Wednesday, 31 December 2014

Ohhh Stalker ?!

Bab 1
Nama aku Alya Natasha binti Dato’ Alif. Keluarga aku, kawan-kawan semua biasa panggil aku ‘Alya’ je. Aku dilahirkan di Pulau Pinang. Jadi, aku ni budak penanglah! Hahaha lawak... Tapi yang bestnya aku langsung tak reti cakap penang. Nak tahu umur aku berapa? Haa, kenalah rajin baca cerita ni sampai habis. Nanti korang tahulah umur aku berapa.

“Alya!” Laung mama kuat memanggilku dari dapur. Ni tak lain tak bukan, suruh aku tolong basuh pinggan lah tu! Err malasnya!

Aku dengan malas bangun dari sofa terus ke dapur. Baru nak buat blog baru mama dah kacau. Orang baru nak jadi penulis terkenal. Ceh...

“Ada apa mama?” Soalku kerek. Aku sengaja tanya mama soalan kerek macam tu. Padahal aku memang dah tahu mama nak suruh aku buat apa.

“Ni haa, pinggan berlambak kat sinki. Alya tolong ‘bereskan’ boleh tak? Hari ni mama nak masak lauk kegemaran papa.” Ujar Datin Arissa a.k.a mamaku tersayang. Aku dah agak mama mesti nak suruh aku basuh pinggan punya. Nak harapkan abang aku punyalah pemalas! Kerja dia tahu nak berkurung kat dalam bilik aje. Mengalahkan perempuan. Sebab tulah perangai aku sikit-sikit macam lelaki, sebabnya aku suka main tarik tali dengan abang aku.

Maklumlah abang aku tu perangai dia nampak macam kasar, berani tapi sebenarnya kuat menangis bila kena marah dengan papa!

“Termenung apa lagi tu? Cepatlah basuh... Mama nak masak cepat ni sebelum papa balik kerja.” Getus mama mematikan lamunanku.

“Yalah mama.” Jawabku selamba lantas membuka paip untuk membasuh pinggan-pinggan yang bertimbun ni.

“Hei Alya, janganlah bukak air paip tu lama-lama! Nanti kang membazir air jek.” Aduh mama ni, cubitan dia memang berbisa sungguh. Dahlah lengan aku ni takde isi! Lagi nak cubit-cubit. 

Selesai acara membasuh pinggan, aku pantas melarikan diri. Bukan nak lari jauh-jauh pun. Nak masuk bilik je. Aku nak mandi kejap. Lepas tu nak menunaikan kewajibanku sebagai umat Islam. Mama tak tahu lagi aku belum solat zuhur...

“Woi...” Panggil abang Afiq seakan berbisik di telingaku. Sesuka hati dia je nak panggil aku ‘woi’. Bukan nak panggil nama. Aku ada namalah...

“Kau tau tak ni lauk apa? Aku tengok macam tak sedap je.” Getus abang selamba. Nasib baik mama dengan papa dah habis makan tadi. Kalau dia orang dengar abang Afiq aku sorang ni mengkritik masakan mama, mesti kena marah.

“Eh kau dengar tak ni?” Bisiknya.

“Alya dengarlah bang. Alya tak pekak lagi. Nak tau ni lauk apa, makan jelah eh... Alya tak kuasa nak ambik port. Nanti kang salah cakap, abang marah.

Aku tengok abang Afiq mula menyinga. Nak proteslah tu. Pantang nampak lauk lain sikit. Tak nak makan. Mengada betul. Isy geram betul aku dengan perangai abang aku sorang ni.
“Kalau kau tak nak cakap. Aku bagitahu mama yang kau tak solat asar semalam. Padan muka...” Usik abang Afiq.

“Alya A.B.C lah semalam. Mama dah tahu dah pun. Sibuk je nak mengadu. Yalah Alya bagitahu ni lauk apa. Ini ialah tempe goreng dengan ayam masak merah. Tu pun tak tahu ke? Kesianlah Alya tengok abang ni...” Ujarku.

“Ohhh tempe goreng. Aku ingat apa benda tadi. Yang ayam masak merah tu aku tahulah. Yang tempe ni aku tak pernah makan. Tu yang nampak pelik.”

“Apa yang pelik? Makan jelah. Tu favourite papa tau. Sebab tu mama goreng lebih. Kalau abang nak tahu, tempe ni bagus tau. Dahlah abang makanlah sorang. Alya nak naik atas. Nak tidur...”


Tuesday, 30 December 2014

Dear Lelaki

Assalamualaikum...

Post kali ni berkenaan tentang lelaki. Sebelum tu Ira nak bahasakan diri Ira dengan 'aku' boleh? Hee. Ni bukan fakta or auta eh. Ni memang kenyataan! Pengalaman aku selama berkenalan dengan lelaki. Apa tu lelaki? Entah. Haha. Bagi aku lelaki ni peneman hidup perempuan. Memanglah peneman hidup perempuan sebab dah terang terang Hawa dicipta dari tulung rusuk Nabi Adam. So, perempuan pun dicipta dari tulung rusuk lelakilah.

Sebab tulah lelaki jangan buat perempuan menangis. Berdosa tau. Yalah nanti kang tak pasal pasal kau kena sebat kat akhirat sebab buat perempuan menangis sebab kau. Agaknya siapalah pemilik tulang rusuk aku. Ceh hihi. Nak tahu jugak jodoh aku sape kan. Senang tak payah cari cari yang setia bagai. Dah tau jodoh terus bercinta. Amboi gatal benor kau ni Nad. Dalam twitter pun ada tulis, makin serasi pasangan itu, makin seiras wajahnya. Yeke?

Aku belum jumpa lagi lelaki yang sama muka dengan aku. Haha. Sebenarnya aku ni anti lelaki sebab apa? Sebabnya lelaki ni suka bagi harapan palsu. Cipta ayat ayat yang manis, romantik buat perempuan cair. Lepas tu kalau kau dah rosakkan dia, kau tinggalkan dia. Apa ke bangangnya tu? Err -.- Aku tak fahamlah lelaki yang couple sebab rupa or badan ni. Kau ikhlas ke tak sayangkan dia...

Atau sebenarnya kau nak ehem ehem dgn dia. Opps sorry. Terkasar pulak bahasa aku ni. Sebab tulah sekarang aku dah tak percayakan lelaki. Bagi aku, semuanya sama. Suka bagi harapan palsu. Benci!!! Mohon terasalah lelaki yang baca post ni. Aku sakit hati betul dengan lelaki yang jenis macam ni. Kalau playboy aku tak kisah. Sebab aku tau sesetengah playboy ni nanti akhirnya setia jugak sebab dah jumpa yang solehah kan.

