Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 8



Bab 8
“Nah ni upah kau. Aku nak kau siasat apa Azrie dengan Ariff buat kat PD tu. Kalau boleh aku nak kau tangkap gambar dia orang sekali. Lepas tu kau sms atau whatsapp aku alamat shalet dia orang. Jelas? Kalau tak ada apa-apa hasil, kau kena pulang balik duit aku tu...” Ujar Aida sambil menghulurkan sampul duit yang berjumlah RM 20,000 kepada Hadi.

“Ni Hadilah wei. Aku takkan kecewakan sesiapa. Kerja aku sebelum ni semua orang puas hati.” Jawab Hadi sambil tersenyum sinis.

“Bagus. Aku harap macam tulah.”

“Kenapa kau suka sangat kat Azrie tu hah? Apalah sangat yang dia ada sampai kau tergila-gila kat dia. Aku yang lagi handsome tambah macho ni kau tak nak...” Ujar Hadi lalu memegang tangan Aida. Aida pantas menarik tangannya.

“Suka hati akulah. Kau sibuk kenapa? Dahlah aku malas nak layan kau! Aku akan pastikan kau siasat Azrie. Kalau tak aku saman kau. Bapak aku kaya, kau jangan main-main dengan aku ehh...” Balas Aida sinis.

“Okey cik Aida...”


Sepanjang berada di Port Dickson, Azrie sering meluangkan masa dengan Fareen. Kadang-kadang kawan-kawan dia pun ada sekali.

“Fareen... Awak pakai telefon tak?” Soal Azrie lalu memandang gadis itu dengan harapan yang tinggi. Harapannya ialah jika dia pulang ke KL nanti, dia boleh berhubung dengan Fareen setiap hari. “Tak...” Jawab Fareen pendek. Fareen memang tak suka menggunakan telefon bimbit kerana baginya menyusahkan saja.

“Kalau awak nak call saya mintak nombor Balqish. Takkan saya nak bagi nombor abah saya pulak kan...”

“Yalah Qish nak nombor...” Getus Azrie hambar. Mukanya berkerut sekali.

“Siap bos!”

Hadi memerhatikan saja gelagat Azrie dan juga Ariff di pantai Port Dickson ini. Boleh pulak dua orang mangkuk ni layan budak-budak kampung kat sini. Geli pulak aku, desis Hadi.

Dia pantas mengeluarkan kameranya dan merakam gerak geri Azrie. Nasib baik tak ada siapa kat sini. Kalau tak mampus aku kalau orang nampak.

“Alamat shalet dia, aku dah dapat. Dengan siapa dia bergaul pun aku dah dapat. Good Hadi. Mesti Aida suka dengan kerja aku ni...” Getus Hadi di dalam hati.

Tak lama kemudian, Hadi terus masuk ke dalam keretanya dan menekan minyak untuk pulang ke KL semula. “Macam manalah si Azrie tu boleh tahan duk kat sini sebulan. Pergh!”

“Cepatnya kau buat kerja... Kalau macam ni bolehlah aku suruh kau buat apa yang aku suruh.” Getus Aida.

“Well... Nah ni semua gambar yang aku dah cuci tadi. Alamat aku dah sms tadi kan.” Balas Hadi lalu melangkah keluar dari restoran itu.

“Hadi! Tunggulah dulu. Isy mamat ni. Sakai betullah. Aku belum habis cakap lagi, blah macam tu je. Hmm, bolehlah aku teruskan rancangan aku. Kau tunggulah Azrie. Aku datang...” Desis Aida
.
Nampak gayanya rancangan Aida tidak menjadi kerana dia terkejut melihat begitu ramai yang berada di sisi Azrie dan juga Ariff di dalam gambar-gambar yang dicuci oleh Hadi tadi.

Fikiran Aida saat ini buntu kerana tiada siapa yang mahu mengikutnya ke Port Dikson itu kecuali... Emelyn! Ya, hanya Emelyn yang boleh menyusulnya ke tempat itu. Tapi bagaimana caranya Aida mahu memujuk sahabatnya itu kerana tempoh hari dia sudah menyakitkan hati Emelyn.

“Alah nampak macam budak-budak kampung je ni...” Detik hati Aida lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba menghantar mesej kepada Emelyn.

Babe, aq nk mintak maaf kt ko psl aritu... Hrp ko maafkan aq eh.

Kemudian, Aida meletakkan Samsung S5nya itu di atas meja solek lantas menyisir rambutnya yang kusut itu.

Baru beberapa minit, Samsung S5nya itu berbunyi tanda sms masuk. “Cepatnya dia balas...”

Aq dh lupakan dh pun. Ni tetibe ko hntr sms kt aq ni apehal?
Emelyn... Aq nk ko ikut aq gi PD esok. Please babe! Aq hrp ko boleh tlg aq kli ni jek.
Nk wt ape gi sne?
Adelah... Nnti aq citer esok.

Nasib baik Emelyn ni jenis yang senang nak dipujuk. Untung aku dapat kawan macam dia ni... Yes akhirnya aku boleh teruskan rancangan aku ni.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I