Skip to main content

Diari Cinta Eryna 8



Bab 8
“Wei, minggu depan dah exam. Aku ingat nak pinjam buku rujukan kat library.” Kataku pada Nureen. “Aku pun sama. Jom pergi library sekarang. Lagipun sekarang kita tak ada kelas.” Ujar Nureen. “Tunggu! Saya nak ikut...” Pinta Faizal tercungap-cungap akibat berlari mengejar kekasih hatinya itu.
Sedang aku nak pergi ke kaunter peminjaman, aku bertembung dengan Fakhrul Izwan bersama seorang perempuan cantik. Mungkin Emylia. Aku dengan dia sungguh ketara. Tapi bukan ke mereka dah putus? Tak mungkin. Sebab aku tengok Emylia memaut erat lengan Fakhrul Izwan. Sama cantik, sama padan.
“Eh Eryna... Awak buat apa kat sini?” Soal Fakhrul Izwan. Emylia di sebelahnya memandangku sinis. Mungkin Emylia tak selesa dengan aku. “Saya nak pinjam buku sebab minggu depan kan dah exam. Saya pergi dululah nanti girlfriend awak marah pulak...” Ujarku lalu cepat mengatur langkah ke kaunter peminjaman. “Baby, siapa perempuan tadi tu?” Soal Emylia. Dia cukup meluat dengan Eryna.
She is my friend. Why?” Balas Fakhrul Izwan. “Nothing.” Jawab Emylia.

“You Eryna kan? I nak jumpa you petang ni kat Tasik Titiwangsa.” Jelas Emylia. “Kenapa awak nak jumpa saya pulak?” Soalku hairan. Emylia hanya mendiamkan diri sahaja. Dia terus mengatur langkah tanpa menjawab soalanku tadi. Sombongnya dia. Taulah dia hot, cantik kat kampus ni.
“Hai Eryna...” Sapa Fakhrul Izwan. “Hmm...”
“Awak janganlah macam ni. Saya datang ni nak tanya khabar awak, sihat ke tak. Lagipun saya dah janji dengan awak kan, kalau awak dah sembuh saya nak bagitau sesuatu kat awak. Penting ni...” Ujar Fakhrul Izwan.
“Saya sihat alhamdulillah... Awak tak perlu bagitau apa-apa kat saya. Lain kali okey? Saya ada kelas ni.” Getusku. “Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Awak ada nampak Nureen tak?” Ujarku. “Tadi saya nampak dia dengan Faizal kat kantin.” Balas Fakhrul Izwan. Fakhrul Izwan berasa serba salah terhadap Eryna. Sepatutnya Eryna tidak patut melihat dia dengan Emylia tadi. “Mungkin dia sakit hati agaknya tengok aku dengan Emylia tadi.” Desisnya.



Setelah sampai di Tasik Titiwangsa, aku sudah nampak kelibat Emylia di situ. Agaknya dia nak apa jumpa aku? Tak pernah-pernah pun.
“Assalamualaikum... Ucapku pada Emylia. “Waalaikumussalam... Datang pun kau.” Balas Emylia. “Boleh saya tau kenapa awak nak jumpa saya?” Soalku. “Kenapa aku nak jumpa kau? Macam ni lah. Sebernanya masa Arul tegur kau kat library tadi, aku nampak dia macam happy sangat bila dapat jumpa kau.” Getus Emylia.
“Tak adalah. Awak jangan salah faham. Saya dengan dia cuma kawan je.” Ujarku. “Kawan? Ya ke? Aku tak percayalah. Kalau kau nak tau, Arul tu tunang aku. Then tak lama lagi kita orang akan kahwin. Keluarga aku rapat dengan keluarga dia. Kalau keluarga dia dapat tau yang Arul sukakan kau, mana mungkin dia orang akan terima sebab kau tu cuma perempuan kampung!” Ujar Emylia panjang lebar.
Air mataku sudah merembes keluar. Aku tak sangka yang selama ni dia sanggup tipu aku. Memang hubungan aku dengan Fakhrul Izwan cuma kawan tapi kenapa dia tergamak buat aku macam ni? Kenapa dia tak bagitau aku awal-awal yang dia dah bertunang dengan Emylia. Aku hanya membatukan diri apabila Emylia menghina aku sebegini.
“Kenapa kau diam? Kau tak payah nak berdrama kat sinilah. Nak menangis bagai. Nampak sangat kau suka dia kan. Dahlah Eryna. Kau memang tak layak untuk dia. Mulai hari ni, aku tak nak tengok lagi kau rapat dengan dia, faham!” Getus Emylia sambil membetulkan rambut lurusnya yang ditiup angin.
Aku langsung tidak memandang Emylia pada masa ini. “Aku balik dululah.” Akhirnya aku bersuara. Emylia hanya tersenyum sinis.


