Skip to main content

Diari Cinta Eryna 25



Bab 25
Mimpiku jadi kenyataan! Aku tak percaya yang hari ini betul-betul aku kahwin dengan dia. Aku dapat tau dari ibu. Semua family Fakhrul Izwan dah berkumpul di Masjid Shah Alam. Cuma aku je yang tak bersedia lagi. Aku rasa gementarlah pulak. Nureen tolong aku!

“Nureen, aku takutlah...” Omelku pada Nureen. “Buat apa nak takut? Hari ni kau akan jadi isteri orang. Cantik kawan aku sorang ni.” Balas Nureen.
“Yalah aku tak terfikir pun nak kahwin secepat tu.”
“Cepat apanya! Umur kau pun dah nak masuk dua puluh lima tahun dah. Apa salahnya... Tengok aku, dah sah dah dengan Faizal tu. Dulu aku pun tak suka dia. Sekarang kita orang loving tau.”
“Yalah Nureen...”
“Lyssa... Cepat sikit! Family Arul dah tunggu lama dah kat sana.” Pinta ibu.
“Okey bu.”
“Ingat tau nanti bila kau bersanding, aku nak jadi pengapit kau. Jangan cari pengapit lain.” Getus Nureen. “Ya! Aku tak lupa punya....”


“Aku terima nikahnya Lyssa Eryna binti Khairudin dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai.” Aku terkesima mendengar Fakhrul Izwan melafazkan akad nikah itu sambil bergoncang tangan dengan tok kadi. Fakhrul Izwan sempat memandang aku sambil tersenyum.
 Kemudian, Fakhrul Izwan menyarungkan cincin emas ke jari manisku. Saat itu air mataku tumpah kerana terlalu gembira. Fakhrul Izwan mencium dahiku dan buat kali pertamanya aku menyalam tangannya.
“Cantik bini kau Arul...” Puji Shahrul, salah seorang kawan baik Fakhrul Izwan dulu. Nak je aku cucuk-cucuk mata si Shahrul ni. Dari tadi tak lekang mata dia pandang aku atas bawah. Macam tak pernah tengok perempuan aje!
“Thanks bro. Awek kau pun apa kurangnya...” Balas Fakhrul Izwan berbasi-basi sahaja kerana dia perasan Shahrul sedari tadi memandang wajah isterinya.
“Awek? Ni tunang akulah wei.” Jawab Shahrul lalu memaut erat pinggang tunangnya. Fakhrul Izwan lega kerana Shahrul sudah mempunyai tunang rupanya. Ingatkan sahabatnya ini mahu merampas Eryna daripadanya.
“Apa-apapun, tahniahlah Rul. Akhirnya kau kahwin jugak dengan pilihan kau sendiri. Aku lega sebab kau tak kahwin dengan orang yang salah.” Ujar Shahrul.
“Terima kasih Shah. Aku memang takkan pilih orang yang salah untuk jadi isteri aku.” Getus Fakhrul Izwan lalu memandangku.
“Macam nilah kawan aku...” Kata Shahrul lalu menepuk bahu sahabatnya.

