Sunday, 13 March 2016

Manipal International University

Assalamualaikum...


Haa, nampak tak tu? Hari tu sekolah Ira ada buat bengkel bm dengan sejarah dekat Manipal International University. Dah dua kali dah Ira pergi U ni. Hari tu kat INTI College, Nilai. Ni kat Manipal pulak. Ira tak tipu kalau pergi U seronok sangat lagi lagi kalau dapat belajar kat sana. Sekarang ni Ira teringin sangat nak pergi MSU pulak.

Ira harap Ira dapatlah capai cita cita Ira masuk U ni. Kata orang, belajar betul betul baru dapat capai apa yang kita nak. Dekat INTI Ira belajar course business. Ira tak nak lah cerita panjang panjang pasal INTI sebab sekarang kan Ira tengah cerita pasal Manipal? Haha. Kang lari daripada tajuk pulak. Kat Manipal, Ira first time dapat belajar khusyuk dekat lecture hall. Dahlah besar macam panggung wayang. sejuk pulak tu.

Boleh jadi beku Ira kat situ. Seronok sangat... Asyik berselfie je Ira kat situ. Nak tengok gambar gambar Ira kat situ? Mesti nak kan? Yalah korang kan dah lama tak tengok muka Ira hehehe...


Itu dia gadis comel yang bernama Naddy Elysa :P


Ni pulak Iffah. Dialah yang banyak jadi "camera woman" Ira kat sana. Kesian dia...





Ni lah dia lecture hall yang Ira cakap tu. Besar kan? 



Bersama cikgu bm Ira iaitu Cikgu Noor Hidayah dan juga Cikgu Nor'aini yang mengiringi Ira dan pelajar lain.




Bila muka anoyying Ira haha. Bersama Mieza dan kawan baru Sarah.


The end ~

Nanti entry yang lain Ira akan kongsi kan tentang INTI College pulak. Kat sini Ira dapat ramai kawan baru... Sebab tu Ira suka bercampur dengan pelajar sekolah lain ni sebab nanti dapat mengeratkan silatuarrahim hee. Dari tak kenal, jadi kenal. Bertukar tukar nombor telefon. Seronok kan? Kita berjumpa lagi...