“Ya Allah Eryna... Kenapa kau nangis ni? Cuba cerita kat aku.” Getus Nureen. “Tak ada apalah Nureen. Mata aku masuk habuk masa drive tadi.” Kataku cuba mengelak.
“Kau jangan nak tipu akulah Eryna. Dari riak muka kau, aku tau kau memang nangis. Ceritalah kat aku, kenapa?” Ujarnya lagi. “Kan aku dah cakap tadi, tak ada apa, tak ada apalah!” Balasku. “Kalau macam tu okeylah. Sorry tau Eryna...” Kata Nureen. “Sorry pasal apa pulak?” Kataku.
“Tadi aku chat dengan Fakhrul Izwan kat facebook. Dia mintak nombor telefon kau, aku bagi. Sorry sangat-sangat...” Ujar Nureen.
“Kenapa kau bagi? Kenapa kau tak tanya aku dulu. Kau ni...”
Aku tak sanggup nak dengar nama dia lagi. Fakhrul Izwan. Dari dulu sampai sekarang, aku masih cintakan dia. Atau sekadar cinta monyet? Hmm...
“Eryna...” Panggil Nureen mematikan lamunanku. “Janganlah macam ni. Aku tau Eryna aku tak macam ni. Eryna aku selalu happy dan sentiasa bagi aku semangat bila aku ada masalah. Please Eryna... Cuba cerita apa masalah kau sebernanya? Mana tau aku boleh tolong.” Ujar Nureen lalu mengesat air mataku.
“Sebernanya... Sebernanya, tadi Emylia jumpa aku. Dia tak suka aku dengan tunang dia...” Getusku perlahan.
“Hah? Tunang? Siapa tunang dia?” Soal Nureen seakan tidak percaya. “Fakhrul...” Kataku.
“Astagfirullah. Kesian kau Eryna. Sampai hati Fakhrul tipu kau yang dia dah putus dengan Emylia.” Dengus Nureen lalu memelukku erat. “Tulah pasal. Aku pun tak sangka boleh jadi macam ni. Tapi sebernanya dia tak salah apa-apa pun.” Ujarku lalu meleraikan pelukanku dengan Nureen.
“Kenapa pulak?” Soal Nureen. “Memang dia tak salah. Bukannya aku ni kekasih dia nak menangis-nangis bagai. Aku ni cuma Secret Admire dia aje. Tu pun belum tentu dia tau yang aku suka dia. Aku redha jelah apa yang berlaku sekarang ni. Dia orang dah bertunang dah pun. Tak lama lagi dia orang akan kahwin.” Terangku panjang lebar.
“Aku tak tau nak cakap apa lagi dah. Kau sabar jelah... Ni semua dugaan dari Allah swt. Ramai lagi lelaki yang lebih baik dari dia.” Balas Nureen.
“Wei, aku masuk tidur dululah. Ngantuk dah ni.” Ujarku cuba mengubah topik.
“Kejaplah wei. Relakslah, malam masih muda. Esok kita bukan ada class pun.” Kata Nureen.
“Malam masih muda? Dah pukul 10.30 malam dah cik kak oi! Aku bukan suka tidur lambat-lambat ni. Lagipun minggu depan nak exam. Kena rehatkan otak.” Omelku lalu memejamkan mataku.
“Yalah Eryna... Kau tidurlah. Sweet dream friend...
Baru aku nak nyenyak tidur, tiba-tiba telefon aku berbunyi pulak. Siapa pulaklah yang call aku malam-malam buta ni. Mengacau betul!
Aku terus menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam, siapa ni?” “Cuba teka siapa?” Main teka-teka pulak. Aku tengah moody ni. “Kau ni siapa? Cakap ajelah! Aku malaslah nak layan orang yang aku tak kenal ni.”
“Okey, ni Secret Admire awak.” “Tengok, main-main lagi. Sebernanya kau ni siapa?” “Fakhrul...” Aku terus mematikan talian. Malas nak layan orang macam tu. Lebih baik aku tidur. Lyssa Eryna akhirnya lena dibuai mimpi. Mimpi yang indah sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I