Skip to main content

Diari Cinta Eryna 40



Bab 40
“Abang! Baju ni comellah... Beli satu nak?” Ujarku sambil menunjukkan sepasang baju baby pada Fakhrul Izwan.
“Beli banyak-banyak pun tak apa sayang. Janji baby suka. ” Balas Fakhrul Izwan sambil mengusap perutku. Maklumlah dah berbadan dua...
“Betul ni?”
“Betullah. Tapi yang ni pun cute jugak.” Getus Fakhrul Izwan sambil memegang botol susu yang bergambar Mickey Mouse.
“Tak cutelah. Tapi saya lagi suka yang ni...” Ujarku lalu menunjukkan botol susu yang bergambar Hello Kitty.
“Senang kita beli dua-dua jelah eh?” Dengus Fakhrul Izwan.
“Orite bang! Lepas ni kita balik kampung kejap eh bang?” Pintaku. “Yalah cik Eryna!”

“Assalamualaikum ibu, ayah!” Ucapku setelah berada di depan pintu.
“Waalaikumussalam... Bang, tengok kat luar tu siapa yang datang.” Getus Mak Leha pada Pak Khairudin.
“Ayah!” Kataku lalu menyalam tangan ayah. “Rupanya anak kita Leha...” Getus ayah. Kemudian aku terus mengucup tangan ibu pula. Fakhrul Izwan hanya berbual dengan ayah di luar rumah.
“Lyssa tidur sini ke?” Tanya ibu. Aku segera mengambil tempat di sebelah ibu.
“Maaflah bu. Lyssa tak dapat tidur sini sebab katanya Arul tak dapat cuti. Tu yang singgah kejap. Malam ni balik. Dapatlah baring atas riba ibu walaupun berapa jam aje...” Luahku pada ibu kesayanganku.
“Kamu tu dah tua bangka pun nak baring atas riba ibu... Pelik-pelik jelah anak ibu ni!” Dengus ibu.
“Alah biarlah... Lyssa kan satu-satunya anak ibu. Agaknya cucu ibu ni pun kempunan nak baring atas riba nenek dia.” Usikku.
“Yalah tu... Hari ni ibu ada buat kek batik. Ibu ingat nak makan dengan ayah kamu je. Tak sangka pulak Lyssa datang hari ni. Tak apalah. Lagipun ibu ada buat banyak. Panggillah suami kamu tu masuk... Kesian dia berdiri kat luar tu.” Tukas ibu.
“Wahh kek batik! Favourite Lyssa tu... Nanti Lyssa panggil Arul dengan ayah eh. Makan ramai-ramai lagi syok kan!”


Hari yang aku tunggukan telah tiba. Agaknya apalah yang suami kesayangan aku ni nak buat untuk aku.
“Sayang pergi mandi dululah.” Getus Fakhrul Izwan. Aku mengerutkan wajahku lalu melentokkan kepalaku di bahunya.
“Pergilah mandi sayang...” Ujarnya lagi.
Usai mandi, aku terkesima melihat baju gaun labuh yang berwarna merah jambu diletakkan di atas katil itu. Rupanya baju gaun nilah yang Fakhrul Izwan maksudkan tu.
Hmm... Bau apa yang wangi sangat ni? Ya Allah, macam mana aku boleh tak perasan yang banyak bunga mawar merah bertaburan kat atas katil ni... Ni mesti suami kesayangan aku yang buat ni.
Aku pantas menyarungkan gaun itu ke tubuhku. Tidak lupa juga, aku menggayakan selendang di kepalaku. Aku bersolek nipis untuk kelihatan lebih menyerlah.
Kemudian, aku melihat diriku di depan cermin. Okeylah ni...
“Sayang, dah siap ke belum?” Tanya Fakhrul Izwan sedia menantiku.
“Dah...”
“Jom.” Kata Fakhrul Izwan lalu memimpin tanganku untuk turun ke bawah.
Aku mendengar alunan muzik di bawah. Muzik itu? Ahh romantiknya! Lagu My Heart Will Go On yang dinyanyikan oleh Celine Dion itu menarik perhatianku. Lagu ni juga terkenal kerana filem Titanic.

Everynight in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you go on
Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on
“Sayang tak kisah kan kalau abang tutup mata sayang dengan tangan abang ni.” Ujar Fakhrul Izwan lalu menutup mataku.
“Tak kisah pun yang penting saya dah tak sabar ni...”
Apabila mataku dibuka, aku terkesima sekali lagi melihat sekuntum bunga ros di tengah-tengah meja bersama diariku. Diari? Diari aku tu! Kenapa ada kat situ pulak!
“Sayang suka tak?” Tanya Fakhrul Izwan lalu melepaskan tanganku.
“Suka sangat... Mana abang dapat idea untuk candle light dinner semua ni? Sumpah cantik sangat! Tak sangka abang ni romantik jugak eh. Sweet gitu!” Getusku lalu membetulkan hijabku.
“Tapi, kenapa abang buat kat tepi kolam renang ek?  Lagi satu, diari saya tu kenapa ada kat situ...” Ujarku.
Fakhrul Izwan pantas letak jari telunjuknya ke bibirku. “Sayang jangan banyak cakap... Abang sengaja buat kat tepi kolam renang ni sebab malam ni kan malam istimewa buat sayang. Pasal diari tu pulak... Diari sayang tulah yang menemukan kita sekarang ni kan? Tanpa diari tu, abang tak jumpa sayang.” Terang Fakhrul Izwan.
“Kalau abang tak jumpa saya pun tak apa yang penting hati saya selalu untuk abang. Saya ikhlas cintakan abang tau. Kalau boleh abang jangan tinggalkan saya dan anak kita ni ha...” Ujarku lalu mengusap perutku. “By the way, Happy Annervessary sayang... Dah setahun dah usia perkahwinan kita.”
Ohh rupa-rupanya hari ni? Astagfirullah. Aku hampir terlupa. Aku tak sangka mimpi itu akan jadi kenyataan. Rupanya maksud mimpiku itu ialah aku gembira menyambut ulang tahun perkahwinanku dengan Fakhrul Izwan.
“Lyssa Eryna binti Khairudin... Abang harap sayang dapat jadi isteri abang hingga ke akhir hayat abang. Abang janji, abang akan bahagiakan sayang dan anak kita...” Ujar Fakhrul Izwan lalu mengucup dahiku.
“Fakhrul Izwan bin Dato’ Fadzli, saya harap abang dapat jadi suami saya hingga ke akhir hayat saya jugak dan saya janji saya akan selalu ada dalam hati abang. Tak lupa jugak, saya akan jadi isteri mithali yang terbaik untuk abang. Saya janji!” Kataku sambil tersenyum. Terserlah kedua lesung pipitku.
Diari Cinta Eryna, diari ini akan ku simpan selamanya. Bahagiakah aku? Ya, kini aku sangat bahagia. Alhamdulillah untuk segalanya...
TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I