Skip to main content

Diari Cinta Eryna 31



Bab 31
“Nurse, tolong ambilkan maklumat pesakit kat bilik dua.” Pintaku pada jururawat yang bertugas di klinik itu.
“Baik, doktor.” Jawab jururawat itu.
“Nah ni maklumat pesakit yang baru check kat sini semalam.” Kata jururawat yang bernama Ain itu.
“Okey, terima kasih Ain...” Getusku lalu menyemak satu per satu maklumat pesakit itu. Alangkah terkejutnya aku apabila maklumat pesakit yang aku semak ni ialah Emylia. Sakit apa dia? Baik aku baca dulu sampai belakang.
Aku dapati memang dia mengandung tapi aku tak rasa yang anak dalam kandungan dia tu anak suami aku. Siapa sebernanya anak yang dalam kandungan dia tu? Hmm...
Tok.. Tok.. Tok...
“Masuk.” Kataku pada orang yang mengetuk pintu tadi.
“Dr. Eryna kan?” Soal perempuan itu padaku. Dia memandangku sinis.
“Ya, kenapa eh?” Soalku pada perempuan itu. Aku terkejut kerana perempuan itu tiba-tiba mengunci pintu bilikku.
“Mesti kau nak tau aku ni siapa kan? Ni akulah, Adila. Tak kenal ke? Aku kawan Emylia yang sama-sama kenakan kau dulu. Takkan kau tak ingat kut? Untuk pengetahuan kau, aku datang sini sebab nak pertahankan kawan aku, Emylia. Aku nak kau tolong lepaskan Arul demi Emylia. Please Eryna... Emylia terlalu sayangkan Arul. Kau tau kan, anak yang dalam kandungan dia tu anak Arul.” Terang Adila.
“Cukup Adila. Ni klinik tempat orang sakit datang. So, aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau. Kalau kau datang sini semata-mata nak bakup Emylia, baik kau baliklah wei. Aku dah lali dengan semua ni. Anyway, kalau kau nak tolong Emylia untuk dapatkan Arul, sorrylah aku tak boleh nak tolong. Kau pergilah tanya Arul sendirilah eh?” Ujarku membuatkan Adila berpeluk tubuh.
“Kurang ajar punya perempuan!” Adila hampir mahu menampar aku, aku pantas memegang pergelangan tangannya. Dia ingat aku ni siapa yang dia senang-senang nak tampar bagai. Ni Erynalah. Dulu aku lain, sekarang lain. Sorry beb!
“Sini kau!” Getusku lalu menarik tangannya dan pantas membuka tombol pintu untuk menolak Adila keluar dari bilik itu.
“Pengawal!” Laungku. Semua orang di situ memandangku. Pengawal segera datang dan menarik Adila untuk bangun.
“Eh, aku boleh bangun sendirilah!” Dengus Adila.
“Kenapa ni?” Soal Nureen padaku.
“Tak adalah. Ni ha kawan Emylia tiba-tiba datang nak serang aku. Aku apa lagi, seranglah balik.” Getusku.
“Cayalah babe. Kau dah pandai sekarang eh. Siapa kawan Emylia tu?”
“Adila yang berlagak diva tu. Menyampah aku dengan dia.”
“Ohh Adila... Tau tak apa. Patutlah aku tengok tadi diva semacam aje masa nak masuk klinik tadi. Aku ingatkan perempuan mana. Rupanya dia.” Dengus Nureen.
“Tulah pasal. Dahlah Nureen, aku nak sambung kerja aku. Tengok tu ha, ramai lagi patient kita.



Tepat pukul 8.00 malam, aku sudah sampai di perkarangan rumah. Aku memakirkan kereta di sebelah kereta suamiku. Ternyata dia dah balik dulu dari aku.
“Assalamualaikum...” Ucapku sebaik saja masuk ke dalam rumah. “Abang...” Panggilku. Aku terus mendaki tangga dan masuk ke dalam bilik. Aku terkejut melihat suamiku tiada di dalam bilik. Mana dia? Ohh rupa-rupanya dia kat balkoni. Ambik angin agaknya...
“Abang!” Sergahku dari belakang. Fakhrul Izwan masih mendiamkan diri. Tak pernah aku tengok dia macam ni sebelum ni.
“Sayang...” Panggilku lagi. Namun tiada respon. “Arul, awak kenapa? Dahlah salam saya pun awak tak jawab. Sampai hati awak...” Getusku. Aku baru nak pergi dari situ, aku terasa tanganku dipegang erat olehnya.
“Sorrylah sayang... Abang jawab salam sayang tu dalam hati tadi. Kenapa balik lambat ni?” Soal Fakhrul Izwan prihatin.
“Saya ada ramai patient tadi. Mesti awak belum makan lagi kan? Kesian sayang kita ni... Jom keluar makan?” Pintaku lalu mencubit pipinya.
“Haah belum makan lagi. Sayang pergilah mandi dulu. Baru balik kan? Busuk masyamlah isteri abang ni...” Gurau Fakhrul Izwan.
“Nak mandilah ni. Tengok awak pun belum siap lagi.”
“Kalau tunggu sayang siap agaknya berjanggut abang tunggu nanti. Jomlah mandi sama-sama nak? Syok sikit!”
“Sampai hati awak cakap macam tu. Ah tak ada maknanya saya nak mandi dengan awak! Saya pergi dulu!”
“Tak ada! Abang nak jugak mandi dengan sayang...” Getus Fakhrul Izwan lalu mengejarku sampai ke bilik air.
Aku cuba menutup daun pintu bilik air tetapi Fakhrul Izwan pantas menolaknya dengan kuat.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I