Saturday, 29 August 2015

Kisah Aku dalam Ambulance

Assalamualaikum guys...


Lamanya tak bukak blog! Rindu kat blog Ira yang dah berhabuk ni haha. Apa cerita korang? Sihat tak? Alhamdulillah hari ni Ira dah sihat sikit berbanding hari tu. Nak tau Ira sakit apa then kenapa tetiba ada gambar ambulance pulak ni? Sebabnya hari khamis hari tu Ira sakit teruk ohh. Sakit sampai tak boleh bangun :( Tak pernah sakit teruk macam tu sekali hmm...

Nak dengar tak? Cehh macamlah korang boleh dengar suara Ira kat sini hehe. Okay macam ni. Sebenarnya family Ira ramai dah sakit... Ira action lah yang Ira ni jenis susah nak sakit lepas tu khamis pagi tu perut Ira macam menggelodak tau. Macam sakitlah. Nak muntah gitu. Ira dah cakap dengan mak Ira pastu Ira pergi jelah sekolah. (Nak buat kerja kursus akaun punya pasal)

Ira buat macam biasa jelah kat sekolah tu. Bertugas kat koop pagi pagi tu. Then masuk kelas dah cakap dengan Mira dah yang family Ira ramai yang sakit. Nasib baiklah time bi tu cikgu tak datang. Duduk dalam kelas ajelah. Tengah borak dengan Mira time tulah perut rasa semacam nak muntah! Apa lagi cepat cepat pergi toilet, muntahlah! Dua kali Ira muntah. Macam nak pengsan rasa.

Ira rasa badan Ira lain macam masa lepas waktu rehat tu. Time ekonomi pulak tu! Nak cakap dengan cikgu rasa segan pulak sebab Ira tau cikgu tu garang hehe... Ira dah tak tahan gila tau last last habis je waktu ekonomi tu Ira cakap dengan penolong kelas Ira mintak balik. Okay lah Ira pergi pejabat sorang sorang jumpa cikgu semua. Yang tak boleh blah tu dahlah tengah sakit pergi sorang sorang. Nangis nangis Ira hahaha lawak bila ingat pasal tu.

Yang lain Ira malas lah cerita. Sekarang ni Ira nak fokus kat ambulance jek. Ekceli cikgu yang bertugas tu lelaki india. Dia tak dapat hantar Ira gi klinik tu yang call ambulance suruh datang. Apa lagi tunggu ambulance jap dah lah perut Ira sakit. Ira pegang je perut Ira. Badan dah tak larat. Dalam ambulance tu, Ira baring je. Lemah katakan... Sampai klinik mantin, pembantu doktor tu buatlah apa yang patut kat Ira.

Ni semua pengalaman... Sebelum ni Ira tak pernah pun kena papah dengan orang selain dari family Iralah. Ira tak taulah kenapa Ira suka sangat dengan sorang abang pembantu doktor ni hahaha gatalnya aku! Dahlah handsome.. Cair Ira. Tapi kan time Ira terbaring kat bilik kecemasan tu rasa macam entahlah. Malu pun ada jugak. Yalah bak kata mak Ira, kalau orang dah sakit dah malas nak control cantik. 

Betul, Ira sokong cakap mak Ira tu. Masa tu Ira nampak tak bermaya. Mak Ira ada cakap bila Ira sakit nampak susut. Badan Ira ni bila sakit je mulalah susut, muka cengkung. Hmm tapi alhamdulillah lah hari ni Allah swt bagi kesihatan yang baik untuk Ira :) Besyukur sangat sangat Ira boleh jalan kaki gi kerja hari ni.

Cerita pasal ambulance, teringat ada satu filem seram indonesia ni, "Hantu Ambulance..." Wuu seram hahaha xD

Sekian, ni lah cerita gempak yang Ira promote kat page fb tadi. So korang pun janganlah jadi macam Ira ya. Jaga kesihatan tu elok elok kalau tak jadi macam Ira ni haa. 


Awak jangan ! Ni sekadar gambar :)



Insyaallah...

Sunday, 23 August 2015

Biodata Artis Fav Ira iaitu Ariana Grande !

Assalamualaikum guys...