Yang paling aku suka lelaki matang macam adalah. Hehe. Lelaki matang ni aku kenal. Perangai dia lain sikit. Takdelah g.s sangat. Kalau dah g.s sangat tu bahaya. Kan bagus kalau aku ada kawan baik lelaki. Sebelum ni aku tak pernah pun ada kawan baik lelaki. Yang betul betul faham aku. Ni tak. Semua lelaki yang aku kenal, semua nak perempuan lawa jek. Pastu ejek aku. Dah Allah swt yang cipta aku kan.

Buat apa nak kutuk. Kau kutuk aku macam kau kutuk ciptaan Allah. Hati manusia kita tak tau. Tolonglah lelaki. Please faham yang perempuan tak sehebat kau. Tengok kaum hawa macam aku ni sebenarnya lemah. Diciptakan oleh tulung rusuk lelaki. Perempuan hanya ada 1 akal dan 9 nafsu. Betul ke? Hmm. Aku harap aku dapat jumpa lelaki yang betul betul baik kat dunia ni. Dialah ikhlas sayangkan aku dan tak pura pura suka aku.

Cinta tu buta okay :')

Dear Lelaki, jangan marah eh. Ni sekadar luahan hari Ira untuk seseorang. Bukan untuk korang. Ira nak mintak maaf sangat sangat kalau ada orang yang terasa or tak suka dengan post ni :)


Tahun 2015 ?!

Assalamualaikum guys

Rindunya kat blog! Sekarang ni Ira jarang aktif kat blog sebab kerja kan. Ni pulak dah nak naik sekolah. Tahun depan dah 16 tahun dah aku ni... Nope. Bukan tahun depan. Tapi esok! Hmm sedihnyaa. Sebab Ira dah tua kan. Hehe. Ira tak sangka hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2014. Ceh ayat! Ira rasa Ira belum sedia lagi nak masuk ke alam baru. Hmm...

Korang perasan tak tahun 2014 ni tahun yang paling teruk? Sebab apa? Sebabnya macam-macam dugaan yang Allah swt nak uji kita. Ira tahu Ira banyak sangat dosa kat dunia ni. Yalah dulu pesawat MH 370, MH 17 lepas tu puting beliung, kemarau, banjir, banjir kilat, tanah runtuh dan sekarang pesawat Air Asia pulak. Ya Allah banyaknya dugaan :'( Ira tahu Allah murka... Kalau boleh Ira tak nak mati masa Kiamat. Ira nak mati sebelum Kiamat.

Ira harap Allah swt ampunkan dosa-dosa kita semua. Ira harap juga banjir di Pantai Timur tu surut. Bukan di Pantai Timur aje malah di semua negeri! Maknanya satu Malaysia lah kena. Tapi alhamdulillah lah sebab dah dua hari cuaca baik :') Cuaca baik, matahari pun dah naik. Tapi sejuk sebab kena tempias dari Pantai Timur kan. Kita banjir, negara luar salji berkepul-kepul... Entah pape tah aku ni! Haha.

So, Ira harap tahun 2015 lebih baik dari tahun ni. Ira tak nak lagi kena buli macam dulu.
Harap sangat!!!

Saturday, 27 December 2014

Tutorial Turban Shawl

Assalamualaikum

Jom belajar pakai turban ala ala Yuna ! Kalau Ira memang tak minatlah hehe. Ira lebih suka simple macam pakai tudung bawal hitam. Sebab muka Ira memang sesuai pakai tudung bawal jek. So siapa yang nak belajar bolehlah tengok tutorial kat bawah ni. Cantik orangnya :)


Novel ? What The Hell -.-

Assalamualaikum...


Setakat ni Ira ada sikit je novel tapi Ira lagi suka pinjam dari kawan Ira haha. Lagi2 dulu masa duduk kat Jb, Ira suka sangat pinjam novel novel cinta. Kadang dari library. Ulat bukulah katakan... Now sekarang Ira terbukak hati pulak nak buat novel sendiri. Walaupun cerita dia tak berapa nak top macam penulis penulis yang famous macam Siti Rosmizah tu, Ira tetap akan berusaha buat yang terbaik.

First novel yang Ira buat dah delete sebab Ira malas nak sambung cerita dia. Makin merapu! Entah papa tah. Ada kat blog lama, kalau korang nak baca. Alah blog yang celoteh gadis kecil tu. Novel kedua, Diari Cinta Eryna. Tengah tunggu respon dari penerbit kaki novel. Yang ketiga ni cerita dia tak best sangat. Bak kata orang yang comment kat karya ilham karangkraf tu... 

"Idea dah ada tapi cerita banyak lompat lompat. Kadang tak logik." What the hell lah! Sabar Ira sabar. Huh?! Takpe orang tegur kan. Yalah Ira ni kan budak kecik lagi. Baru 15 tahun kut. Tahun depan nak masuk 16. So 16 to be lah kita ^^ Ira dah nekad tak nak buat novel kahwin paksa macam penulis penulis lain buat. Jalan cerita sama je semua. Bosan -.- Baik aku baca novel inggeris macam Twilight ke, Harry Potter lagi best.

So, Ira harap Ira dapat buat yang terbaik lagi lepas ni. Kalau boleh Ira nak buat novel pasal cinta komedi pulak. Atau khayalan. But Ira tak pandailah hehe. Insyaallah kalau ada masa Ira buatlah. Dah nak naik sekolah woii. Study penting. Hoho. Tunggulah ada laptop sendiri :p May Allah bless us... #PrayForPantaiTimur #PrayForMalaysia yang sedang dilanda banjir sekarang ni. Makin teruk hmm :(

Ya Allah selamatkanlah mereka :') Amin.

Tuesday, 23 December 2014

Result PT 3

Assalamualaikum guys...

Amacam korang? Sihat? Alhamdulillah Ira sihat je. Kali ni Ira nak share sikit pasal result pt 3 Ira. Walaupun tak sehebat korang tapi ni kan ibarat diari Ira so apa salahnya kan? Hmm. PT 3 ni ujian kali pertama yang kita orang  batch 99' ni hadapi. Benci betul aku sebab kena jadi bahan uji kaji! Dulu kata pbsmr lah bagai. Dengan pbsnya lagi. Macam2 lah.

Kan bagus buat pmr je? Senang sikit aku nak score. Yang paling aku benci ada gred F tu. Kenapalah kementerian seksa kita orang? Katanya nak uji minda kita pastu tahun depan nak dimansuhkan pulak. What the hell? Janganlah buat kita orang macam ni.

Ni haa salah satunya dokemen pt 3 tu :


Ni dokumen pelaporan Ira



Yang paling sadis Ira dah failed dua subjek. Math ngn sains. Kenapalah Ira bodoh sangat dalam dua subjek tu? Hmm. Kalaulah lulus semua. Nasib ada 2A hehe.
 So result Ira keseluruhan : 2A2B1C3D2F.


