Skip to main content

Diari Cinta Eryna 24



Bab 24
Alhamdulillah... Akhirnya Arul selamat jugak dengan berbekalkan darah mamanya, Datin Nurul. Darah mama memang sesuai dengannya.
“Awak, saya datang ni dengan family awak. Ada mama, papa dan adik kesayangan awak tu. Bangunlah... Dah dua minggu dah awak koma. Saya rindukan awak. Semua orang kat sini rindukan awak.” Ujarku pada Fakhrul Izwan yang sedang koma itu.
“Ayah dengan ibu pun ada jugak.” Getus ayah dan ibu serentak. Ayah dan ibu baru datang melawat hari ini. Alunan yasin yang dibaca oleh ayah dan Uncle Fadzli begitu menarik perhatianku.
“Eryna, saya dengan Nureen nak pergi makan kat bawah kejap. Awak tak kisah kan?” Kata Faizal padaku.
“Pergilah. Lagipun Arul belum sedar lagi.”
Aku memeluk erat lengan Fakhrul Izwan. Sejak Fakhrul Izwan koma, aku sering menangis kerana bimbang dengan keadaannya. Bilalah agaknya dia nak sedar. Ibu pernah cakap, orang yang koma ni boleh dengar apa yang kita cakap. Aku memandang ibu. Ibu hanya memberikan senyuman nipis sahaja.
Air mataku menitis di tangan Fakhrul Izwan. Tiba-tiba aku merasakan tangannya bergerak sikit. Matanya berkelip.
“Arul... Awak dah sedar ke?” Soalku pada Fakhrul Izwan.
Fakhrul Izwan terus membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Ternyata ramai orang yang begitu mengambil berat tentang dirinya. Terutamanya Eryna... Fakhrul Izwan sering mendengar gadis pujaannya itu berceloteh di telinganya apabila dia sedang koma. Rindu? Ya, Fakhrul Izwan sungguh rindu dengan gadis yang bernama Lyssa Eryna itu.
“Ya sayang. Saya dah sedar...” Balas Fakhrul Izwan sambil tersenyum.
“Hai...” Tegur satu suara. Semua di situ cuba memandang ke arah suara yang menegur tadi. “Emylia?” Soal Datin Nurul kaget.
“Yes, aunty. Boleh Emy lawat Arul?” Getus Emylia berpura-pura baik di depan Datin Nurul. “Aku dah sedar baru kau nak datang?” Kata Fakhrul Izwan sinis pada Emylia. Fakhrul Izwan terus duduk dan memandang sinis pada Emylia.
“Awak kan baru sedar ni... Baik awak rehatkan badan awak dulu.” Getusku pada Fakhrul Izwan.
“Sorrylah sayang... I busy.” Ujar Emylia dengan nada manja.
“Baik kamu keluar dari sini Emylia. Arul baru je sedar ni.” Tukas Uncle Fadzli.
“Emylia, dengar sini baik-baik. Esok aku akan berkahwin. Mulai hari ini, aku dah tak nak tengok lagi muka kau. Dan jangan datang ke majlis perkahwinan aku.” Desis Fakhrul Izwan.
“Dia ni macam tau je aku yang langgar dia.” Getus Emylia di dalam hati. “Okey fine. Tapi siapa perempuan yang ‘malang’ tu?” Sindir Emylia lalu tersenyum sinis padaku.
Aku hanya sabar mendiamkan diri. Kalau nak ikutkan hati aku, aku bagi penampar je kat perempuan ni. Sabar Eryna... Sabar.
“Eh jaga sikit mulut kau tu Emylia! Nasib baik ni hospital. Kalau tak nanti habis kau aku kerjakan. Kau nak tau siapa perempuan yang bakal jadi isteri aku nanti? Ni Lyssa Eryna. Dia yang layak jadi isteri aku nanti.” Ujar Fakhrul Izwan sambil memegang bahuku.
“Takutnya... Eh, aku tak hadaplah nak kahwin dengan kau! Aku datang sini baik-baik sebab nak melawat kau. Dahlah aku nak balik. Buang masa aku je layan manusia macam korang ni.” Getus Emylia lalu keluar dari hospital itu.
“Tak ada adab betul budak tu...” Kata ayah. “Tau tak apa. Harap muka je cantik tapi hati busuk!” Sambung ibu. “Sudahlah tu Leha... Emylia tu memang macam tu. Sebab tu kami malas nak masuk campur tadi.” Getus Datin Nurul pada ibu.


“Awak, ni saya ada bawak lauk favourite awak ni. Makanlah...” Kataku lalu membuka bekal yang kubawa tadi.
“Saya nak awak suapkan boleh?” Balas Fakhrul Izwan lalu membuka mulutnya. “Awak ni saja tau...”
“Eryna...” Panggil Fakhrul Izwan lembut suaranya.
“Ya, saya...”
“I love you ‘Minah Diari’.” Ucap Fakhrul Izwan sambil tersengih.
“Ish awak ni! Memang nak kena tau dengan saya. Sakit-sakit pun masih lagi nak berloyar buruk dengan saya.” Getusku lalu mencubit lengannya.
“Sakitlah sayang oi!”
“Arul... Saya nak tanya something boleh?” Dengusku. “Tanya jelah wahai puteri kesayanganku.” Balas Fakhrul Izwan. “Betul ke apa yang awak cakap tadi?” Soalku sinis.
“Apa? Pasal kahwin tadi ek? Betullah. Buat apa saya nak tipu. Lagipun semua dah setuju kan.” Tukas Fakhrul Izwan. “Mana awak tau semua dah setuju? Memandai aje.”
“Taulah... Saya sedar je tadi tengok muka semua orang nampak happy je. Lagi-lagi masa awak peluk lengan saya tadi.” Ujar Fakhrul Izwan. “Haa tengok tu. Tak naklah suap awak lagi. Makan sendiri.” Getusku sambil mencebik.
“Eleh merajuk konon. Kita koma dia tau pulak nangis. Sayang jugak awak kat saya eh...” Ujarnya lagi sambil menarik tudungku. “Fakhrul Izwan bin Dato’ Fadzli, saya sayangkan awak sebab tu saya nangis. Faham?”
“Amboi, panggil nama penuh nampak? Yalah sayang... Ingat, esok kita kahwin.”
“Kahwin je tau! Gatal eh...”
“Saya tak sabar nak jadi imam awak.”
“Itu baru betul...”
Akhirnya aku mengalah jugak dengan kesayangan aku ni. Baru aku sedar yang cinta aku tak bertepuk sebelah tangan rupanya. Kami berdua saling mencintai macam cerita hindustan tu. Cerita apa eh? Ohh baru aku ingat. Kush Kush Hota Hai...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I