Cer teka gambar siapa kat atas tu? Mesti korang kenal... Tipulah kalau tak kenal artis amerika yang tengah hot sekarang ni. Lagu lagu dia pun selalu main kat radio. Siapa dia? Ariana Grande lah awak... So malam ni Ira nak share dengan korang pasal sis comel ni hihi. 

Profil Singkat Ariana Grande
Nama Lengkap / Lahir : Ariana Joan Grande Butera
Nama Panggilan : Ariana
Nama Panggung : Ariana Grande
Tempat Lahir : Boca Raton, Florida, Amerika Serikat
Tanggal Lahir : 26 Jun 1993
Agama : Kristian
Tinggi Badan : 159 Cm
Kewarganegaraan : Amerika
Ibu : Joan Grande
Ayah : Edward Butera
Kakak : Frankie Grande
Ariana Grande on Twitter : @ArianaGrande
Fakta Tentang Ariana Grande
1. Sebutan penggemar Ariana adalah Arianators.
2. Ariana hobi membaca buku. Buku yang paling disukainya adalah serial Harry Potter. Sementara tokoh dalam serial Harry Potter yang paling disukai adalah Luna Lovegood dan Draco Malfoy.
3. Makanan favoritenya adalah sushi, sementara buah favoritnya adalah strawberi.
4. Salah satu penyanyi idolanya adalah Katy Perry.Penampilan pertamanya dalam konser adalah saat konser Katy Perry pada tahun 2011 lalu.
5. Ariana memiliki sahabat bernama Elizabeth Gillies. Keduanya pernah duet bersama di lagu Give It Up .
6. Nama lengkapnya adalah Ariana Grande Butera.
7. Account twitter pribadinya adalah @ArianaGrande. Saat ini ia memiliki 12.618.967 follower sampai Fakta ini diturunkan.
8. Orangtua Ariana bernama, Ibu Joan Grande dan Ayah Edward Butera.
9. Warna favoritnya adalah biru, marshmallow white, hijau,merah, dan pink. Ia juga memiliki binatang favorite, yaitu lumba-lumba dan penguin.
10. Penghargaan yang pernah diraihnya adalah National Youth Theater Associatin Awardskategori Best Artis (2008), Hollywood Teen TVAwards kategori Favorite Television Actrees (2012), dan Billboard Mid-Year Music Awards kategori Best Newcomer (2013).
Koleksi Foto Ariana Grande
Ariana Grande, bernama lengkap Ariana Joan Grande adalah aktris Hollywood dan penyanyi kelahiran Florida, Amerika Syarikat, 26 Jun 1993. Wanita cantik berpostur 159 cm ini menghabiskan masa kecilnya di Boca Raton, Florida. Ia mengawali karir di dunia seni peran sejak berusia 8 tahun. Inilah yang menyebabkan Ariana tidak bisa melanjutkan sekolahnya di North Broward Preparatory School, meski akhirnya melanjutkan pendidikan dengan sistem homeschool.
Ariana Grande, bernama lengkap Ariana Joan Grande adalah aktres Hollywood dan penyanyi kelahiran Florida, Amerika Serikat, 26 Jun 1993. Wanita cantik berpostur 159 cm ini menghabiskan masa kecilnya di Boca Raton, Florida. 

Sumber : Blog Lirik Lagu

So kenal tak? Jom usha gambar gambar comel dia jap :






Jujur Ira cakap Ira first kenal dia time dengar lagu break free haha...
Sekian =)

Saturday, 22 August 2015

KRRISH 3 - Official Theatrical Trailer (Exclusive)

Assalamualaikum guys...

First of all Ira nak bagitau kat korang yang laptop Ira rosak! Hmm dahlah time ni nak buat kerja kursus, time tulah dia nak rosak. Nak tau apa yang rosak? Lepas window terus jadi warna hitam just ada cursor. Dah tanya kat kedai komputer acer hari tu, dia cakap macam macam lah. Harap harap lah hard disk elok.

