Skip to main content

Diari Cinta Eryna 27



Bab 27
Kini aku bahagia bersama suamiku yang tercinta ini. Sudah tiga bulan usia perkahwinan kami. So, hari ni aku dah mula bekerja. Tugas aku ialah seorang doktor. Manakala Fakhrul Izwan pula seorang jurutera. Adil kan? Dan yang paling penting sekarang ni, aku dengan Fakhrul Izwan dah pindah kat rumah sendiri. Privasy sikit, hehehe...
“Abang... Saya pergi dulu tau. Breakfast saya dah sediakan kat atas meja tu ha.” Ujarku pada Fakhrul Izwan.
“Kejaplah sayang oi! Biar abang hantarkan sayang. Bahaya tau pergi sorang-sorang.” Balas Fakhrul Izwan sambil membetulkan tali lehernya.
“Tak apalah bang, saya dah biasa pergi kerja sorang. Abang okey tak tu?” Getusku.
“Tak okey... Sayang, tolong betulkan tali leher abang ni ha. Susah betul!” Kata Fakhrul Izwan. Dia ni sengaja tau buat aku lambat. Sabar jelah Eryna...
“Meh sini saya betulkan tali leher awak tu. Okey dah siap! Senang je kan? Abang ni sengaja tau buat saya lambat. Dahlah hari ni saya baru masuk kerja.” Ujarku.
“Jom kita breakfast dulu. Sayang ni banyak cakaplah.”
“Tak nak. Okeylah saya pergi dulu. Saya ni jenis yang tak suka melengah-lengahkan kerja. Awak tu lainlah. Bye sayang!” Kataku lalu melambai-lambaikan tanganku pada Fakhrul Izwan. Fakhrul Izwan berpeluk tubuh. “Geramnya aku dengan bini aku ni. Tak reti sabar.” Omel Fakhrul Izwan di dalam hati.
“Macam mana dengan rumah tangga kau, okey?” Soal Nureen perlahan. “Nureen sayang... Aku paling tak suka kalau cerita pasal ni kat tempat kerja. Nanti lunch baru aku cerita kat kau eh? Sorrylah aku busy ni... Ramai sangat patient.” Ujarku pada Nureen. Nureen menjenggilkan matanya. Takut aku dibuatnya.
“Okey.” Kata Nureen lalu keluar dari bilikku. “Merajuk latu...” Desisku di dalam hati. Telefonku berbunyi tanda ada orang menelefonku. Oh, suami aku rupanya. “Kejap eh puan...” Getusku pada seorang pesakit wanita.
“Assalamualaikum sayang... Buat apa tu?” Getus Fakhrul Izwan. “Waalaikumussalam abang, saya busylah sekarang ni. Tengah rawat patient, nanti kalau saya free saya call balik eh.” Ujarku lalu mematikan talian.
“Dia ni memang nak kena dengan aku. Aku baru nak ajak dia lunch... Haish!” Getus Fakhrul Izwan.



“Nureen... Sorrylah pasal tadi. Aku tak ada niat pun nak marah kau.” Ujarku pada Nureen. Nureen hanya mendiamkan diri. Tiada sebarang respon pun.
“Nureen! Kau marah kat aku ke?” Soalku lalu memegang pergelangan tangannya. “Tengah marah ni. Tapi aku bukan marahkan kau. Aku cuma takut aku ni tak subur.” Dengus Nureen.
“Tak subur? Apa kau merepek ni? Aku tak fahamlah...”
“Yalah aku kan dah lama kahwin dengan Faizal. Tapi sampai sekarang aku tak ada anak. Si Faizal tu sibuk sangat nak anaklah bagai.” Ujar Nureen.
“Kau sabar jelah wei. Satu hari nanti adalah tu rezeki kau. Ni lunch kau nak makan apa? Aku belanja hari ni.”
“Hmm... Aku tak nak makan apa-apa pun. Kau jelah yang makan eh?” Getus Nureen.
“Haa, aku tau kau nak makan apa... Aku belanja kau coklat nak tak? Aku pun sebernanya malas nak makan berat-berat ni. Jom kita pergi Seven Eleven, kat situ ada jual banyak coklat.”
“Kau ni tau-tau je aku kempunan nak makan coklat. Boleh je kita pergi sana tapi sekejap jelah sebab confirm lepas lunch ni ramai patient yang kita nak kena rawat. Jomlah cepat...” Pinta Nureen.
“Amboi, kempunan nampak! Jom.” Kataku lalu membawa Nureen ke Seven Eleven.