Ni pbs. Korang nak tau, agama Ira semua band 6 :') Baiknya ustazah! Hee


Ni result koko. Penat2 Ira masuk kawad, jadi koperator koop semua tak dpt markah. Kata cikgu liyana, cikgu tak dapat maklumat. Okay hmm :(


Akhirnyaa! Nilah result psikometrik Ira. Tak sehebat korang. Cehh haha ^^

Seriusly Ira jeles sangat kawan kawan Ira yang dapat straight A ni. Macam mana dia orang belajar ek? Hmm okay lah ni jek nak share. Babai! Tahun depan azam Ira nak study betul2.


With my best friend, Linda and Arni :)


Also my best friend, Yana and Kartiana :)

Btw, Good Luck for korang yang amik PT 3 tahun depan. Susah tau! Haha. Kalau tak dimansuhkan lah. 








Sunday, 14 December 2014

Buku Tentang Cinta

Assalamualaikum korang ^^


Alhamdulillah dengan izin Allah swt Ira terjumpa buku Tentang Cinta ni kat dalam klinik xara. Klinik Xara? Yupp tempat Ira kerja sekarang. But gambar ni Ira curi kat google. Hee... Sebelum tu, apa khabar korang? Rindu aku kat blog yang tak seberapa ni. Hachumm!! Dah berabuk-abuk dah blog ni. Dah lama tak post kan.

Okay berbalik kat buku ni tadi, selama ni Ira tertanya-tanya dan pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran Ira ni. Apa itu cinta? Duk tanya jugak diri sendiri or sape2 yang serik bercinta ni kan. Cinta itu buta bak kata Fareen. (Heroin novel Kerana Dia Istimewa Bagiku) Novel yang Ira buat sekarang ni pun dah banyak tangguh. Yelah busy lagipun takde masa. Padahal kerja part time je. 

Kalaulah Ira ni boleh mencintai dan dicintai. Apa agaknya rasa ek? Best tak bercinta? Sebab tulah Ira nak sangat cari petunjuk apa tu cinta! Last2 tengah belek majalah2 kat klinik tu tetiba jumpa buku ni. So, Ira ambiklah. Siap mintak izin kak nasuha lagi nak pinjam buku tu. Kak Nasuha kata, ingat ni perpustakaan ke apa? Haha xD

Last minute dah nak balik kerja tu kan, doktor kata "Nadhira, kalau awak nak ambik buku tu ambiklah. Saya pun tak tau sape punya buku tu." Dalam hati Ira hanya Allah swt je tau betapa happynya Ira bila dapat buku tu. Free pulak tu! Thanks doc^^ Ira dah baca dah sikit sikit buku tu. Isi kandungan dia best sangat. Kita boleh fall in love kat buku tu. Yelah siap terangkan lagi couple tu apa. Cintalah bagai. Dah nama buku Tentang Cinta kan. So pasal cinta jelahh.

Bagus buku ni... So sesiapa yang nak beli, murah jee. Bukan beli kat Ira ehh. Kat kedai bukulah sayang oii! Harganya 25.90 je. Dari korang baca novel, baik baca buku ni. Pesan kat diri sendiri. 



Take care korang :)

Sunday, 7 December 2014

Whatsapp ?

Assalamualaikum readers...

Whatsapp?

Aku rasa application whatsapp ni tengah famous sekarang ni. Bukan apa, free nak contact orang. Tak payah guna sms. Biasa kan sms cas seposen, tujuh sen kan. Kalau text dengan bf atau gf korang, lagilah melambung kredit korang! So better you all used whatsapp. That's app was so easy to use. Ekceli sebenarnya kena bayar sebab Ira ada check kat setting then tengok payment kena bayar RM 3.50 dalam setahun.

Murah je. Tak mahal pun. Cuma nak download app to yang susah... Bukan susah tapi berat. Mb dia besar. Bak kata kak nasuha : 1 MB = 1000 KB. Habis kalau 14 MB dah berapa? Hmm. Tu yang aku banyak delete app dalam phone aku tu. Setakat guna Samsung Galaxy Y tu tak yah la nak guna banyak2 app. Hehe.

Lagipun kalau install banyak2 app pun bukan ada guna pun. Setakat nak edit muka, putihkan muka je buat apa! Tarik perhatian orang? Ohhhh gitu. Haha sorry. Sekarang aku dah berubah. Dah jarang selfie lagi. Cukuplah buah hati sorang, crush pun sorang. wakakaka xD Nak tau macam mana nak buat whatsapp? Bagi sape yang tak tahulah wei. Sape yang dah tahu tu senyap. Duk diam2. Tak payah menyibuk. Cehhh!

Nanti Ira bagi tutorial bagi yang tak tahu tu. Okey? Tata ^^

50 Fakta Tentang Facebook Yang Kita Tidak Tahu

Assalamualaikum


Facebook adalah jaringan laman sosial yang paling popular di dunia. Hampir setiap orang memiliki akaun berdaftar dengan facebook. Dengan facebook juga kita boleh menjana pendapatan dengan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam facebook. Keruntuhan moral dan rumah tangga juga berpunca dari facebook.

Tahukah kita terdapat fakta-fakta yang berkaitan facebook yang kita tidak tahu. Disini saya sertakan 50 fakta tentang facebook. Ia dipetik dari sumber fuh.my

1) Facebook telah menjadi laman rangkaian sosial yang kekal dan global dengan setiap 1 daripada 13 orang di bumi adalah pengguna Facebook.

2) Setakat ini, sehingga 48% orang Amerika dilaporkan mendapat dan mendengar berita dan peristiwa melalui Facebook untuk pertama kalinya.

3) 50% member Facebook melakukan login setiap hari untuk memeriksa dan melakukan update.

4) 50% dari pengguna menghabiskan berjam-jam di Facebook setiap hari. Jadi secara total mereka menghabiskan 700 bilion minit setiap bulan untuk Facebook.

5) Tidak kurang dari 48% pengguna berusia 18-34 tahun melakukan log on Facebook tepat ketika mereka bangun.

6) Facebook adalah laman no.2 dengan pengguna dan traffic terbesar di dunia tepat di bawah Google.

7) Terdapat lebih daripada 35 + demografi yang merupakan lebih dari 30% dari seluruh basis pengguna.

8) Tahun baru telah membuat sebuah keajaiban dengan lebih daripada 750 juta foto yang dimuat naik pada malam tahun baru.

9) Setengah dari penduduk Facebook hadir setiap jam dan jadi ada lebih dari 1,587,000 wall post yang ditulis dalam waktu 20 minit.

10) Gambar yang diagihkan di Facebook ada sekitar 2,716,000 foto dalam setiap 20 minit.

11) Dari jutaan foto yang di-upload, ada sekitar 1,323,000 foto yang ditag dalam masa 20 minit.

12) Majoriti orang amerika dijumpai di Facebook, sekitar 71.2% dari seluruh pengguna internet di amerika menggunakan Facebook.

13) Lebih daripada 900 juta interaksi ada dalam Facebook seperti Pages, Groups, Events, dll.