Kalau tak kena 400 lebih woi :( Ni rajin update post pun guna komputer tempat kerja hehehe. Ambik kesempatan nak update blog. Kalau tak berhabuk lah kau hihi. Now Ira nak share pasal trailer krrish 3. Ekceli kat tv 3 petang tadi ada siarkan filem ni kan? Ira dapat tengok separuh je sebab Ira masuk kerja pukul 4 huhu. Citer ni best tau. Dah macam filem mat salleh dah. Rugi tak tengok sampai habis.

Siapa yang minat hindustan macam Ira tu silakan lah tengok trailer ni. Bagi siapa yang belum tengoklah :)

Tips Hilangkan Stres Belajar

Assalamualaikum...


 1. Melakukan yoga
Ketika Anda terdapat waktu kosong, alangkah baiknya Anda meluangkan sedikit waktu untuk melakukan yoga. Ada beberapa pose yoga yang berfokus pada bagian dada dan pundak sehingga dapat melepaskan beban mental maupun fisik. Postur ini dapat membantu melepaskan tekanan emosional serta dapat menghilangkan efek negatif duduk terlalu lama di dalam pejabat.

2. Melakukan aktiviti menyehatkan
Anda dapat melakukan berbagai aktivitas yang menyehatkan seperti berolahraga ringan, misalnya bersepeda ataupun berjalan santai. Aktiviti yang Anda lakukan tersebut dapat membuat tubuh Anda merasa lebih rileks dan dapat menurunkan tekanan darah serta dapat menghilangkan stres yang sedang Anda alami tersebut.

3. Belajarlah tegas untuk berkata tidak
Mungkin Anda akan sangat sulit untuk mengatakan 'tidak' dalam kehidupan, kerana Anda akan berpikir bahwa dengan menolak tersebut, orang lain akan merasa jengkel terhadap diri Anda. Cubalah untuk bersikap tegas mulai dari sekarang, fokus terhadap tujuan Anda dan beranikan diri untuk mengatakan tidak yang dapat memberikan Anda ketenangan. Hal ini tentunya dapat mencegah Anda terbawa beban stres daripada Anda terpaksa untuk berkata iya, namun sementara Anda tidak mampu melaksanakannya dan pada akhirnya dapat memicu stres.

4. Berusaha menerima diri sendiri
Selalu berusaha menerima diri sendiri dalam segala kondisi yang sedang dialami entah itu terkait dalam segala nikmat ataupun dalam segala cobaan yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa terhadap diri kita. Untuk orang muslim seperti saya, ubat untuk menghilangkan stres adalah dengan senantiasa mengingat Allah.

5. Bernafas dalam-dalam
Menarik nafas dalam-dalam dapat mengurangi stres yang sedang Anda alami dan dapat membuat tubuh Anda rileks. Cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan buang dengan perlahan. Lakukan cara ini berulang kali. Hal ini kerana pada saat tubuh kita stres, maka kita condong bernafas lebih cepat dari biasanya.

6. Mendengarkan musik
Dengan mendengarkan musik merupakan salah satu cara yang ampuh dan mudah untuk Anda lakukan dalam menghilangkan stres. Dengarkanlah lagu-lagu kesayangan Anda yang dapat membuat tubuh menjadi lebih tenang dan santai. Mendengarkan muzik juga berdampak baik untuk otak kita.

7. Cukup tidur
Tidur minimal selama 8 jam pada setiap harinya dapat meremajakan tubuh dan siap untuk beraktivitas pada hari selanjutnya. Apabila Anda kurang tidur, maka tubuh akan tetap lelah dan akhirnya tidak memiliki energi cukup untuk berkonsentrasi yang membuat tidak dapat melakukan pekerjaan dengan baik yang selanjutnya dapat mengarah ke stres.

8. Menghibur diri sendiri
Menghibur diri sendiri adalah cara yang sesuai untuk Anda lakukan dalam menghilangkan stres dalam sekejap. Luangkan waktu Anda sebentar pada saat libur pada hari kerja dengan beraktiviti yang sifatnya menghibur diri sendiri, seperti : bermain game, mendengarkan muzik seperti cara diatas, menonton film, atau kegiatan lainnya yang dapat menghibur diri Anda.

