Tuesday, 28 October 2014

Resepi Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum guys...

Cara Buat Nasi Goreng Kampung 


Bahan-Bahan Nasi Goreng Kampung :



1 pinggan nasi putih


10 ekor ikan bilis


2 ulas bawang putih


4 ulas bawang merah


5 batang cili padi ( bagi yang gemar pedas )


1 inci belacan


1 biji telur


serbuk lada hitam


secubit garam ( secukup rasa )


2 batang sayur kangkung


4 ekor udang ( dibersihkan dan dibuang kulitnya ) nak gantikan dengan hirisan ayam pun boleh je 
 

Cara Buat Nasi Goreng Kampung :

 

1.Tumbukkan bawang putih, bawang merah, cili padi, belacan dan garam ( tidak perlu begitu halus )


2.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga garing.

3.Masukkan bahan yang telah ditumbuk hinnga naik bau.

4.Masukkan udang dan sotong, goreng sehingga masak.

5.Masukkan telur, kacau seketika lalu masukkan nasi yang telah dihancurkan.

6.Masukkan sayur kangkung, kemudian serbuk lada hitam secukup rasa.
 
Selamat mencuba ! Senang je ni... Hehe xx

No comments: