Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 7



Bab 7
Tengku Syahril mundar-mandir di depan pintu pejabatnya. Menurut setiusahanya tadi, pengurus jualan di syarikatnya telah lama menghilangkan dirinya tanpa sebab. Dia buntu sama ada dia mahu menghubungi anak lelakinya, Azrie atau tak. Tapi sebagai seorang bapa, takkan dia nak ganggu percutian anaknya di Port Dickson itu? Nanti apa kata Azrie pulak?

Nak tak nak, dia harus menghubungi anaknya juga. Kalau tidak, dia boleh jadi bankrup. Tengku Syahril mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menekan nombor Azrie.

“Assalamualaikum papa, ada apa call Azrie pagi-pagi ni? Selalu papa kan sibuk waktu macam ni...” Ujar Azrie di dalam talian.

“Waalaikumussalam. Azrie, dengar dulu apa yang papa nak cakap ni.” Balas Tengku Syahril serius sekali.

“Okey.” Jawab Azrie pendek. “Papa nak Azrie jadi pengurus jualan di syarikat papa lepas Azrie balik dari PD. Please, papa harap sangat Azrie dapat beri komitmen kerana Encik Azhar sudah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi.” Ujar Tengku Syahril.

“Apa? Papa nak Azrie yang uruskan semua tu? Hmm, tengoklah macam mana nanti. Sebab Azrie mana pandai nak jadi pengurus jualan bagai ni. Tak pun papa cari je orang lain.”

“Azrie, anak papa... Papa percaya kat kamu sorang je nak. Kalau tak, bankrup papa tahu! Siapa nak tanggung makan minum kamu dan yang lain nanti? Takkan nak harapkan mama? Mama pun ada kerjaya dia sendiri sebagai pereka fesyen yang terkenal.” Getus Tengku Syahril tegas.

“Insya-Allah papa. Azrie akan fikir semua tu bila Azrie dah balik sana nanti okey?” Azrie terus mematikan talian dan berfikir sejenak. Betul ke apa yang aku buat ni? Takkanlah aku nak jadi pengurus jualan kat syarikat papa sedangkan aku masih setahun jagung lagi... Ijazah pun belum dapat lagi dah nak uruskan syarikat besar.


Seperti biasa, Fareen lincah membuat kerja-kerja di warung. Kadang-kadang dia membantu ibunya memasak kerana terlalu ramai pelanggan. Abahnya pula sering menangkap ikan di laut. Katanya murah sikit nak buat lauk. Tangkap ikan terus hantar kat warung. Ketika Fareen sedang mengambil pesanan, dia ternampak Azrie. Wajahnya yang selalu ceria kini bertukar menjadi masam macam cuka. Ada apa ya?

“Assalamualaikum... Boleh saya duduk?” Soal Fareen lantas menghenyakkan punggungnya di kerusi yang terletak di hadapan Azrie.

“Waalaikumussalam, boleh duduklah...” Balas Azrie. “Awak nampak macam tak happy jek? Kenapa? Cuba cerita kat saya.” Ujar Fareen sambil tersengih.

“Tak ada apalah awak. Saya cuma rindu kat keluarga saya jek. Mana Aqish dengan Qila? Dia orang tak datang warung pulak hari ni...” Getus Azrie cuba mengubah topik. Dia tidak mahu menceritakan hal sebenar pada Fareen. Azrie juga tidak mahu Fareen tahu yang dia datang dari keluarga yang berada. Dia bimbang Fareen tak suka bergaul dengan orang berada sepertinya.

“Dia orang tu kadang-kadang je datang tolong. Aqish ada tapi dia balik rumah kejap. Kawan awak yang lagi sorang tu mana? Selalunya saya nampak awak dengan dia...” Ujar Fareen.

“Biasalah... Dia tu bukan suka sangat berjalan macam saya. Kalau boleh nak duduk terperap dalam rumah.”

“Oh macam tu. Sebelum ni awak duduk mana? Saya tak pernah nampak pun awak kat sini?” Getus Fareen sambil mengetap bibirnya.

“Err saya baru lagi kat sini. Saya ingat nak belajar berdikari tu yang pindah PD dengan kawan saya. Keluarga saya pulak tinggal jauh dari sini. Dekat Felda...” Ujar Azrie cuba mengelak lagi.

“Mesti best kan kalau saya jadi macam awak. Boleh belajar kat universiti lepas tu berdikari...” Desis Fareen.

“Fareen! Reen buat apa berborak kat sana tu? Curi tulang ya? Sejak bila anak ibu ni dah pandai nak curi tulang... Pergi rumah Balqish sana. Panggil dia suruh dia tolong Reen.” Bebel Farah pada anaknya.

“Ya bu... Hmm awak, nanti kalau ada masa kita sambung lagi eh? Awak tak order apa-apa lagi ke? Kalau belum saya belanja awak minum okey...” Ujar Fareen lalu mengatur langkah ke dapur untuk membancuh air milo ais kegemaran Azrie.

“Nah milo ais... Favourite awak kan?” Getus Fareen sambil meletakkan secawan milo ais di atas meja Azrie. Azrie tersenyum sendiri. Belum sempat dia nak berkata apa-apa, gadis ini sudah menceriakannya terlebih dahulu. Bertuah siapa dapat gadis yang bernama Fareen Nuralisa satu hari nanti...

“Terima kasih Reen.” Ucap Azrie ringkas.

“Sama-sama... Saya pergi dulu. Nanti ibu saya bising pulak...” Jawab Fareen sambil mengukirkan senyuman. Sejak mengenalinya, Fareen tidak lekang dengan senyumannya yang cukup manis bagi Azrie.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I