9. Berpikiran positif
Positive thinking atau berpikiran positif terhadap segala masalah yang sedang dihadapi serta berusaha mengambil pelajaran dari masalah tersebut. Sehingga pada akhirnya dapat menjadi peribadi yang lebih baik.

10. Tertawa
Untuk menghilangkan stres yang sedang dihadapi, alangkah baiknya mempertahankan selera humor, termasuk dapat menertawai diri sendiri. Berbagi cerita lucu dengan teman Anda atau aktiviti lainnya yang dapat membuat anda tertawa.

Ira tau korang mesti selalu stres time study kan terutamanya student macam Ira ni. Tipu lah kalau tak pernah stres :) Semoga berjaya mengamalkan tips di atas ni hehe.

Sumber : Blog Duniaku

Giveaway Anak Merdeka 2015!

Assalamualaikum guys...

2015

Dah nak merdeka right? So, jomlah join giveaway ni :) Tak rugi pun... Hihi. Klik banner untuk maklumat lebih lanjut okay guys? ^^

Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)

Saturday, 15 August 2015

Kenapa Ira tak pilih aliran sains?

Assalamualaikum guys...


Holla, Ira kembali lagi hehe. Sekarang ni Ira nak bercerita pulak tentang kenapa Ira tak pilih aliran sains. Siapa ada baca fakta Ira taulah Ira ambik aliran apa sekarang. Siapa belum baca, pergi baca sekarang... Eh paksa orang pulak XD Sebenarnya Ira minat sains. Minat sangat tapi sayang Ira tak dimasukkan di kelas sains,

Ekceli boleh je masuk aliran tu dengan permohonan. Kawan kawan Ira ramai yang bising. Bising sebab Ira tak mohon kelas sains tu. Lagipun Ira minat biologi. Sains tulen ohh. Satu je sebab kenapa Ira tak mohon kelas sains tu padahal masa tu banyak lagi masa untuk mohon. Sebabnya Ira ni tak layak! Ira rasa diri Ira ni tak setaraf dengan budak budak sains. Nanti kang kalau Ira masuk kelas tu, kecundang teruk aku!!

Bila Ira fikir balik macam menyesal pulak tak masuk kelas sains tu. Tapi mungkin ada hikmahnya kenapa Ira tak buat keputusan betul betul. Then Ira rasa subjek yang ada dalam kelas tu macam susah. Susah nak ambik. Macam biologi, fizik, kimia segala bagai tu err... Tengok dia orang belajar pun dah pening. Hope satu hari nanti Ira berjaya walaupun tak masuk aliran tu. Insyaallah amin... Doakan Ira eh hehehe.

Kalau korang doakan yang baik baik untuk seseorang tu, Insyaallah orang pun akan doakan awak jugak :)

THE END ^_^

Friday, 14 August 2015

Kerja Kursus Akaun !

Assalamualaikum guys...

Hai korang! Salam maghrib hehe. Sekarang ni Ira nak share dengan korang pasal kerja kursus Ira yang mungkin banyak. Banyak ke? Banyak kut. Cikgu kata 40 dokumen. Ambik kau banyak letu hahaha. Tapi nasib baiklah Ira ni minat akaun. Minat tapi result selalu tak dapat A+. Boleh ke Ira dapat A+ dalam akaun ni? Hmm insyaallah... Tengok gambar ni kejap.


Ni baru sikit. Belum yang 40 dokumen tu lagi. Sebenarnya Ira tak yakin tau boleh buat benda ni tapi disebabkan keyakinan Iralah, Ira berkobar kobar nak buat. Haha ayat tak nak kalah. So Ira tak nak cerita panjang. Malas nak cerita panjang sebab Ira pun baru buat kan. Ira harap siapa yang ambik akaun batch 99 ni good luck lah. Hope korang boleh buat...

Dah nak last raya kan? Ira nak payung gambar sat. Hihi jangan kata kak yong tak payung gambar. Kak yong kau :p


Perasan lawa jap ><


Selamat hari raya from me, Yana, Imal and Azrin...
 Last raya okayy hihi. Ok bye!



Thursday, 13 August 2015

Siapa Aku Sebenarnya?

Assalamualaikum...

