Skip to main content

Diari Cinta Eryna 15



Bab 15
Azan Subuh berkumandang di telingaku. Aku bangun lalu mencapai tuala untuk membersihkan diri. Aku sempat melihat Fakhrul Izwan dan Faizal yang sedang nyenyak tidur di atas toto yang disediakan ibu semalam. Aku sungguh merindui wajah Fakhrul Izwan. Ya, rindu. Hanya Allah swt je tau betapa dalamnya rindu aku kat dia.
“Lyssa... Pergi kejut kawan-kawan Lyssa tu bangun, solat Subuh.” Pinta ayah. “Ya ayah...” Jawabku lalu mengejut mereka bangun. “Fa...Fakhrul... Izal... Bangun, solat Subuh.” Ujarku. Fakhrul Izwan dan Faizal terus bangun dan memisat matanya. Fakhrul Izwan merenungku semacam. Aku hanya membalasnya dengan jelingan.
“Dah pergi mandi sana. Kita jemaah sama-sama.” Ujar ayah. Usai mandi, aku terus memakai telekung dan berdiri di saf sebelah ibu. “Siapa nak jadi imam?” Soal ayah pada Fakhrul Izwan dan Faizal. “Arul, pak cik. Sebab kat U, dia selalu jadi imam.” Getus Faizal.
Aku terkedu mendengar penjelasan Faizal yang mengatakan Fakhrul Izwan selalu jadi ‘imam’ dulu. “Apa pulak aku? Kaulah...” Marah Fakhrul Izwan. “Dah biar kamu Arul jadi imam. Pak cik tau kamu boleh.” Kata ayah. Aku tersenyum sinis pada Fakhrul Izwan.
Selepas menunaikan solat Subuh dua rakaat, aku terdengar Fakhrul Izwan membaca setiap bait doa. Aku tersentap seketika. Seolah-olah aku tidak percaya yang dia boleh mengimamkan kami. Adakah satu hari nanti, dia boleh mengimamkan aku juga? Tak Eryna. Dia milik orang lain. Hmm...
Sepanjang hari ini, aku berkurung saja di dalam bilik. Tadi Nureen ajak aku keluar, tapi aku malas sebab ada ‘dia’. Aku mengutuskan untuk duduk di rumah je. Malas nak keluar. Aku cuba membuka laci meja solekku dan mengambil diariku. Aku menyelak satu per satu. Mana tau ada apa-apa ke. Last-last memang ada pun.
Tak sayang... Kita bukan macam langit dengan bumi. Awak sungguh istimewa bagi saya. Saya cintakan awak. Awak ialah jantung hati saya. Nyawa saya. Saya sudah meletakkan azam untuk memperisterikan awak suatu hari nanti. Insya-Allah.... I Love U So Much Dear!
Aku tahu ni mesti dia yang buat. Siap hias cantik-cantik lagi.
24 Mei 2006
Ya, saya pun cintakan awak. Tapi malangnya Emylia menjadi penghalang hubungan kita. Saya teringin sekali nak jadi isteri awak. Nak jadi makmum awak. Saya tahu awak ialah lelaki yang tepat buat saya. I Love U Too Dear...
Aku membalas kata-katanya itu dengan sepenuh hatiku. Sejujurnya aku memang ikhlas cintakan dia. Dari dulu lagi. Tapi aku tau, aku memang tak layak untuk dia sebab kalau nak dibandingkan aku dengan Emylia, dia lagi cantik. Dia kaya, berpelajaran, senior lagi. Dan aku? Aku hanyalah perempuan kampung yang masih belajar di kampus itu.
Aku merenung wajahku di cermin. Aku mengambil sikat dan menyisir rambutku yang ikal paras bahu.
“Lyssa!” Nyaring suara ibu memanggil aku. Aku terus pergi ke bilik ibu. “Kenapa bu?” Soalku panik melihat ibu terbaring di atas katil. “Tolong urutkan kaki ibu. Kaki ibu terseliuh ni...” Pinta ibu. “Macam mana boleh terseliuh ni bu... Lyssa pergi ambik minyak gamat kejap. Kesian ibu. Ayah mana?” Soalku menanyakan ayah pula.
“Ayah kan kerja kat pekan.” Balas ibu. “Okey...” Jawabku.
“Lyssa... Ibu rasa, ibu tak laratlah nak masak hari ni. Lyssa masak boleh tak? Apa salahnya kalau sekali sekala anak dara ibu sorang ni memasak... Ibu teringin nak rasa masakan Lyssa.” Getus ibu.  Aku dahlah tak pandai masak. Kalau setakat maggi, nasi goreng tu bolehlah. Kalau nak masak lauk-pauk ni... Sorrylah aku failed sikit.
“Boleh tak ni? Ni berangan pulak. Berangankan siapa tu? Fakhrul?” Desis ibu mematikan lamunanku.
“Ibu ni... Ke situ pulak. Tak ada maknanyalah Lyssa nak berangankan si Fakhrul tu! Buang masa jek. Boleh tu memang boleh Lyssa masak. Tapi Lyssa kureng sikit kalau bab-bab lauk-pauk ni. Macam mana ni bu?” Getusku sambil menggaru kepalaku yang tak gatal.
“Nah... Ibu tau Lyssa tak pandai masak. Lyssa boleh tengok resepi ni...” Ujar ibu sambil menghulurkan buku resepi kepada aku.
“Okey beres! Ibu, Lyssa nak pergi dapur ni. Tak sabar pulak nak masak...” Getusku lalu tersengih. Ibu hanya membalasnya dengan senyuman.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I