Saturday, 11 July 2015

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys...


Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah.

Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.

 Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam hati happy :p

Sebenarnya Ira dah jumpa banyak keluaran produk ni macam masklah, antiseptik bagai. Kalau nak tau basic/ set produk ni :


Ni sabun collagen :)


Ni krim malam & siang dia :)


Kalau nak tau, nilah produk keluaran collagen plus vit e yang sebenar. Banyak kan? Pinjam gambar sat hehe

Ira harap adalah orang bagi pendapat kat Ira pasal produk ni. Please sporting :') Ira nak tau betul ke produk ni bahaya sangat2 sampai ada orang kena kanser kulit. mandul and whatever. Hmm harap ada respond.

Sekian. Tu jek nak share...

3 comments:

NUR RAIHANAH said...

Sy guna dnars. Baru jugakk guna. Belum masuk kotak kedua lagi. Sy pakai set jerawat. Alhamdulillah jerawat kurang. Cuma sy selalu skip pakai krim malam dgn siang, so tak fully hilang jerawatnya. Kalau konsisten pakai, InShaaAllah sy rasa produk Dnars ni membantu. Ada jugak baca pasal Dnars ada kandungan bahaya, tp sy search rupanya tu krim kuning ke kunyit hape ntah nama dia tu je. Set skincare dia selamat. Collagen plus ni masa kat kolej heboh pasal bahayanya. Murah pun murah. Sy tak pernah try so tak tahu laa baik buruk diaa. Hehee

Kakak Tiri Cinderella said...

Uhuk uhuk. Saya pun tak pasti pasal nie. Tapi ramai yang berpendapat produk nie bahaya.

Anonymous said...

Saya pulak berhenti pakai Dnars muka naik teruk..So conclusion dia mahal ke murah ke tak penting.. Yang penting ada kelulusan hehe