14) Majoriti pengguna Facebook bukan dari Amerika Syarikat, jadi kira-kira 70% pengguna Facebook adalah bukan orang Amerika.

15) Oleh pengguna di seluruh dunia terdapat lebih daripada 1,000,000 link yang dibahagikan di Facebook dalam masa 20 minit.

16) Walaupun berbilion pengguna menggunakan hanya 20 minit, namun sudah ada sekitar 1,972,000 permintaan teman yang dihantar dan diterima.

17) Dalam setiap detik muncul status baru sebanyak 1,851,000 update status yang dituliskan.

18) Setiap detik ada 1,484,000 undangan event, group, dan parties yang diposkan.

19) Dari milyaran orang pengguna Facebook, selama 20 minit terdapat 2,716,000 mesej yang dihantar.

20) Rata-rata pengguna berhubung ke 80 laman komuniti, event, dan group.

21) Facebook adalah milik semua orang kerana menyediakan lebih dari 70 terjemah yang terdapat di laman.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

22) Lebih dari 30 bilion potongan berita, cerita, posting blog, dll yang di-share setiap bulan.

23) Sekitar 1,587,000 postingan di dinding ditulis dalam waktu 20 minit.

24) Rata-rata pengguna mencipta 90 buah kandungan setiap bulan.

25) Istilah yang dirahsiakan selamanya dan digunakan secara meluas adalah POKE! Anda akan mencari orang yang melakukan POKING tapi anda tidak akan pernah tahu apa maksudnya.

26) Walaupun ada lebih dari 70 bahasa, masih ada lebih daripada 300,000 pengguna menterjemahkan laman melalui aplikasi terjemah.

27) Ada 'App' untuk melihat apa yang ada di Facebook café menu.

28) Facebook adalah "Work Network" pertama serta jaringan pendidikan asli seperti Apple dan Microsoft.

29) Ada pengusaha dan pemaju lebih dari 190 negara yang mempunyai platform Facebook.

30) Wajah Al Pacino adalah pada Homepage Facebook asli.

31) Orang-orang yang terutama menggunakan Facebook melalui telefon bimbit sebenarnya mereka lebih aktif daripada orang yang menggunakannya melalui laptop.

32) Facebook id diperlukan untuk mengakses beberapa link web sehingga 250 juta orang terlibat dengan Facebook di laman web luaran.

33) Ada ribuan laman terintegrasi dengan Facebook dengan lebih daripada 2.5 juta count.

34) Salah satu perkhidmatan Facebook awal yang masih tidak berubah adalah perkhidmatan File Sharing.

35) Pengguna memasang lebih dari 20 juta aplikasi menarik setiap hari.

36) Sejak April 2010, dengan pelancaran sosial plug-in, ada lebih dari 10,000 website baru yang terintegrasi dengan facebook setiap hari.

37) Para pengguna aktif adalah pengguna mobile sehingga ada lebih dari 200 pembekal khidmat di 60 negara yang bekerja untuk menyebarkan dan mempromosikan produk facebook mobile.

38) Ada lebih dari 250 juta pengguna aktif yang mengakses facebook melalui telefon bimbit.

39) Walaupun sebahagian besar pengguna aktif melalui telefon bimbit tapi total pengguna aktif Facebook lebih dari 650 juta.

40) Walaupun orang amerika adalah dalam fasion Facebook tapi Australia menghabiskan lebih dari 7 jam rata-rata per bulan untuk Facebook.

41) Texas Hold'em Poker adalah laman yang paling popular dengan lebih daripada 41 juta fans.

42) 23.6% daripada penduduk Facebook berasal dari Amerika Syarikat dengan lebih daripada 155 juta orang.

43) Seorang pekerja Facebook menjual hoodie sebanyak $4000 di eBay.

44) Lebih dari 16juta laman Facebook fans yang dibuat.

45) Saat ini Facebook bernilai kira-kira $80 trilion.

P/S – Bahasa agak cacamarba tetapi masih boleh difahami rasanya. So, faham-faham lah sendiri ye. Hehe 

46) Facebook hampir diakhiri gugatan hukum oleh ConnectU yang mendakwa bahawa Zuckerberg mencuri idea dan teknologi untuk Facebook.

47) Iklan dan produk virtual adalah bahan rahsia untuk pengeluar wang di Facebook.

48) Mark Zukerberg menyebut dirinya seorang 'Harvard Graduated' semasa dia tidak lulus.

49) Rata-rata pengguna mempunyai lebih dari 130 teman dalam lingkaran yang menjadi peserta aktif.

50) Facebook adalah media sosial kegemaran untuk aktiviti kecurangan pada pasangan.

SUMBER ASAL >> http://pentekan.blogspot.com/2014/12/50-fakta-tentang-facebook-yang-kita.html#ixzz3LFO5uEBh

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum guys...

First of all, Ira happy sangat sebab dah dapat kerja part time kat Klinik Xara. Alhamdulillah. Punyalah seronok gila. Menggila kejap >< Nasib baik klinik tu area situ jek. Alah nak keluar dari College Height jek. Hehe. Masuk esok hari keempat Ira kerja kat situ. Dapat gaji bulan. Ira tak kisah janji Ira dapat ringankan beban keluarga Ira :)

Sebenarnya Ira sangat perlukan duit untuk beli barang sekolah sendiri, tak payah susahkan ayah lagi. Kesian Ira tengok ayah terpaksa kerja cari duit untuk kita orang anak beranak. Dah lah adik beradik ramai. For your information 7 orang. So, semua sekali 9 orang lah. Hmm. Ira tak nak cerita hal keluarga Ira nanti kata Ira ni mengaibkan keluarga pulak kan. Diam diam sudah ^^

Nak dengar cerita tak? Tepuk tangan, habis cerita! Huhu just kidding... Macam ni ceritanya, masa tu Ira duk dalam bilik and then tetiba ada orang call. Katanya dia dari Klinik Xara. Dia kata "Ni Nad eh yang tampal kertas kat area restoran bawah tu." Malu aku! Haha xx Ira saje tampal kertas kat area tu. Hihi nanti esok nak koyakkan lah.

Then dia cakaplah ada kerja kosong kat situ. Ira tanyelah boleh ke kerja part time kat situ? Dia kata boleh. Ira rasa was was sebab umur Ira kan baru 15. Tapi bila pegi interview dengan doktor hari khamis hari tu alhamdulillah dapat :) Macam macam doktor tanya Ira. Sebab dia kesiankan Ira, dia bagilah peluang Ira kerja kat situ.

