks doktor!”
“Macam mana dengan Eryna?” Soal Datin Nurul prihatin. Dia memaut lenganku. Prihatin sunggun mama mertua aku ni. Begitu juga dengan ibu. Ibu memaut lengan sebelah kananku.
“Untuk pengetahuan semua, She’s pregnant!” Ujar Fakhrul Izwan.
“Alhamdulillah... Berapa bulan?” Tanya ibu.
“Baru three weeks.” Getus Fakhrul Izwan.
“Tak sabar nak tunggu kak Eryna bersalin. Mesti comel anak buah Fasha nanti!” Dengus Fasha.
“Amboi Fasha...” Usik Nureen lalu tangannya mencubit pipi gebu Fasha. Tersengih-sengih dia apabila Nureen mencubit pipinya begitu kuat. “Fasha jangan amik hati eh! Akak Nureen gurau je tadi.”
“Maknanya nanti umur anak kita sama kan?” Getus Emylia.
“Haah, memang pun.” Balas Nureen.
“Abang, nanti esok teman saya beli barang baby eh?” Tukasku pada Fakhrul Izwan.
“Siap, bos!”
“Amboi, baru mengandung dah nak beli barang baby?” Dengus ibu manakala ayah memberikan senyuman nipis padaku. Aku tersenyum sendiri. “Cucu ibu dengan ayah jugak...” Getusku lalu memeluk ibuku.
“Akhirnya impian ibu dengan ayah nak ada cucu sampai jugak. Ingat pesan ibu, bila Lyssa dah betul-betul bahagia nanti jangan lupa kami...” Pesan ibu. Mataku berair. “Betul kata ibu tu. Jangan lupa ayah jugak.” Sambung ayah.
“Lyssa janji, Lyssa takkan lupakan ayah dengan ibu.” Balasku sambil mengelap air mataku.


“Sayang suka baby boy ke baby girl?” Tanya Fakhrul Izwan padaku.
“Saya suka baby girl. Kalau boleh saya nak, anak kita ada lesung pipit macam mama dengan papa dia...” Ujarku.
“Abang pulak, abang nak baby boy! Baby boy tak kuat merengek macam baby girl.”
“Suka hati abanglah. Nanti kita nak letak nama anak kita apa ek?” Ujarku sambil membelek buku nama-nama indah.
“Kalau lelaki, abang nak letak Muhammad Aril Fakhrudin” Cadang Fakhrul Izwan “Kalau perempuan pulak... Nur Arissa Liyana. Okey tak?” Sambung Fakhrul Izwan lagi.
“Okey sangat!” Kataku sambil buat thumbs up kepadanya.
“Bulan depan, abang ingat nak buat kejutan untuk sayanglah. Sayang jangan pergi mana-mana tau?” Tukas Fakhrul Izwan.
“Okey, kejutan apa ek?”
“Adalah rahsia... Istimewa khas untuk sayang.” Fakhrul Izwan mendekatkan mukanya di telingaku. Baru sahaja dia mahu bergerak lebih dekat lagi, aku pantas menolak mukanya.
“Abang ni ada-ada je tau.” Jawabku sambil menahan ketawa yang tak lama lagi meledak akibat aku menolak mukanya tadi. Hahaha!
 “Kalau macam tu, sayang kena pakai baju yang abang beli hari tu.”
“Baju apa pulak? Sorry saya lupa...”
“Alah baju yang abang belikan untuk sayang masa sebelum kahwin tulah.”
“Ohh yang tu. Hmm, abang...”
“Apa dia sayang?” Soal Fakhrul Izwan.
“Nanti bila abang dapat cuti lagi, saya ingat nak balik kampunglah. Rindu kut kat ayah dengan ibu! Lama tak jumpa dengan dia orang. Boleh tak bang?” Getusku.
“Insya-Allah boleh sayang. Rasanya abang pun dah lama tak jumpa ayah dengan ibu.”


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I