Skip to main content

Diari Cinta Eryna 16



Bab 16
Aku mengerling jam dinding yang terletak di siling yang berdekatan peti sejuk. Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Menu apa yang aku nak masak hari ni? Dahlah kena masak sorang. Kalaulah ada orang yang sudi temankan aku...
“Hai... Awak buat apa tu?” Tegur Fakhrul Izwan.
“Ohh mak kau! Awak ni buat terkejut saya je tau. Bukan nak bagi salam ke apa. Ni tak, main redah aje.” Getusku lalu mencebikku bibirku.
“Yalah sorry. Assalamualaikum...” Ucap Fakhrul Izwan.
“Waalaikumussalam... Awak bila balik? Best pusing kampung saya ni?” Soalku sinis pada Fakhrul Izwan. “Best sangat. Ramai awek cun! Hehehe... Boleh saya tolong awak? Tadi saya tengok awak asyik mengomel sorang-sorang aje.” Balas Fakhrul Izwan lalu mencuit hidungku yang tak berapa nak mancung ni.
Nasib baiklah aku terfikir nak bertudung hari ni. Sebab aku tau dia dengan kawan dia ni balik bila-bila masa je. Takut kang aku tak sempat nak pakai tudung. Nampak pulak rambut aku yang lawa ni.
“Ohh. Awak ngendap saya eh? Jahat! Boleh je kalau awak nak tolong saya. Tapi kena ikhlas tau. Dahlah sesuka hati awak je nak cuit hidung saya. Ambik ni tebuan dah menyengat!” Ujarku lalu mencubit lengannya. Padan muka! Jahatkan aku? Hahaha...
“Sakitlah sayang oi!” Getus Fakhrul Izwan.
“Awak tolong saya fikir nak masak apa boleh?” Ujarku.
“Boleh. Meh bagi buku resepi tu kat saya.” Pinta Fakhrul Izwan.
“Nah...”
Setelah lama kami berdua mendiamkan diri untuk berfikir nak masak menu apa, akhirnya aku dah tau dah nak masak apa hari ni.
“Haa! Saya tau nak masak apa. Daging masak merah nak tak? Saya tengok resepi dia macam senang nak buat.” Ujarku.
“Saya ikut je. Jomlah buat...” Balas Fakhrul Izwan.
“Awak tolong masak nasi eh?” Getusku lalu mencuci kuali. “Okey...”
Aku memotong beberapa sayur-sayuran yang dibeli oleh ibu pagi tadi. Selepas itu, aku menyuruh Fakhrul Izwan memotong daging pula. Daging fresh oh! Sedap ni... Aku memasukkan semua rencah ke dalam kuali. Siap! Kalau ni je macam tak cukup pulak. Aku teringin sangat nak makan something ni. Nasib baik dessert aku reti buat. Senang aje ni...
“Arul... Awak tolong ambikkan ais kat dalam freezer tu boleh tak?” Pintaku. Fakhrul Izwan terus membuka peti sejuk di bahagian freezer dan mencedok beberapa ais. Akhirnya puding ni siap jugak. Dessert yang aku maksudkan tadi tu, pudinglah. Harap-haraplah rasa puding tu okey. Aku baru perasan yang aku terpanggil dia dengan panggilan ‘Arul’ tadi.

“Rasanya ni semua dah cukup dah ni. Kita hidangkan jom?” Ujarku manja. “Jom...” Balas Fakhrul Izwan sambil mengangkat dulang lalu terpegang tanganku. Aku cepat-cepat mengalihkan tanganku. Bengang kut!
Fakhrul Izwan hanya tersenyum sedari tadi. Walaupun hari tu Nureen dah larang dia jumpa aku tapi dia tetap nak jumpa aku jugak. Dia dengan Nureen pun dah berbaik dah. Alhamdulillah...


“Sedap betul lauk hari ni. Siap ada puding lagi.” Puji ayah. “Haah rasa puding dia, pergh! Marvelous...” Sambung Faizal.
“Siapa yang masak ni bu?” Soal ayah pada ibu. Ibu hanya tersenyum sendiri. “Siapa lagi kalau bukan anak dara kita tu ha...” Ujar ibu sambil menuding jarinya ke arahku.
“Tapi... Bukan Lyssa sorang je yang masak. Arul pun tolong jugak tadi.” Balasku sambil tersengih.
“Kau tolong apa, Rul? Tolong tengok je ke?” Sindir Faizal.
“Tolong sikit eh. Nasi yang kau makan tu, aku yang masak tau tak!” Balas Fakhrul Izwan tidak puas hati. “Dahlah tu Arul, Izal... Nak makan pun gaduh. Macam budak-budak je pak cik tengok.” Getus ayah.
“Pandai anak ibu ni masak. Lain kali boleh masak lagi kan Lyssa?” Dengus ibu membuatkan aku malu-malu kucing. Hehehe...
“Ni semua sebab ibu yang support Lyssa. Lagipun ibu kan kalau masak memang terer! So like daughter like her mother...” Kataku.


“Saya sayangkan awak...” Ujar Fakhrul Izwan lalu cuba mahu memegang tanganku. Aku pantas menepis tanganya itu. Walaupun aku dengan dia kat depan rumah tapi tak manis orang tengok.
“Tapi, saya tak sayangkan awak.” Balasku. “Tipu. Saya tahu awak sayangkan saya jugak. Awak suka saya. Awak cintakan saya kan?” Ujar Fakhrul Izwan.
“Tak. Emylia macam mana? Dia kan tunang awak. Saya rasa saya tak layak untuk awak. Saya rasa saya ni...” “Shutt...” Belum sempat aku meneruskan kata-kataku Fakhrul Izwan pantas menutup mulutku dengan jari telunjuknya.
“Saya sayangkan awak lebih dari saya sayangkan nyawa saya sendiri. Saya lebih rela mati kalau awak tak jadi isteri saya. Saya terlalu rindukan awak. Sebab tulah saya nekad datang kampung awak dengan Faizal. Saya tanya orang-orang kampung kat sini, mana rumah awak. Please Eryna... Saya tau awak pun ada perasaan yang sama dengan saya right? I love you so muchh Eryna!” Ujarnya lagi.
Kata-kata dia? Senyuman dia? Ya Allah... Sejujurnya aku memang terlalu rindukan semua itu. Tapi sayangnya... Dia bukan milik aku.
“Kenapa awak diam? Say something please?” Getus Fakhrul Izwan lalu memegang pipiku.
“Arul... Kan saya dah cakap tadi... Saya tak layak untuk awak. Cinta saya hanya untuk Allah swt, Nabi Muhammad dan keluarga saya saja. Tolong lupakan saya. Anggaplah saya ni cuma kawan awak je. Tak lebih dari tu. Saya ni bukan siapa-siapa dalam hidup awak. Arul please... Forget me?” Getusku. Mataku sudah berair. Tunggu masa je air mataku nak melimpah ni.
Fakhrul Izwan sudah tidak terkata apa. Gadis yang dicintainya menolak cintanya? Tak mungkin semua ni akan berlaku! Satu hari nanti kebenaran aku terungkai juga. Diari itu akan menjadi saksi cintanya. Kau tunggulah Eryna!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I