Mula2 doktor bagi Ira kerja bahagian registration dulu kat kaunter depan. Alah klinik tu register pakai komputer aje. So senang! Hee :D Dah lama lama naik hafal aku. Kadang kadang Ira tulis resit. Adalah Ira buat kesilapan sikit. Sorry doc :( Nasib baik semua staf kat situ perempuan. Padahal 3 orang jek -.-

Ira, Kak Nasuha and Kak Shalini. Orang yang call Ira tu nama dia Kak Aini. Dia baru berhenti kerja. Hmm. Ira rasa sampai sini jelah nak cerita. Dah macam karangan aku tengok entry aku ni. Hope dapat kerja elok2 and dapat tolong keluarga. In shaa allah. Doakan Ira tau guys!

Bye, take care guys... ^^

Thursday, 4 December 2014

Kerana Dia Istimewa Bagiku 35

Bab 35
Fareen yang sedang leka berborak dengan para tetamu disapa oleh tunangnya tiba-tiba. Dia hairan, muka Azrie tidak seceria selalu. Lantas lengannya ditarik kemudian dibawa ke suatu tempat. Kenapa dia bawak aku kat tepi kolam renang pulak ni? Azrie nak bunuh aku ke, fikir Fareen.

“Isy sakitlah Azrie!” Bentak Fareen. Muka Azrie berubah masam lalu memandang sinis pada Fareen yang mengaduh kesakitan kerana lengannya dipaut erat.

“Awak ni sebenarnya kenapa? Tiba-tiba je bawak saya kat sini? Nak bunuh saya ke?” Soal Fareen selamba lalu menarik tangannya.

“Fareen, maafkan saya. Saya tak sengaja tarik tangan awak tadi. Sebenarnya saya cuma nak tanya awak, betul ke Aida masuk hospital gila?” Getus Azrie.

“Kalau betul pun, kenapa awak tanya? Awak masih ada hubungan dengan dia ke?”

“Hubungan? Nope sayang. Bila masa saya ada hubungan dengan dia lagi? Saya cuma cintakan awak sorang dan saya akan setia dengan awak sorang. Saya cuma tanya je kan.”

“Kalau betul awak cintakan saya dan setia dengan saya, kenapa awak tanya lagi pasal Aida? Saya rasa baik kita bincang pasal perkahwinan kita dari cakap pasal dia.”

“Sayang, look at me. I will married you next month. As soon as posibble. You will be mine sayang... I never let you go.” Gumam Azrie.

“Azrie, awak sayangkan saya kan?”

“Of courselah sayang. Kenapa?”

“Kalau betul awak sayangkan saya, saya nak sangat jumpa Aida kat dalam hospital tu. Saya rasa bersalah sangat awak. Disebabkan saya, Aida gila. Dia gilakan awak. Saya tau saya ni perampas. 

Kalau saya tak muncul mesti awak tak putus dengan Aida. Emelyn ada cakap yang Aida selalu sebut nama awak sebelum dia gila.” Terang Fareen panjang.

“Sayang, apa yang awak merepek ni? Jangan jadi bodoh boleh tak. Fareen please, jangan sebut lagi pasal dia. Dari dulu saya tak pernah cintakan dia dan saya tak pernah ada perasaan langsung kat dia. Saya couple dengan dia pun dulu sebab dia cantik. Tu je. Saya takkan benarkan awak lawat dia kat sana. Kalau dia sakitkan awak lagi, macam mana? Saya tak nak kehilangan awak lagi, Fareen. Saya terlalu sayangkan awak lebih dari saya sayangkan diri saya sendiri.” Ujar Azrie sambil meletakkan tangannya di dahi Fareen.

“Saya akan pergi jugak. Tapi awak kena ikut saya sekali. Saya tau kat Tanjung Rambutan tu bahaya sebab tulah saya ajak awak. Esok kita pergi tau.” Getus Fareen.

“Tapi awak... Yalah saya ikut awak.”

“Fareen, Fareen... Ternyata awak ni keras kepala jugak. Aku ingatkan perempuan lembut macam kau tak degil. Hmm...” Desis Azrie di dalam hati.

Fareen baru nak melangkah pergi, tiba-tiba dia tersepak air lalu hampir terjatuh di dalam kolam renang. Nasib baik Azrie sempat memeluk Fareen dari terjatuh ke dalam kolam renang. Mata mereka bertatapan untuk seketika.

“Awak okey?” Soal Azrie.

“Saya okey. Terima kasih Azrie. Kalau awak tak sambut saya tadi, mesti saya dah jatuh kat dalam kolam tadi.” Desis Fareen.

“Malunya aku! Dahlah dia peluk aku depan orang ramai. Tapi bagus jugak. Kalau dia tak peluk aku tadi, dah lama aku basah kuyup jatuh kat dalam kolam ni.” Getus Fareen di dalam hati.
“Haa Azrie, kenapa tak ajak Fareen makan sekali?” Sampuk Puan Syazira.

“Err, Azrie dah ajak Fareen tadi. Dia yang tak nak. Katanya nak diet.” Seloroh Azrie sambil tersenyum.

“Diet? Bila masa saya cakap macam tu tadi? Awak yang tiba-tiba tarik saya ke sini.” Getus Fareen lalu mencubit lengan Azrie.

“Dah-dah jangan bergaduh. Jom ikut mama makan sekali. Nanti kejap lagi kita bincang pasal perkahwinan kamu berdua okey?”

“Tapi tunggu orang ramai baliklah....” Sambung Azrie.

“Memanglah tunggu orang balik dulu. Senang kita buat perbincangan. Nak buat wedding kat mana, design baju, khemah lagi.” Ujar Puan Syazira lembut.

“Mama, kalau boleh Reen nak wedding yang biasa-biasa jek. Nanti orang kata Reen ni saja nak kikis harta Azrie.”

“Takpe sayang. Azrielah satu-satunya anak lelaki kami. Apa salahnya nak buat besar-besaran. Kalau boleh mama nak buat wedding kat hotel. Mama nak jemput semua kawan-kawan mama. Fareen pun jangan lupa jemput semua kawan-kawan Fareen tau.” Balas wanita yang memakai shawl itu. 

Sememangnya dia mahukan perkahwinan yang terbaik buat anak lelakinya itu. Sebelum dia tutup mata, biarlah anak-anaknya bahagia.


“Sengih-sengih! Macam badut aku tengok kau ni. Aku tengok kau dari tadi mengelamun. Sharelah sikit kat aku.” Getus Balqish lalu duduk di birai katilnya.

“Badut? Sampai hati kau kata aku badut. Mana ada aku mengelamun. Aku cuma tengah fikirkan masa depan aku. Aku rasa lepas kahwin nanti aku nak berhenti kerja lepas tu sambung belajar. Lagipun duit aku dah cukup kut rasanya.” Ujar Fareen serius.

“Berhenti kerja? Aku rasa baik kau tak payah berhenti kerja. Kalau nak sambung belajar, kau kerjalah part time kat butik bakal mak mertua kau tu. Nanti kalau kau nak pergi kampus, siapa yang bagi duit poket hari-hari kat kau en?”

“Hmm, betul jugak apa yang kau cakap tu. Aku tak nak susahkan orang. Lagi-lagi Azrie. Parah ni kalau dia tau aku nak sambung belajar.” Getus Fareen.

