Skip to main content

Diari Cinta Eryna 9



Bab 9
 “Eryna!!!” Nyaring suara Nureen memanggilku. “Apa...” Jawabku malas. “Ni ha, ada mesej masuk dalam telefon kau. Kau tak dengar ke?” Marah Nureen.
“Sorry ah Nureen. Tadi aku solat. Lagipun aku tak perasan yang telefon aku ada kat bawah.” Kataku. Aku lantas membuka mesej dari Fakhrul.
Salam... Sye blum selesai lgi dgn awk. Ade bnda pnting sgt ni. Please Eryna, bls msg ni.
“Siapa yang hantar mesej tu?” Soal Nureen.
“Fakhrul...”
Wasalam... Jumpa sye dkt Secret Recipe ptg ni.
Betul ke ni? Alhamdulillah... Awak pegi dgn spe?
Betulllah. Sye pegi dgn Nureen.
Okey.
“Nureen... Kau free tak petang ni?” Soalku pada Nureen yang sedang fokus menyiapkan assignmentnya.
“Free kut. Kenapa?” “Tak, ingatkan nak ajak kau temankan aku pergi Secret Recipe petang ni.” Getusku. “Betul ke? Wahh kau nak belanja aku lah ni!” Ujar Nureen teruja.
“Kau jangan salah faham pulak. Aku pergi sana bukannya suka-suka. Tapi ada seseorang yang aku nak jumpa. Harap kau faham.” Ujarku tenang.
“Ohh sorry. Aku dah tau dah siapa. Mesti Fakhrul kan?” Teka Nureen. “Yup...”



“So ada apa hal yang penting sangat nak bagitau saya ni? Please jangan buang masa saya.” Ujarku pada Fakhrul Izwan.
“Nureen mana? Tadi bukan awak cakap dia ikut sekali ke?” Soal Fakhrul Izwan.
“Dia singgah Rainbow kejap nak beli barang. Cepatlah cakap. Saya banyak kerja lain nak buat ni.” Getusku.
“Okey. Nah...” Balas Fakhrul lalu menghulurkan sebuah buku yang berwarna ‘pink’ kepadaku. Aku kaget apabila melihat diari aku. Selama ni dia yang simpan diari aku. Susah nak percaya oh! Macam dalam mimpi aje. Fakhrul Izwan memegang erat jari-jemariku.
Aku hanya merenung matanya. “Lyssa Eryna... Sebernanya, saya cintakan awak. Saya cintakan awak dari dulu lagi. Saya sayangkan awak.” Ucap Fakhrul Izwan.
Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia cintakan aku?” Aku bermonolog di dalam hati. “Fakhrul... Macam mana awak tau yang saya pernah sukakan awak dulu?” Soalku lalu mengalihkan tanganku. Kalaulah aku boleh rakam moment tadi.
“Saya dah baca semuanya dalam diari awak tu. Maafkan saya sebab lambat pulangkan diari awak dan terbaca semua rahsia awak.” Balas Fakhrul Izwan.
“Ohh. Okeylah saya balik dulu.” Kataku lalu berlalu dari situ. Lega hati aku bila dah dapat balik diari kesayangan aku ni. Aku betul-betul tak sangka yang selama ni dia yang simpan diari aku. Dah sebulan kut diari aku hilang. Yang paling memalukan dia boleh baca semua rahsia aku! Hmm... Malunya aku! Tak apa. Yang penting diari aku dah dapat. Alhamdulillah...
“Ouch! Kau buta ke?” Soal perempuan yang melanggarku tadi. Dia yang langgar aku, salahkan aku pulak. “Saya tak buta. Sorry sebab terlanggar awak tadi.” Akhirnya aku mengalah jugak. “Lain kali kalau nak jalan tu guna mata. Dah tepi sikit!” Kata perempuan tu lalu menolakku.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...