“Tak sabar aku nak tengok korang bersanding esok.” Getus Nureen padaku. “Bersanding? Awak... Kita bersanding ke esok?” Soalku pada Fakhrul Izwan pula.
“Yalah sayang... Habis tu? Kita bersanding kat hotel taraf lima bintang.” Ujar Fakhrul Izwan. “Wahh! Betul ke apa yang aku dengar ni?” Dengus Nureen seakan tidak percaya.
“Betullah agaknya. Awak ni kan, suka membazir tau. Kenapa buat kat hotel? Kenapa tak buat kat dewan?” Soalku.
“Sayang ni... Banyak tanya pulak. Saya buat semua ni khas untuk awak sayang. Kita kahwin sekali je tau. Mana ada orang kahwin banyak kali. Sebab tulah saya nak buat besar-besaran.” Tukas Fakhrul Izwan.
“Manalah tau awak nak kahwin lagi satu nanti...”
“Boleh ke saya kahwin lagi satu nanti? Sayang tak kisah? Yeah!” Getus Fakhrul Izwan. “Telinga saya panas je dengar ni. Saya cakap sikit, awak lebih-lebih pulak! Dahlah, jom Nureen.” Dengusku seakan merajuk.
“Nak pergi mana?” Soal Nureen tergesa-gesa. “Alah sayang... Merajuk pulak dia. Esok nak bersanding nanti muka awak tu dah tak berseri nanti.” Kata Fakhrul Izwan.
“Wahai puteraku a.k.a suamiku yang tersayang... Saya nak ajak Nureen balik rumah then nak baring. Penat tau melayan perangai awak tu.”
“Balik rumah siapa?” Soal Nureen. “Kau ni lurus bendul tak bertempatlah Nureen. Balik rumah akulah. Nak balik rumah siapa lagi?” Getusku.
“Tapi... Kau kan baru je kahwin?”
“Aku tak kira!”
“Eryna... Sayang kan isteri abang. Mestilah sayang kena balik rumah abang. Seorang isteri wajib taat pada suaminya. Ingat, syurga isteri di tapak kaki suami tau. Jangan jadi isteri derhaka pulak. Abang tak nak isteri abang jadi macam tu sebab abang sayangkan sayang.” Terang Fakhrul Izwan.
Wow! Sejak bila pulak dia pandai bagi aku nasihat ni? Wake up Eryna! Dia suami kau. Kau kena ikut cakap dia...
“Dah latu Arul... Sudah-sudahlah usik Lyssa tu. Kesian ayah tengok dia. Esok nak bersanding sepatutnya buat persiapan.” Ujar ayah yang tiba-tiba muncul di antara kami di luar masjid.
“Tau tak apa ayah.”
“Malam ni saya cadangkan abang dan isteri tidur di rumah saya jelah. Senang sikit nak buat persiapan untuk persandingan anak kita esok.” Ujar Uncle Fadzli.
“Baiklah Dato’. Tapi saya rasa segan pulak. Tak sangka kan kita berbesan sekarang.” Balas ayah lalu bersalaman dengan Uncle Fadzli.
“ Pandai Arul pilih calon isteri dia. Dahlah cantik, pandai, sopan-santun pulak tu...” Puji Uncle Fadzli.
“Nanti Eryna boleh panggil Uncle papa okey?” Getus Uncle Fadzli padaku pula. “Boleh je Uncle opss papa...” Dengusku. Aku sempat memandang sinis pada Fakhrul Izwan.

Inilah kali pertama aku masuk ke bilik Fakhrul Izwan. Besarnya bilik dia! Aku tengok dah macam saiz ruang tamu kat kampung aku tu haa. Rasa bilik dia lagi besar kut. Lantas aku melabuhkan punggungku di atas katil milik suamiku. Mana suami aku ni? Dari tadi aku tak nampak batang hidung dia pun...
Aku mengambil ‘port’ di atas katil Fakhrul Izwan ni. Aku baring lalu terlelap seketika. Sedang aku terlena dibuai mimpi, aku merasakan tubuhku digeletek. Ada yang nak kena ni!
“Ohh mak kau!” Aku melatah apabila terpandangkan Fakhrul Izwan yang duduk di birai katil itu. Mana nak letak muka ni? Agaknya dia nampak aku tidur tadi. “Awak dah mandi belum? Sedapnya awak tidur atas katil saya eh...” Ujar Fakhrul Izwan lalu mengambil tempat di sebelahku. Aku semakin tidak keruan. Jantungku berdegup kencang. Aku masih tidak memandang matanya.
“Saya gurau jelah awak. Saya tengok awak tidur dengan baju nikah lagi ni. Nak saya tolong gantikan baju awak ke?” Gurau Fakhrul Izwan. Aku pantas menjawab.
“Tak payah! Saya boleh tukar sendiri.” Jawabku pendek. Aku sempat lagi mengukirkan senyuman plastik padanya.
“Awak tak kisah ke kalau saya tidur atas katil awak ni?” Soalku was-was kepadanya.
“Tidur ajelah. Awak kan isteri saya? Dahlah saya nak tidur ni. Esok kita nak bersanding lagi. Nasib baik saya suruh awak tidur je, kalau saya mintak malam pertama nanti...”
Fakhrul Izwan merapatkan dirinya ke arahku. Aku semakin takut jika dia mengapa-apakan aku. Tapi... Dia kan suami aku? Buat apa aku nak takut. Bukannya dosa pun.
“Awak ni banyak cakaplah. Okeylah saya nak tidur ni. Sebelum tu, suka hati awaklah nak buat apa pun.” Ujarku selamba. Betul ke aku buat keputusan ni? Ah biarlah... Dia kan suami aku yang sah. Fakhrul Izwan terus menutup lampu biliknya. Apa yang terjadi seterusnya, biarlah rahsia...


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I