“Tahu takpe. Aku tau kau memang tak suka susahkan orang. Dulu masa kita nak datang sini pun, kau tak mintak duit kat mak ayah kau, apa lagi nak mintak kat Azrie. Memang taklah kan. Tapi bukan ke kalau dah kahwin, suami kena bagi nafkah kat isteri? Wuu bestlah kau! Hehe...” Seloroh Balqish.

“Dahlah wei. Jom tidur? Mata aku tiba-tiba rasa ngantuk.”

“Tulah kau. Bila cakap pasal kahwin, mesti ngantuklah, nak pergi toiletlah bagai. Macam-macam alasan yang kau bagi kat aku. Kau kena ingat, tak lama lagi kau akan jadi isteri orang.” Desis Balqish.

Fareen terus menghempaskan badannya di atas katil lalu terlelap. “Isy dia ni, bila aku cakap je mesti tidur. Fareen, Fareen...” Desis Balqish.


7 Icons Last Perfomance "Stick With You"

Assalamualaikum guys






Ya Allah sedihnya aku tengok video ni. 7 Icons Last Perfomance "Stick With You". Aku tau fans club group girl band ni mesti ramai kan? Dan salah satunya ialah aku. Hehe. Bila aku dengar 7 Icons ni berpecah a.k.a bertukar nama pada 7he icon aku sedih gila. Bukan apa, tiga orang dari group dia orang keluar. Nak tau siapa? Kak AT, Linzy and Uty.

Seriusly aku memang minat gila dengan dia orang semua ni. Tengoklah dalam youtube tu dia orang semua tengah nangis. Aku pun nak nangis jugak ni. Kalaulah aku dapat jumpa dengan dia orang ni. Terus aku peluk kuat-kuat then amik gambar. Haha perasan. Kalau dia orang nak jumpa kau. Yalah siapalah aku kan nak amik gambar dengan 7 icons. Group yang tengah naik sekarang ni kat Indonesia.

Lagipun aku jumpa video ni kat youtube. Mula2 aku jumpa video ni kat blog kak Mezty. Terus aku komen kat bawah entry blog dia tu. Kalau korang nak tau kisah selanjutnya kenapa dia orang bertukar nama semua, boleh tanya kat Encik Google . Sekarang kan boleh cari kat mana mana kan? Hee ^^


Wednesday, 3 December 2014

Kerana dia Istimewa Bagiku 34

Bab 34

“Biar betul si Aida tu masuk hospital gila? Aku macam tak percaya je kat Emelyn tu. Entah-entah dia tipu tak? Kau jangan percaya sangat Reen. Kalau dia orang perangkap kau sekali lagi, macam mana? Aku jugak yang susah nanti...” Ujar Balqish.

“Aku rasa betul wei. Sebab tengok muka Emelyn lain macam je. Dahlah lupakan jelah pasal dia. Malam ni kau nak ikut tak aku pergi kenduri kesyukuran kat rumah Azrie? Ariff pun ada sekali tau.” Tukas Fareen sambil menghirup air milo.

“Hmm boleh jugak. Boleh jumpa Ariff! My lovely crush...” Getus Balqish sambil terbayang wajah Ariff.

“Wahh crush beb! Aku rasakan Ariff tu pun sukakan kaulah. Sebab tadi, dia ada tanya pasal kau. Aku cakaplah kau kerja.”

“What? Serius dia tanya pasal aku? Alhamdulillah, peluang aku ni untuk dekati dia. Hihi okeylah tu crush. Kau lagi untung Reen. Dapat tunang caring macam Azrie tu. Sama-sama caring. Kau selalu ambik berat pasal dia, dia pun selalu ambik berat pasal kau. Dari dulu aku dah cakap yang korang ni memang ada chemistry.” Ujar Balqish.

“Kau ni tak habis-habis dengan chemistry kau tu. Malam ni kau nak pakai baju apa?”

“Aku pun tengah fikir nak pakai baju apa ni. Pakai baju kurung jelah? Senang sikit. Kalau kau aku rasa mesti bosan asyik pakai baju kurung je.”

“Haa, tau takpe kau! Ni baju gadis melayu terakhir tau...” Jawab Fareen lalu telefon bimbitnya berdering.

“Assalamualaikum.” Ucap Azrie dalam talian.

“Waalaikumussalam... Ada apa awak call saya ni?”

“Kenapa? Tak boleh ke? Saya rindulah.”

“Rindu? Baru tadi jumpa.” Seloroh Fareen.

“Betullah. Saya hari-hari rindukan awak. Malam ni saya jemput awak berdua tau.” Ujar Azrie romantik pada Fareen.

Fareen tersenyum sendiri lalu mematikan talian. Macam ni ke rasa dicintai seseorang? Haih kalau Azrie jadi suami aku nanti macam manalah.

“Amboi, senyum sorang-sorang nampak! Tak aci betul.” Usik Balqish.

Usai menunaikan solat maghrib, Fareen terus melipat kemas telekungnya kemudian diletakkan di dalam almari. Malam ini Fareen harus bertudung kerana kenduri kesyukuran di rumah Azrie mungkin adakan bacaan yasin sekali, fikir Fareen.

Fareen memutuskan untuk meminjam tudung bawal Balqish kerana tudungnya banyak tertinggal di kampung.

“Qish, aku nak pinjam tudung bawal kau boleh?” Tanya Fareen sambil membuka almari untuk mencari tudung Balqish.

“Sejak bila kawan aku ni pandai mintak izin ek? Ambik jelah... Kau kan kawan aku. Barang aku, barang kau jugak.” Getus Balqish.

“Yalah. Banyak cakaplah kau ni.”

Fareen mengenakan baju kurung satin yang berwarna merah jambu dipadankan dengan tudung bawal merah kepunyaan Balqish. Nasib muat dengan kepalanya.

“Cantiknya kau Reen. Ceh mentang-mentanglah tunang dia nak datang jemput kejap lagi.” Seloroh Balqish.

“Ada-ada je kau ni. Aku dah siap ni. Jomlah kita tunggu kat luar. Mana tau Azrie dah sampai.” Ujar Fareen.

Sampai saja di bawah, Azrie terpegun melihat kecantikkan Fareen. Sebelum ni, dia tak pernah tengok Fareen bertudung. Sungguh cantik. Kalau sesiapa yang melihatnya pun pasti akan terpikat. Ni tak boleh jadi ni. Aku tak boleh kehilangan dia, desis Azrie.

“Ada apa-apa yang tak kena ke? Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soal Fareen terpinga-pinga. Dia sempat membetulkan tudung bawalnya yang senget-menget tu.

“Azrie pandang kau sebab kau cantik sangat. Tu pun kau tak tau ke? Kesian...” Desis Balqish sambil menekup mulutnya.

