Skip to main content

Diari Cinta Eryna 26



Bab 26
“Eryna... Bangun sayang. Dah subuh dah ni. Kita jemaah sama-sama...” Ujar Fakhrul Izwan. Aku membuka mataku dan terpegun melihat dia berpakaian solat. Maksudku dia memakai baju melayu dan kain pelekat serta memakai songkok di kepalanya
“Termenung apa lagi tu sayang? Cepatlah mandi, nanti lepas solat keluarga kita dah nak buat persiapan kat  hotel.” Kata Fakhrul Izwan.
“Tak adalah awak. Saya cuma bangga je.” Balasku lalu mencapai tuala untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.
Usai mandi wajib, aku terus memakai telekung dan berdiri di saf belakang suamiku.
Aku mendengar setiap bait doanya. Aku besyukur kerana ditakdirkan menjadi makmumnya. Alhamdulillah...
Kemudian, aku menyalam tangannya. Air mataku menitis seketika. “Awak... Terima kasih sebab sudi jadi suami dan imam saya.” Ujarku pada Fakhrul Izwan.
“Sama-sama sayang... Dan terima kasih juga sebab sudi jadi isteri serta makmum abang. Abang terharu sangat...” Balas Fakhrul Izwan lalu mengusap kepalaku.
“Saya harap awak boleh jadi suami saya dunia dan akhirat. Saya sayangkan awak...” Desisku.

Majlis persandinganku berjalan dengan lancar. Ramai saudara-mara yang datang termasuklah kawan-kawan kampus aku dulu. Seperti yang dirancang, Nureen dan Faizal yang menjadi pengapit kita orang. Nak tau baju pengantin aku dengan Arul warna apa?
Tema baju kita orang warna turqouise. Sumpah cantik oh! Mama yang tempah baju ni. Katanya sanggup buat apa je demi Arul. Asalkan kita orang bahagia.
“Siapa tu? Macam aku kenal perempuan tu.” Aku bermonolog di dalam hati. Fakhrul Izwan memandang sinis pada perempuan yang berbaju kebaya dan memakai selendang itu. Aku susah nak tengok muka dia sebab perempuan tu pakai cermin mata hitam. Siapa agaknya dia?



“Assalamualaikum...” Ucap perempuan itu pada kami. “Waalaikumussalam. Siapa kau?” Soal Fakhrul Izwan sinis. “Arul, maafkan aku sebab datang. Aku datang ni cuma nak ucapkan tahniah atas perkahwinan korang. Eryna... Aku harap kau dapat maafkan aku.” Ujar Emylia lalu membuka cermin matanya.
“Saya dah lama maafkan awak. Kenapa dengan muka awak tu?” Soalku membuatkan Emylia menangis.
“Aku kan dah cakap kau jangan datang kat majlis perkahwinan aku. Tapi kenapa kau datang jugak hah perempuan!” Getus Fakhrul Izwan.
“Arul, please dengar dulu penjelasan aku...” Dengus Emylia lalu memegang mukanya yang terkena asid.
“Awak... Bagilah dia peluang untuk bercakap. Kesian dia saya tengok...” Kataku.
“Sebernanya aku dah banyak buat salah kat kau, Arul... Banyak dosa aku kat korang sebab tulah muka aku kena asid. Agaknya nilah balasan aku...” Terang Emylia.
“Siapa yang simbah asid kat muka kau?” Soal Fakhrul Izwan
“Aku dah malas nak ungkit cerita lama. Maafkan aku, Arul...”
“Aku nak tau sebab apa kau beria-ria sangat mintak maaf kat aku ni?” Getus Fakhrul Izwan. “Sebernanya... Aku yang langgar kau hari tu. Aku cemburu tengok korang berdua. Please Arul, I’m so sorry about that.” Tukas Emylia.
“Aku kena asid ni pun sebab boyfriend aku yang simbah. Dia nak tidur dengan aku tapi aku...”
“Cukup Emylia! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi dari kau. Kau perempuan jenis apa hah? Dasar perempuan murahan! Kau memang tak guna. Sebab kaulah aku koma! Dah, baik kau balik. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila. Memang patut pun kau terima balasannya. Ingat, kau jangan kacau Eryna.
Emylia menangis semahu-mahunya di situ. Dia melutut di depan aku dan Fakhrul Izwan. “Arul... Tolong maafkan aku! Aku janji lepas ni aku takkan ganggu lagi hidup korang. Percayalah cakap aku.” Rintih Emylia sambil memegang kaki Fakhrul Izwan.
“Maafkan jelah awak... Nanti berdosa tau kalau tak maafkan orang. Terseksa hidup dia nanti.” Ujarku pada Fakhrul Izwan. “Tapi sayang... Dia dah buat kita macam-macam. Takkanlah abang nak lepaskan dia macam tu je?” Kata Fakhrul Izwan.
“Baik. Aku maafkan kau. Dah blah!” Getus Fakhrul Izwan.
“Terima kasih Arul sebab maafkan aku...” Balas Emylia lalu terus pergi dari situ.
“Bagus tindakan awak tu Arul...” Kataku sambil membuat thumbs up kepadanya. “Saya maafkan pun sebab awak.” Getus Fakhrul Izwan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

Tanda-tanda lelaki betul-betul sayangkan seseorang

Assalamualaikum guys... 1. Dia selalu memberikan alasan untuk berjumpa walaupun sekadar ingin memandang wajah kita, *rindu la tu 2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita 3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya 4. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata, masa nilah perempuan selalu tersipu malu 5. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai 6. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu. 7. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll 8.  Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh 9. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa 10. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita, 11. Aka...