“Abang cari apa tu?” Soalku hairan tengok suami aku sorang ni tercari-cari sesuatu kat almari aku. Habis baju aku digeledahnya.
“Cari something...” Ujar Fakhrul Izwan.
“Yalah, something tu apa benda? Kat almari saya tu bukan ada emas pun.” Getusku .
“Adalah. Sayang ada tulis diari lagi tak?” Soal Fakhrul Izwan.
“Diari? Ohh saya dah tau dah abang nak cari apa. Diari saya kan? Nak buat apa dengan diari saya tu?” Dengusku.
“Abang nak bacalah. Mana tau ada ‘entry’ baru yang sayang tulis. Abang nak tau jugak secret isteri abang ni.” Kata Fakhrul Izwan.
“Kejap eh bang...” Aku terus mencapai kunci laciku yang terletak di dalam bakul kemudian aku membuka laci peribadiku. Macam-macam ‘secret’ dalam laci tu. Sebab tu kena sorokkan jauh-jauh sikit kunci laci aku tu.
“Nah...” Getusku lalu memberikan diari kesayanganku itu.
Fakhrul Izwan apa lagi, dia terus membuka diari aku tu then dia bukak bahagian yang paling last sekali aku tulis. Pandai dia ni...
Aku tengok suami aku ni khusyuk sangat baca diari aku ni. Entah apa yang best sangat agaknya.
Alhamdulillah... Berkat doa ayah dan ibu aku, skg aku dh bergelar doktor. Memandangkan aku amik cuti seminggu untuk menenangkan fikiran di destinasi yg menjadi pilihanku iaitu di Perth, Australia, bolehlah aku cuti puas-puas! Hehehe... Aku pun tak sangka boleh smpai sini. Bila dh smpai sini, orang-orang yg aku sayang kt Malaysia tu terutamanya family aku and Nureen, rindu gila kt dia orang! Jauh kut... Sebernanya aku ke sini sebab naluriku kuat mengatakan ada ‘seseorang’ yg sedang menunggu aku kt sini. Agak-agak siapa ek? Entah-entah dia? Hmm... Tak mungkinlah. Dia kt London, aku kat Perth. Jauh beza! Actually... Aku rindu dia sangat-sangat! Siapa? Ya, Fakhrul Izwan. Lelaki yg paling aku cintai. Aku harap satu hari nanti, Allah swt pertemukan jugak aku dengan dia. Amin... Okeylah smpai sini jek yg aku boleh tulis. Lenguh tgn aku nk tulis panjang-panjang.
“Berkat doa sayang, akhirnya kita dipertemukan jugak kan?” Ujar Fakhrul Izwan tiba-tiba jiwang.
“Apa yang awak cakap ni?” Soalan bodoh jugak yang aku tanya kat dia.
“Yalah. Abang tau sayang pergi Perth dulu sebab nak jumpa abang kan?”
“Mana ada... Ish perasan betul! Siapa entah nak jumpa dia.” Getusku. “Abang taulah sayang... Dari dalam diari nilah abang tau semuanya dulu. So, sayang tak boleh nak elak lagi dari abang.” Ujar Fakhrul Izwan lalu mencuit hidungku.
“Diari ni jugaklah kan yang menemukan kita. Saya yakin jodoh kita masih panjang...” Dengusku. Eh apa yang aku cakap ni? Merepek betul!
“Ya Eryna. Sebab tulah kalau boleh saya tak nak tinggalkan awak. Saya sayangkan awak lebih dari saya sayangkan nyawa saya sendiri. Percayalah sayang...Awaklah segalanya bagi saya.” Ujar Fakhrul Izwan lalu mengusap rambutku.
“Saya pun sama... Saya mintak maaf pasal pagi tadi. Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak lagipun saya memang nak cepat.” Getusku. “Tak sayang. Abang tak ambik hati pun pasal pagi tadi. Abang sebernanya dah rancang nak kenakan sayang tapi... Tak jadilah. Abang tau isteri abang ni macam mana...” Kata Fakhrul Izwan.
“Hmm...”
“Kenapa ni sayang?”
“Abang, kalau saya tanya ni jangan marah okey?”
“Sayang nak tanya apa?” Soalnya.
“Saya teringin nak tau siapa perempuan pertama yang berada dalam hati abang...” Soalku perlahan lalu melentokkan kepalaku di bahu Fakhrul Izwan.
“Betul ke ni sayang nak tau? Kalau bukan awak macam mana?”
“Mestilah. Saya tau memang bukan saya sebab tu saya tanya ni.”
“Sayang nak tau siapa perempuan yang bertuah tu? Perempuan yang dah lama berada dalam hati abang. Dari dulu sampailah sekarang.” Ujar Fakhrul Izwan.
“Saya tau, mesti Emylia kan? Emylia kan kawan rapat abang dulu... Mama yang cerita hari tu.”
“Shutt.. Tak sayang, bukan dia. Tapi Lyssa Eryna binti Khairudin...” Balas Fakhrul Izwan.
“Saya ke? Tipulah. Kalau betul pun, sejak bila?” Soalku ingin tahu.
“Sejak dari sekolah menengah lagi. Sayang nak tau sebab apa abang tergila-gila sangat kat sayang dulu? Sebabnya, awak baik sangat masa tu. Perangai awak tak macam perempuan lain yang saya kenal. Couple dengan saya semata-mata nak kan populariti.
 Tapi saya tau awak tak macam tu. Saya kenal awak pun masa saya nampak awak berucap kat atas pentas dulu. Awak budak cemerlang PMR dulu kan? Saya tengok awak sopan je . Awak comel sangat masa tu. Awak jangan ingat saya tak nampak awak usha-usha saya dari jauh dulu tau.” Terang Fakhrul Izwan lalu tersengih. Cantik pulak lesung pipit dia.
Aku tengok lelaki ni jarang ada lesung pipit. Kalau ada, mesti comel habis macam suami aku ni. Aku terkejut dengar dia cerita pasal zaman sekolah menengah dulu. Maknanya dari dulu dia suka aku? Biar betul... Patutlah dulu dia pandang aku semacam jek. Macam nak makan pun ada! Huh!
“Abang... Saya masuk tidur dululah eh? Ngantuklah.” Getusku. “Tukar topik pulak dia. Abang tengah feeling ni, dia boleh nak tidur pulak. Kacau betul...” Omel Fakhrul Izwan.
“Alah nanti esok malam, kita sambung cerita eh? Sebab esok pagi saya kena bangun awal.” Ujarku
“Yalah-yalah... Sayang tidurlah eh. Tidur mimpikan abang tau... Abang pun penat ni. Good Night sayang...”
Aku tak sedar yang kepalaku bersandar di dadanya. Bahagianya aku. Terima kasih Fakhrul Izwan kerana membahagiakan aku. Aku yakin kaulah tulang rusukku yang aku cari selama ni.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I