Skip to main content

Diari Cinta Eryna 10



Bab 10
“Betul kau nampak dia dengan perempuan kampung tu semalam?” Soal Emylia pada Adila. “Haah. Semalam aku singgah Secret Recipe sebab nak beli kek. Lepastu aku nampak si Arul tu siap pegang-pegang tangan dengan perempuan tu. Tu yang aku terlanggar dia masa aku nak keluar.” Terang Adila.
“Dasar perempuan kampung. Dahlah kampung, tak sedar diri pulak tu. Adila, kau boleh tolong aku tak?” Kata Emylia. “Tolong apa?”
“Tolong aku hancurkan perempuan kampung tu. Aku benci dia. Aku tak nak disebabkan dia, Arul tak nak kahwin dengan aku.” Ujar Emylia.
Anytime babe, aku boleh tolong kau bila-bila masa je.” Sambung Adila. “Eh aku tengok kan, Eryna tu lawa jugak.” Getus Wani tiba-tiba menyampuk.
“Kau boleh diam tak, Wani? Kalau kau nak ikut plan kita orang, kau kena diam. Jangan bukak mulut pulak. Kadang-kadang kau tu bukan boleh percaya.” Dengus Adila.
“Yalah. Emy, Dila... Korang betul ke nak simbah asid kat muka Eryna tu? Aku rasa tak sampai hatilah.” Ujar Wani. “Betullah. Aku menyampah gila tengok muka perempuan tu kat kampus kita ni. Relakslah Wani... Kita kan senior kat sini.” Kata Emylia.
Emylia, Adila dan Wani merancang mahu menghancurkan hidup Lyssa Eryna. Disebabkan tunangnya, Eryna yang menjadi mangsa keadaan.
“Nureen... Lepas exam nanti kita ada cuti semester kan?” Ujarku pada Nureen yang leka dating dengan buah hati dia tu.
“Haah, kenapa?” Soal Nureen. “Aku ingat nak balik kampunglah. Rindu gila kat mak ayah aku. Lagipun aku dah lama tak balik sana. Kau nak ikut tak?” Kataku.
“Boleh jugak. Tapi aku nak balik kampung aku dulu.” Getus Nureen. “Kita balik sekalilah. Kampung kau bukan jauh sangat pun. Setakat sebelah rumah aku je. Hahaha...” Ujarku lalu ketawa mengekek.
“Haha! Ya tak ya jugak ek?” Kata Nureen sambil buat muka seposen.
“Wei tengok tu.” “Tengok apa?” Soalku. “Tu... Geng Emylia datang kat arah kita.” Getus Nureen.
“Hai...” Tegur Emylia sambil mengenyitkan matanya pada Adila. Adila hanya tersenyum sinis. “Kita orang ada surprise untuk kau...” Balas Adila. “Dia orang nak simbah...” Adila terus menekup mulut Wani yang celupar tu. Dia ni memang tak boleh simpan rahsia.
“Tak ada apa pun. Kita orang cuma nak mintak maaf kat kau.” Kata Emylia lalu membuka penutup botol kecik itu. Dia cuba nak... “Eryna!!!” Jerit Nureen lalu menepis botol itu. Akhirnya tanganku terkena asid jugak. Aku merasa tanganku pedih sangat. Nasib baik tangan kiri. Aku memegang tangan kiriku. “Ya Allah... Sakitnya!” Jeritku di dalam hati.
“Sakit ke kak? Ke nak lagi?” Sindir Adila. “Korang memang dah melampau! Berambus korang dari sini!!!” Jerit Faizal. Dia tak sanggup melihat tangan Eryna yang melecur akibat terkena asid itu. “Eryna... Jom saya bawak awak pergi hospital sekarang.” Kata Faizal. “Nureen, awak pimpin dia.”  Nureen hanya mengikut saja.
Faizal sempat menghubungi Fakhrul Izwan. Pada masa itu, geng Emylia ketawa besar. Mereka cukup gembira melihat Eryna terseksa.
“Wei Arul! Kau kat mana hah? Datang hospital cepat. Eryna sakit ni.” Faizal terus mematikan talian.
Fakhrul Izwan sudah kelam kabut mendengar berita buruk itu. Eryna sakit? Dia sakit apa pulak? Semalam aku tengok dia sihat walafiat je. Hmm... Mana tau betul? Allahuakbar!” Fakhrul Izwan bermonolog di dalam hati. Dia terus pergi ke hospital.
“Tak lama lagi, Arul akan jijik dengan Eryna sebab tangan dia buruk! Haha! Lepas ni, Arul akan jadi milik aku semula! Padan muka kau perempuan kampung.” Ujar Emylia di dalam hati.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I