Tuesday, 21 April 2015

Prepare For Exam Paper 3 Sejarah ~

Assalamualaikum babe!

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah Ira di sini baik baik saja. Ceh ayat, tak boleh blah langsung! Hehe. Sorry takde gambar ilustrasi yang menarik macam post Ira yang sebelum ni. Semuanya credit from Mr. Google. Macam lah post aku yang sebelum ni best sangat... Bajet je lebih. Hoho. Ok now Ira nak cerita kat korang pasal preparation Ira untuk exam kertas 3 sejarah esok. Esok woi?!

Macam tak percaya yang Ira dah form 4 sekarang ni. Sekejap je kan? Masa sekarang berputar dengan laju. Sampai tak terkejar. Sebab tu masa itu emas! Ingat tu kawan kawan :) Tapi mak Ira selalu cakap yang Ira ni suka sangat buang masa. Buang masa dengan perkara yang entah apa apa. Macam sekarang ni. Tengah sibuk cari bahan untuk kertas 3 sejarah, sibuk dengan blog pulak.

Sambil sambil tu Ira boleh download soalan trial spm negeri negeri lain. Rajin lah pulak den malam ni. Hihi. Walaupun Ira ni tak cemerlang macam orang lain, Ira tetap akan berusaha dan buat yang terbaik untuk masa depan Ira. Study is most important guys! So, apa persediaan Ira untuk exam ni? Macam biasa, cari kat internet dan print.

Kat rumah Ira takde printer. So hari tu Ira print kat gym jelah. Jangan salah faham pulak! Ira bukan nak jadi sado, tapi kerja kat situ jaga kaunter. Ira lupa nak print skema jawapan untuk kertas 3 ni. Haduii susah den. Ira dah jumpa tapi jawapan tu tak lengkap. So, Ira save kat microsoft word 2010 jelah. Salin jelah ~ Bak kata cikgu sejarah Ira, jangan kedekut nak print!

Nanti terpaksa lah Ira salin kesemuanya! Semata mata untuk esok ^^ Aja aja fighting Nad! Hope you will succes... Good Luck for you all too....




Thursday, 16 April 2015

Segmen Bloglist willYOU readTHIS?

Assalamualaikum guys...


Tengok macam menarik je kan? Siapa yang nak jadi bloglist blog sis comel ni meh la ramai ramai join segmen ni :) 

  • 10 blog yang bertuah akan disenaraikan dalam blog list di sidebar willYOU readTHIS?
  • 2 blogger bertuah akan menerima doddle hasil lukisan sis comel ni :)
Blogger tag :  Fatin Munirah & Sarah Hijabista

Saturday, 11 April 2015

Tips Menghadapi Exam

Assalamualaikum guys...


Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi memberi kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

Panjang kan tips dia? Btw, good luck korang :)


Sunday, 5 April 2015

Selalu Kelam Kabut Tak Tentu Pasal ~

Assalamualaikum...


So sekarang Ira nak cerita kat korang pasal perangai Ira yang selalu kelam kabut tak tentu pasal sampai semua benda tak jadi. Kawan kawan Ira pun takut tengok Ira kelam kabut and gelabah ni. Ramai yang cakap kat Ira, cubalah buat sesuatu kerja tu cool, tenang? Kalau kau kelam kabut macam ni, tak dapat apa pun wei. Hmm tapi dah perangai Ira mmg macam tu kan. Nak buat macam mana? Hmm sedih ~

But Ira try jugak nak tenang and cool macam orang lain. Sebab bila Ira fikir fikir balik, betul jugak cakap dia orang semua tu. Aku kena tenangkan diri aku! Tapi sekelam kabut Ira, takde Ira ni pemalas sangat macam ni...


Ira harap Ira dapat jadi tenang macam orang lain. Ira nak jugak berubah. Nak jadi yang terbaik untuk semua orang. Insya-Allah amin :)