Skip to main content

Diari Cinta Eryna 17



Bab 17
Baru tiga hari aku tak jumpa ayah dengan ibu, dah rindu dah. Tak lama lagi, Nureen dengan Faizal nak bertunang. Katanya nak habiskan pengajian dulu baru nikah. Lagi dua tahun kut nak habis. Aku bila lagi? Hehehe...
“Eryna...” Panggil Nureen lembut suaranya. Maklumlah orang dah nak bertunang kan... “Apa?” Jawabku pendek. “Nanti aku kahwin, kau jadi pengapit aku eh?” Getus Nureen.
“Kau ni baru nak bertunang dah cerita pasal kahwin. Yalah-yalah aku jadi pengapit kau.” Ujarku lalu menepuk bahu Nureen.
“Sekurang-kurangnya aku ada jugak calon. Kau tu bila lagi? Nak aku carik kan calon untuk kau? Bila lagi aku nak merasa nasi minyak kau ek?” Getus Nureen.
“Tak payah susah-susahlah wei... Aku tak terfikir langsung nak ada calon-calon bagai ni. Belajar tak habis lagi dah sibuk nak kahwin!” Omelku.
“Yalah tu... Wei aku dengar Arul ikut ayah dia pergi London. Katanya nanti si Arul tu sambung belajar kat sana. Kesian aku tengok dia. Dulu belajar kat Korea, lepastu pindah sini. Last-last terus sambung kat London pulak!
Aku terdiam. Aku seakan tidak percaya apa yang Nureen baru cakapkan tadi. “Kau yang beria sangat tu kenapa? Bukan kau tak suka tengok dia ke?” Sindirku.
“Sekarang dah tak dah... Bila aku check TL dia kat twitter, aku terkejut jugak bila dia update macam tu. Aku rasa bersalah pulak. Aku rasa nanti dia duduk London dalam dua tiga tahun gitu.” Ujar Nureen.
Dia tak bagitau aku pun yang dia nak pergi London ke apa. Sampai hati dia.  Terlalu banyak kenangan manis aku dengan dia. Mungkin betul, dia bukan jodoh aku. Emylia Syuhada lebih layak untuknya.
Aku merenung siling lalu bayangan Fakhrul Izwan berlegar di fikiranku. Apa yang dah terjadi dengan aku ni? Gila bayang ke? Aku mengusap mataku beberapa kali. Sah aku memang berangan tadi. Perutku sudah mula berkoroncong hebat. Lapar!
Aku cuba mengetuk pintu bilik Nureen namun tiada respon. Mungkin dia dah tidur agaknya atau sibuk dengan tunangnya itu! Malaslah nak ganggu dia. Aku mengatur langkahku ke dapur untuk mencari makanan yang senang dimasak pada waktu malam begini.
Aku terpandangkan mi segera di dalam kabinet dan terus memasaknya. Lantas aku mengambil pek milo yang masih belum dibuka lagi.
“Eryna!” Aku tersentak apabila Nureen tiba-tiba memegang lenganku. Aku mengurut dadaku berulang kali. Nasib baik aku tak mati terkejut tadi.
“Kau nak apa? Tadi aku ketuk pintu bilik kau, kau tak dengar.” Getusku sambil membancuh air milo.
“Aku terlelap tadi.” Jawab Nureen selamba. Aku menggeleng kepalaku melihat rambut Nureen yang serabai itu. Jarang aku tengok dia macam ni.
“Kau kenapa pandang aku macam tu?” Soal Nureen lalu mencapai pek mi segera. Dia memandangku sinis. Seram ni! Hahaha...
“Jarang aku tengok kau serabai macam ni. Ikatlah sikit rambut kau tu. Macam manalah nanti Faizal tengok kau kat rumah. Selalu dia tengok kau lawa je...” Aku menahan tawaku.
“Kau ni ada-ada je tau! Bak sini getah rambut!”
Nureen terus mengikat rambutnya lalu menepuk bahuku.
Aku memandang sekilas padanya. “Kau nak apa lagi?” Nureen menunjukkan air milo panas yang baru aku bancuh tadi.
“Buatkan untuk aku sekali. Perut aku dah mainkan macam-macam lagu ni. Nak tunggu maggi ni lambat siap.” Getus Nureen sambil mengusap perutnya.
“Alah setakat 2 minit je...”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I