“Eh awak pun ikut sekali Qish? Baguslah. Ariff pun tengah tunggu awak kat sana.” Seloroh Azrie pada Balqish.


Kerana Dia Istimewa Bagiku 33


Bab 33

Hujan lebat membuatkan Fareen terasa dingin dan sejuk sekali. Rindunya kat dia, ujar Fareen sejurus memerhatikan keadaan deruman ombak yang berdekatan dengan rumahnya.

“Reen... Bila Reen nak pergi majlis konvokesyen Azrie tu? Ibu tengok Reen duduk rumah, makan tidur jek... Puan Syazira tak marah ke kalau Reen tak masuk kerja? Dah berapa hari dah ni Reen cuti.” Getus Farah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Fareen.

“Rasanya esok kut. Reen ingat, Reen nak belikan Azrie sesuatu yang berhargalah. Nak mintak tolong Balqish, dia sibuk kerja kat KL. Aqilah pulak... Dia tidur rumah sepupu dia yang kat Kedah tu. Hmm siapa ek Reen nak mintak tolong? Haa, ibulah. Nanti kalau tak hujan malam ni, teman Reen pergi kedai hadiah eh... Bolehlah bu.” Dengus Fareen pada ibunya.

“Fareen Nuralisa, anak ibu...” Panggil Farah sambil mengusap lembut rambut Fareen.

“Ya ibu?”

“Reen tahu kan yang Reenlah satu-satunya anak ibu? Ibu harap ibu dapat tengok kamu berumah-tangga dan ibu nak sangat kamu sentiasa bahagia bersama Azrie. Nanti ibu akan cakap dengan Azrie yang dia tak boleh kecewakan anak ibu ni...” Luah ibu sambil menitis air matanya.

“Reen janji, Reen akan sentiasa bahagiakan ibu dan buat ibu bangga. Itulah impian Reen selama ni. Pasal Azrie tu, ibu jangan risau. Kami saling mencintai...” Balas Fareen lalu memeluk ibunya.

“Ingat pesan ibu, jangan derhaka pada suami kamu bila dah kahwin nanti. Ikut je apa yang dia suruh. Ibu harap Reen dengan Azrie akan kekal selamanya. Ibu akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua.”

“Amin, terima kasih ibu kerana doakan kebahagiaan kami. Reen sayang ibu...”


Pagi ini, Fareen bersolek nipis saja untuk kelihatan lebih menyerlah kerana hari ni merupakan hari penting buat tunangnya. Dia menggayakan jubah puplem yang berwarna merah jambu dan juga selendang di atas kepalanya.

Setelah bersiap dalam sepuluh minit, Fareen terus saja masuk ke dalam perut kereta abahnya, Hairul. Abah akan menghantarnya sampai ke terminal lalu dia akan menaiki bas saja untuk ke Kuala Lumpur.

“Terima kasih abah.” Kata Fareen lantas mengucup tangan Hairul. Dia pantas naik ke dalam bas supaya tidak terlambat.

Fareen berharap sangat yang dia tidak terlambat untuk menghadiri majlis konvokesyen tunangnya hari ini. Dia mengeluarkan kotak jam Casio dari beg sandangnya sambil merengus, “Harap-haraplah aku cepat sampai. Kalau tak mesti Azrie kecewa sebab aku tak datang ke hari istimewanya.”

“Datang pun anak mama ni.” Getus Puan Syazira sambil tersenyum ke arah Fareen.

“Mana Azrie, ma?” Fareen cuba mencari kelibat Azrie. Batang hidung Azrie pun dia tak nampak. Mana tunang aku ni?

“Hai sayang... Terima kasih kerana sudi datang.” Ujar Azrie dari belakang sambil menutup mata Fareen dengan tangannya.

“Awak... Saya cari awak dari tadi tau. By the way, nah. Ni hadiah khas untuk awak. Ibu yang cadangkan saya belikan hadiah ni. Suka tak? Sorry tau sebab saya lambat. Bas banyak berhenti tadi.”

“Sweetlah korang ni. Cemburu aku tengok... Fareen, awak sorang je yang datang? Mana Qish?” Tanya Ariff.

“Aqish kan kerja. Dah lupa ke? Apa pun tahniah kat korang tau sebab dah berjaya dapatkan segulung ijazah.” Tukas Fareen.

“Thanks a lot sayang. Suka tu memang suka tapi kalau awak ada lagi saya suka. Saya tak kisah kalau awak lambat 12 jam pun saya terima. Sebabnya awak terlalu istimewa dalam hati saya ni. Tanpa hadiah ni pun, saya tetap akan hargai awak sayang...” Luah Azrie.

Fareen begitu terharu mendengar luahan hati tunangnya ini. Macam tak percaya ada jugak lelaki yang sanggup berterus-terang depan kawan-kawan dia. Awak pun terlalu istimewa dalam hati saya Azrie, desis Fareen dalam hati.

“Baguslah kalau kamu semua ada kat sini. Malam ni mama nak adakan kenduri kesyukuran dan Azrie, jemput semua kawan-kawan kamu ya?” Sampuk Puan Syazira.

“Baiklah mama. Azrie akan jemput semua kawan-kawan Azrie termasuklah my sweetheart ni...” Jawab Azrie sambil mencuit nakal hidung Fareen.

“Apa kata kalau mama tangkap gambar kamu semua? Boleh buat kenang-kenangan nanti.” Tukas Puan Syazira lantas mengeluarkan kamera.

“Wait mama... Ambik gambar Azrie dengan tunang kesayangan Azrie dulu.” Sampuk Azrie.
“No problem my son.”

Emelyn yang berdiri tidak jauh dari situ terserempak dengan Fareen. Fareen memandang sinis terhadapnya.

“Err, Fareen... Bukan kau tengah tangkap gambar ke tadi?” Getus Emelyn.

“Kenapa? Kau nak bunuh aku lagi ke? Mana Aida? Ratu cantik dunia tu? Bukan hari ni dia pun konvokesyen ke.” Sindir Fareen. Hatinya mula panas apabila teringat kejadian yang menimpanya tempoh hari.

“Tak Fareen. Sebenarnya aku nak mintak maaf kat kau. Aku dah banyak dosa kat kau. Tolonglah maafkan aku. Aku takde niat pun nak bunuh kau. Ni semua rancangan Aida. Aku ikut aje. Memanglah hari ni dia konvo tapi...” Luah Emelyn.

“Tapi apa?”

“Dia dah masuk hospital sakit jiwa kat Tanjung Rambutan. Dia memang dah gila wei. Aku sedih sangat tengok perangai dia. Sebab lelaki dia boleh jadi macam tu. Sejak family dia tinggal kat luar negara, hidup dia makin liar. Dia dah mula pergi club. Dia dah mula hisap rokok. Hidup dia dah tak tentu arah sekarang ni. Aku dah tahan dengan perangai dia sebab dia selalu ketawa sorang-sorang. Lepas tu dia selalu sebut nama Azrie, nama kau...

