Sunday, 26 July 2015

Segmen Blogwalking Lepas Raya!

Assalamualaikum guys...


Betul cakap owner yang buat segmen blogwalking lepas raya ni... Time raya blog Ira ni krik krik je hahaha. Lagipun lepas ni Ira ada kerja kursus akaun kan. Memang tak lah nak mengadap blog je hmm sedih betul! Sebab tulah bila Ira bukak je dashboard tengok ada segmen ni. Apa lagi, nak joinlah hehe. Dah lama tak blogwalking.

Mangsa yang di tag ialah Kakak Tiri Cinderellla ! hehehe

Pengalaman yang tak dapat Ira lupakan masa raya? Hmm rasanya Ira takde pengalaman tulah. Haa ada ada. Perangai gelabah Ira yang tentu pasal tapi sekarang dah berubah sikitlah. Ada lagi, Ira ni tak habis habis cengeng bak kata family Ira, buat malu jek hihihi. 

Okey lah tu jek nak share! Jom lah ramai ramai join segmen ni. Tak susah pun syarat dia.

Tamat : 30 Syawal 


Monday, 20 July 2015

Memories Raya at Curves, IKEA

Assalamualaikum guys...


Selamat hari raya korang. Ikhlas dari Ira dan sekeluarga!


Sebenarnya hari ni Ira nak masukkan gambar semalam je kat curves. First time pergilah katakan. Haha.


Sempat selfie dalam kereta...


Bergambar depan IKEA.


Raya ketiga bersama atuk nenek, adik2 Ira. Hihi macam kat kampung pulak...


Seronok kat IKEA ni. Dia decorate macam suasana kampung, hari raya lah katakan.


Indahnya sungguh di hari raya :) Ceh hahaha


Gambar yang sangat cantik...


With mak lang hot :) Hihi

Silau. Sebab pokok tu ada lampu...




Part ni paling lawak sebab time tu Ira blur haha. Time Ira nak order air chocolate cream chip ni kan. Tetiba abang starburk tu tanya nama. Terkejut Ira. Boleh lagi tanya "Kena nama ke?" Lawak seh... Buat malu jee. Jakun gila. First time minum starburks lah katakan hee











Saturday, 11 July 2015

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys...


Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah.

Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.

 Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam hati happy :p

Sebenarnya Ira dah jumpa banyak keluaran produk ni macam masklah, antiseptik bagai. Kalau nak tau basic/ set produk ni :


Ni sabun collagen :)


Ni krim malam & siang dia :)


Kalau nak tau, nilah produk keluaran collagen plus vit e yang sebenar. Banyak kan? Pinjam gambar sat hehe

Ira harap adalah orang bagi pendapat kat Ira pasal produk ni. Please sporting :') Ira nak tau betul ke produk ni bahaya sangat2 sampai ada orang kena kanser kulit. mandul and whatever. Hmm harap ada respond.

Sekian. Tu jek nak share...

Friday, 3 July 2015

"Girl have a something special..."

Assalamualaikum...


"Fake a Smile, No One Knows You're Broken." Betul tu. Aku setuju sangat dengan kata kata tu. Perempuan memang terkenal dengan fake smile. Macam akulah tu. Walaupun aku tengah marah, patah hati sekalipun aku tetap akan senyum. Padahal orang tak tau yang aku tengah sakit hati. Walau apa pun yang terjadi aku akan kekal kuat. Stay strong babe.

Ekceli aku tak tau pun apa yang istimewanya kat perempuan. Tapi apa yang aku tau perempuan ni sangat istimewa. Sebab apa? Sebab tanpa ibu, tak wujudlah kita kat dunia ni. Ibu tu siapa? Perempuanlah takkan lelaki kut yang jadi ibu. Sebab tulah orang selalu kata ibu yang mengandung dikira syahid. Kan istimewa namanya tu?

Aku selalu nak jadi bagus depan semua orang. Tapi hakikatnya, aku sendiri tak bagus. Buang masa je jadi orang lain. Baik aku jadi diri sendiri. Bak kata lagu Kun Anta tu. Jadi orang lain semata mata nak membanggakan diri. Pernah tak korang bosan jadi perempuan? Tak teringin ke nak jadi lelaki? Teringin jugak tapi aku besyukur sebab aku ni perempuan.

Kawan kawan aku ada tanya aku tau, "Kau takde yang berkenan ke?" Lawak doh soalan tu Tapi soalan tu buat aku sentap. Deep sangat. Aku redha takde siapa yang berkenan kat aku. Aku tau jodoh tu semua ketentuan Allah swt. Kita ni siapalah yang nak menentukannya. Kadang kadang aku rasa diri aku ni tak layak ada jodoh. Yalah aku tak cantik. Semua pandang sebelah mata jek kat aku. Sabar jelah Nad...

Aku pernah cakap kat diri aku yang aku kena selalu kuat. Biarlah orang nak kutuk aku asalkan aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Buat masa ni aku tak perlukan cinta. Nak kutuk, kutuklah. Kutuk selagi aku hidup. Nanti aku mati, baru korang puas kan? Hmm... Yang selalu dapat harapan palsu pun aku. Selalu sangatlah.

Menyesal aku terima dia balik. Kalau aku tau dia akan buat perangai dia balik, aku tak terimalah. Aku terima pun sebab terpaksa. Sebenarnya hati aku betul betul dah tawar nak terima lelaki. Sebab aku tau dia selalu bagi aku harapan palsu. Rindu, sayang, cinta? Semua tu palsu! Palsu belaka! Harap harap kau terasa bila baca entry ni. Biar kau rasa macam mana aku rasa. Aku tak pernah lagi tau rasa terhina macam ni.

Sebab aku rasa diri aku 'istimewa' lah aku terima kau. Last last aku cakap direct terus. Aku dah tak tahan dengan perangai kau yang tak reti sabar tu. Aku harap satu hari nanti ada perempuan lain yang boleh bahagia kan kau. Aku? Serious talk, aku memang tak layak untuk kau. Biarlah kau bahagia dengan perempuan yang kau suka tu. Tak reti sabar sangat kan? Kahwin terus! Senang hati aku. Tak payah cari aku balik. Buang masa kau je.

Ya Allah, ampunkanlah aku atas kata kata aku yang terlalu kasar tadi tu... Aku dah geram sangat dengan orang yang tak pandai nak hargai orang lain ni terutamanya akulah yang selalu jadi mangsanya. Aku harap semua ni ada hikmahnya. Insya-Allah amin...