Skip to main content

Diari Cinta Eryna 32



Bab 32
Aku dan Fakhrul Izwan memilih untuk makan di warung saja. Malas nak pergi jauh-jauh. Makan kat warung pun sedap jugak. Tak payah nak pergi kat restoran mahal-mahal.
“Awak nak makan apa?” Soalku pada suamiku yang tercinta ni. Aku sempat lagi mengenyitkan mataku kepadanya. Tak senang duduk dia.
“Abang nak makan nasi goreng kampung jelah. Sayang pulak?”
“Saya pun nak nasi goreng kampung jugaklah!” Ujarku buat-buat manja.
“Sweetlah isteri abang ni.”
“Sweetlah sangat... Sawit adalah! Hehehe...”
“Gelak pulak dia. Sayang nak minum air apa?”
“Saya nak minum milo ais.”
“Milo ais malam-malam buta ni?” Soalnya kaget.
“Yalah. Favourite kut! Awak pulak?”
“Nak sama macam sayang jugaklah.”
“Hek eleh, kereklah abang ni!”
“Lamanya orang tu masak. Abang dahlah tengah lapar ni...” Omel Fakhrul Izwan. “Sabarlah... Lagipun air dah sampai dulu kan. Tengoklah malam-malam macam ni pun masih ramai yang makan kat warung. Bukan kita je...” Ujarku.
“Taulah sayang oi! Perut abang ni dah mainkan macam-macam lagu, tau tak?”
“Tak tau!” Getusku lalu menjelirkan lidah kepadanya. “Nakal betul, isteri siapalah ni...”
“Isteri Edward Cullen!” Gurauku. “Ada pulak Edward Cullen... Kalau sayang nak Edward Cullen, abang ambik Bella Swanlah. Adil kan?”
“Bella Swan tu heroin movie Twilight. Sesuailah dengan pasangan dia, Edward Cullen...” Sambungku.
“Tapi kan awak, Edward Cullen tu handsome gila kan? Cair saya dibuatnya. Kalah awak!”
“Hmm... Yalah saya mengaku kalah. Abang tau abang tak handsome macam hero Twilight tu.” Getus Fakhrul Izwan.
“Awak ni... Touching pulak. Saya gurau jelah. Bagi saya, abanglah yang paling handsome. Tu yang saya terpikat tu. Hahaha...”
“Ya ke? Kalau sayang nak tau, sayanglah isteri yang paling cantik yang abang pernah kenal.” Ujar Fakhrul Izwan.
Pada malam itu, aku sempat menunaikan solat istikharah. Aku ingin meminta petunjuk dari Allah swt. Aku juga percaya pada diri aku yang aku harus kuat untuk menempuh pelbagai dugaan dari Allah swt ini. Aku harap aku akan bersama Fakhrul Izwan hingga ke akhir hayat. Aku akan pastikan juga tiada siapa lagi yang akan menghancurkan rumah tangga aku.
Aku merenung wajah suamiku yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Aku mengambil tempat di sebelahnya lalu aku mengucup pipinya.
“Mak!!!” Fakhrul Izwan separuh menjerit kerana terkejut melihat aku belum membuka telekung lagi. Mesti dia ingat aku pocong. Kelakar tengok suami aku sorang ni.
“Abang, ni sayalah Eryna...” Aku cuba meyakinkannya. Fakhrul Izwan mengurut dadanya berulang kali. Dia memisat matanya lalu mencubit pipiku yang tembam ni.
“Sayang ni buat terkejut abang jelah. Abang ingatkan apa benda tadi. Rupanya sayang... Nasib baik abang tak kena sakit jantung tau.” Getus Fakhrul Izwan.
“Abang ni... Tak baik cakap macam tu tau.” Lantas aku membuka telekung dan menyidainya di penyidai baju.
“Sayang buat apa kat abang tadi? Awak jangan ingat abang tak rasa apa yang awak buat tadi...” Ujarnya manja.
“Saya cuma... Tak ada apalah! Dahlah abang tidur balik eh? Esok kan kerja? Kesian abang...” Sempat lagi aku berloyar buruk dengannya semata-mata nak elak perkara tadi berlaku. Kalau dia tahu yang aku kucup pipinya tadi. Bengang aku!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam