Skip to main content

Diari Cinta Eryna 1



Bab 1
“Nureen!!! Kau ada nampak diari aku tak?” Soalku pada teman serumah sewaku iaitu Nureen Nabila. “Manalah aku tahu. Kau sendiri yang simpan diari kau tanya orang pulak. Aku nak sentuh sikit diari kau pun tak boleh.” Balas Nureen sambil leka membaca majalah Intrend. “Iyalah. Mana tau kau ada nampak mana-mana… Masalahnya aku dah simpan elok-elok dalam laci, siap kunci lagi tau. Bila bukak balik hari ni, hilang. Nureen… Please tolong carikan diari kesayangan aku tu. Kalau tak nanti aku tak nak belanja kau coklat lagi.” Getusku merayu-rayu pada Nureen.
“Hish kau ni, yalah-yalah! Diari kau tu warna apa eh?” Soal Nureen. “Pink…” Jawabku pendek. “Si Eryna ni kalau cari bukan nak guna mata. Banyak guna mulut dari mencari. Gelabah semacam. Padahal diari jek kut…” Omel Nureen di dalam hati. “Haa, jumpa tak wei?” Sergahku dari belakang. “Kau ni… Buat terperanjat aku jek tau. Nasib baik kawan kau ni tak kena heart attack.” Dengus Nureen lalu menyelak selimut. Mana tau diari kesayangan sahabatnya itu ada kat situ.
“Belum lagilah. Betul ke kau ada simpan diari kau tu dalam laci? Entah-entah kau simpan tempat lain ke or tercicir mana-mana ke…” Getus Nureen. “Nureen…” Panggilku perlahan. “Ye sayang oii!” Balas Nureen. “Sebernanya diari aku tu tercicir dekat kampus semalam. Sorry eh… Serius aku tak ingat yang diari aku tu tercicir. Time tu aku kelam-kabut sangat nak masuk kelas.” Ujarku sambil tersengih nakal pada Nureen.
“Haa kan aku dah agak. Aku rasa kau tak boleh nak ambik balik diari kau tu sebab…” “Sebab apa wei? Kau tahu tak, aku sayang sangat kat diari aku tu. Diari aku tu ibarat nyawa aku. Semua benda, rahsia segala bagai ada dalam tu. Hmm…” Dengusku perlahan. “Kau ni kan Eryna, aku belum habis cakap lagi kau dah menyampuk. Dengar dulu apa yang aku nak cakap ni.
“Kau nak tau sebab apa kau tak boleh ambik balik diari kau tu? Sebab mana tau esok kau nak carik balik diari kau tu, belum tentu jumpa. Dah tentu kat kampus kita tu ramai orang. Mestilah orang terjumpa and then dia akan ambik. Habislah kau Eryna…” Getus Nureen. “Kau ni cakap tak guna otaklah Nureen. Saja nak takutkan aku. Kalau orang tu terjumpa diari aku sekalipun, mungkin dia akan pulang balik? Sebab dalam tu aku ada tulis biodata aku.” Ujarku dengan nada serius.
“Aku tahu mesti ada kisah si ‘dia’ kan?” Kata Nureen sambil mengenyitkan mata sebelah kananya. Ingat comellah tu. “Si ‘dia’?” Soalku bingung.
“Alah buat-buat tak tahu pulak dia… Secret Admire kau dululah! Siapa tu… Alah aku tak ingat nama dia. Dulu masa kita form three, kau selalu ajak aku usha dia dari jauh. Aku ingat lagi kau selalu cerita pasal dia. Come onlah Eryna… Jangan buat-buat lupa. Aku masih ingat semuanya. Tak silap aku dia popular kat sekolah dulu. Maklumlah lelaki handsome ni memang ramai benar peminatnya…” Ujar Nureen.
Baru aku ingat siapa Secret Admire aku tu dulu. Apa yang Nureen cakap tu semua betul. Aku banyak cerita pasal ‘dia’ kat diari aku. Sebab tulah aku tak nak orang lain baca. Malu oh!
“Kau ni kan… Memang nak kena dengan aku!” Kataku lalu mencubit peha Nureen. “Wei, sakitlah. Betul kan apa yang aku cakap. Haa tengok tu. Senyum sorang-sorang macam kerang busuk aku tengok. Tersengih-sengih. Ni tak lain, tak bukan tengah fikir pasal ‘dia’ lah tu. Aku hanya tersenyum sedari tadi. Malu kut bila cerita zaman sekolah menengah aku dulu. Hehehe…
Aku memang suka mengenakan sahabat baikku ini. Yalah siapa lagi aku nak mengadu masalah kalau bukan Nureen? Nureenlah satu-satunya kawan baikku yang setia dengan aku dari kecik lagi.
So, aku tak kisahlah kalau dia nak membebel ke apa! Kita orang sama-sama belajar dulu sampailah sekarang. Aku dengan Nureen mengambil kos yang sama iaitu kos perubatan. Nak jadi doktorlah katakan...
Nureen pantas mencubit lenganku. Aku mengusap lenganku kerana cubitan Nureen ni memang sungguh berbisa! “Kau ni suka berangan kan? Dari dulu lagi aku tengok kau ni suka senyum sorang-sorang.” Ujar Nureen.
“Ikut suka akulah! Bukan kacau kau pun kan?” Aku menyindir sahabatku balik. “Memang tak kacau aku tapi menganggu tumpuan aku nak siapkan assignment! Kadang-kadang aku takut tengok kau ni. Mana tahu kau dah sakit jiwa ke. Aku jugak yang kena hantar kau kat Tanjung Rambutan nanti.” Omel Nureen.
Amboi pedasnya ayat dia tu! Tengoklah, aku cakap sikit je. Dia membebel punyalah panjang macam mak nenek. Aku hanya menahan telingaku.
“Tanjung Rambutan? Eh aku masih waras lagilah wei!” Jawabku lantas menarik rambut Nureen.
“Okey fine!” Bidas Nureen sambil tabik ke arahku. Merajuk latu!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I