Dia banyak kali cakap yang dia nak bunuh kau. Sebab tulah aku hantar dia masuk hospital sakit jiwa biar dia tenang kat sana.” Terang Emelyn panjang lebar.

“Astagfirullah. Dia dah gila sebab Azrie? Ya Allah, kau tahu tak Emelyn yang perbuatan kau tu salah. Kenapa kau hantar dia kat hospital gila? Kenapa kau tak bawak dia jumpa ustaz ke supaya dia boleh tenang? Ataupun kau buatlah apa yang patut. Aida tu kan kawan kau. Sampai hati kau buat macam tu kat dia. Tergamaknya kau.” Ujar Fareen.

“Tapi Reen, dia betul-betul dah gila! Disebabkan Azrie, Aida jadi macam tu.”
“Suka hati kaulah. Aku tak nak campur. Itu semua urusan korang. Bye, Assalamualaikum...” Getus Fareen lalu melangkah ke bilik air.

Kerana Dia Istimewa Bagiku 32

Bab 32

Tiga bulan kemudian
Akhirnya Fareen berjaya membuat pembedahan plastik di pipinya yang terkena asid itu. Sampai saja di lapangan terbang KLIA, Fareen terus menarik bagasinya dan mendekati seorang lelaki yang amat tampan. Azrie Haikal, lelaki yang berjaya mencuri hatinya dan kini dia bergelar tunang yang amat dicintainya.

“Hai sayang... Makin cantik awak sekarang. Saya besyukur sebab awak berjaya melakukan pembedahan itu. Congrate sayang.” Getus Azrie lalu membuka kaca mata hitamnya untuk melihat wajah tunangnya itu.

“Thank you. Saya besyukur jugak sebab tunang saya ni takde perempuan lain selain saya.” Jawab Fareen lantas mereka jalan beriringan.

“Perempuan lain? No never okay. Saya takkan pandang perempuan lain selain tunang saya yang cantik ni.” Desis Azrie. Romantis sekali gaya percakapan Azrie lalu dia mencubit perlahan pipi Fareen.

“Awak, maafkan saya sebab baru hari ni saya boleh balik. Disebabkan saya perkahwinan kita ditangguhkan.” 

Azrie pantas meletakkan jari telunjuknya pada bibir Fareen. “Tak sayang. Bukan sebab awak. Saya sendiri yang nak tangguhkan perkahwinan kita tu atas sebab tertentu.”

“Kalau awak dah cakap macam tu, takpelah... Awak boleh tak sebelum awak hantar saya balik PD, kita singgah makan dulu? Saya laparlah.” Getus Fareen sambil mengusap perutnya.
“Why not sayang? Jomlah. Saya pun dah lapar sangat ni.” Jawab Azrie.


“Tak guna!!! Aku benci perempuan kampung tu. Sebab dia, aku merana. Azrie, kenapa kau suka sangat kat perempuan tu hah? Hahaha...”

“Aida, janganlah macam ni. Aku tak nak kawan aku ni jadi gila disebabkan lelaki bodoh tu. Babe, dah dua bulan kau macam ni. Kalau family kau yang kat luar negara tu tau keadaan kau macam ni, mesti dia orang marah. Dia orang akan salahkan aku...” Ujar Emelyn sebak.

“Siapa kata aku gila? Perempuan kampung tu yang gila! Dia gilakan Azrie. Kalau takde orang bagitahu Fareen kat hospital, awal-awal lagi aku dah bunuh dia. Cepat bagitahu aku, siapa yang bagitahu Fareen ada kat hospital, hah!!!” Jerkah Aida lantas mencekik leher Emelyn.
“Sabar babe. Nanti aku akan siasat siapa dalangnya.”

“Aku terlalu sayangkan dia wei. Aku sanggup buat apa je demi Azrie. Kalau aku tak dapat dia, aku akan pastikan yang orang lain pun tak dapat dia. Please babe, tolong aku...” Rintih Aida.

“Aida, Aida... Malang betul nasib kau. Sebenarnya akulah dalangnya. Aku akan buat kau terseksa. Macam mana kau buat aku dulu, macam tulah aku akan balas balik kat kau.” Desis Emelyn di dalam hati sambil menjeling tajam ke arah Aida.

“Emelyn, kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?”

“Haa dengar-dengar...” Tukas Emelyn sambil tangannya ligat menyentuh skrin telefon bimbitnya untuk  menghantar mesej pada Azrie.

Wei, ko tk nk report polis ke ats ap yg jdi kt Fareen?
Tak. Biarlah Allah swt yg balas semua perbuatan dia tu...
What? Fareen cedera teruk smpai koma, ko tk nk report? Lelaki jenis ap ko ni! Bukan ko tunang dia ke.
Klau aku report, kau pun boleh msuk penjara. Sbb kau pun terlibat sama kan.

Emelyn terdiam. Dia terus membaling telefonnya ke atas katil. Macam mana dia tau yang aku pun terlibat sama?

“Woi, apesal kau baling telefon kau? Kau dah lupa ke yang telefon tu aku yang belikan bulan lepas. Telefon mahal tu... Kau ni tak reti hargai barang langsung!” Marah Aida lalu mencapai telefon Emelyn.

Buntang matanya apabila dia terbaca banyak mesej Azrie di dalam inbox. Dia leka membaca mesej-mesej itu lalu kulitnya yang putih melepak itu terus bertukar menjadi merah menyala.

Aida yang sedang nak angin terus membaling telefon kepunyaan Emelyn tepat ke arah dinding. Pecah berderai Samsung Note III yang berwarna merah jambu itu. Terkejut beruk Emelyn apabila Aida membaling telefon bimbitnya.

“Kenapa kau baling telefon aku sampai pecah?” Soal Emelyn sambil mengutip telefonnya yang pecah berderai. Habis skrin telefonnya retak dan secara keseluruhannya rosak.

“Kenapa aku baling telefon kau? Eh betina, baik kau mengaku sekarang yang kau tu dalang yang sebenar! Kau jangan nak tuduh orang lainlah wei. Kang kau yang aku sumbat masuk penjara.” Getus Aida tidak puas hati lalu ketawa.

“Jangan babe. Aku merayu kat kau ni. Aku boleh jelaskan...”

“Jelaskan apa lagi? Dah terbukti kat dalam telefon kau tu yang kau bagitahu Azrie pasal rahsia kita kan? Kau dah janji kan tak nak bagitahu sesiapa pasal ni. Sampai hati kau Emelyn.”

“Aku... mintak maaf, Aida...” Balas Emelyn lalu melangkah ke ruang tamu untuk mencari telefon rumah.


Dia pantas mendail nombor telefon hospital sakit jiwa. Dia takut Aida membunuhnya. Kadang-kadang si Aida ni bukannya betul. Dah gila! Gilakan jantan, orang lain jadi mangsa.