Sebab apa aku selalu mengeluh? Aku mengeluh ada sebab. Sebabnya aku selalu dipinggirkan. Persoalannya, aku dipinggirkan oleh siapa? Bukan keluarga tapi adalah hamba Allah. Ramai orang selalu pinggirkan aku. Anggap aku ni tak wujud. Aku tanya korang ni, seoronok tak hidup macam tu? Bagi aku, tak seronok langsung.

Aku datang ke tak datang sama je kat sekolah tu. Orang tetap anggap aku ni tak wujud. Sebab apa aku cakap macam tu? Hmm... Banyak sebabnya. Sebabnya aku sendiri pun tak faham kenapa orang buat macam tu kat aku. Macam contohnya, aku bertugas kat koperasi tapi bila dah habis waktu rehat, aku belum balik kelas lagi so aku stay jelah kat koop dulu. Ada sorang kawan aku ni, dia nak balik kelas, dia salam dua orang kawan dia je. Aku? Dia langsung tak salam. Padahal kita orang dah lama kawan. Lamalah jugak. Dalam setahun lebih gitu. Aku babailah dia. Dia langsung tak pandang. Aku jadi bengang bila orang buat macam tu kat aku.

Aku rasa macam tak penting langsung dalam hidup orang lain. Aku rasa macam tu sebab orang cuma perlukan aku bila dia orang susah je. Bila aku senang, semua nak dekat. Bila susah semua biarkan aku. Seolah olah aku ni betul betul tak wujud. Dahlah birthday aku pun tak ingat. Aku terasa betul dengan perangai korang. Aku sabar and diam je bila korang buat macam tu kat aku. Aku buat blog ni bukan untuk mengutuk korang tapi apa yang aku cakap semua ni betul.

Entah kenapa sejak kebelakangan ni korang macam nak tak nak je kawan dengan aku. Aku ni teruk sangat ke? Hodoh sangat ke? Aku tanya ni weh, teruk sangat ke perangai aku sampai korang suka palau aku. Apa tu palau? Macam aku cakap dengan kau, kau cakap dengan orang lain. Kau tak dengar pun cakap aku. Itulah namanya fake friend. "Ya Allah, berikanlah aku seorang kawan yang betul betul baik." Amin...

Siapa aku sebenarnya? Layak ke aku untuk dijadikan kawan baik? Semua kawan baik aku entah kemana. Langsung tak tanya khabar aku. Terbalik. Aku pulak yang tanya khabar korang. Korang?Langsung tak ingat aku. Kalau ingat kenapa tak tegur aku kat facebook? Padahal aku selalu je on fb tu.

Bak kawan lama, kawan baru. Semua sama je. Lebih baik aku ni tak payah ada kawan. Ada kawan serupa macam takde kawan. Sama je kan? So deal. Sekarang ni aku lebih suka bersendirian tanpa kawan. Kalau tak duty kat koop tu, aku saja duduk library nak pinjam buku. Tapi library pulak tutup untuk budak pt3 oral. Sibuk je hehe. Aku takdelah nak betugas hari hari. Aku bukan hadap sangat koperator terbaik tu. Aku datang bertugas, bertugas. Asalkan aku amanah, jujur, ikhlas. Bukan kerana duit.

Kalaulah hidup aku ni dihargai... Hargai aku bila aku dah susah payah tolong orang. Aku tau yang aku ni tak berapa layak nak jadi kawan korang sebab aku tak sempurna. Semua orang tak sempurna melainkan Allah swt. Siapa kau nak judge aku? Judgelah aku sampai aku dah takde kat dunia lagi. Baru puas hati korang kan. Insyaallah satu hari nanti aku akan lupakan semua masalah aku. Macam mana? Err rasanya aku nak pergi pantai sebab kat negeri sembilan ni kan famous dengan pantai. Port Dickson :) Tapi kalau boleh aku nak pergi jauh lagi supaya semua masalah ni hilang...

Sakitlah kepala aku asyik fikir pasal ni je. Bila aku sibuk, masalah ni takde sangat dalam kepala aku. Bila aku bosan sorang sorang, mesti masalah tu datang. Boleh aku tanya pendapat korang macam mana nak lupakan semua masalah aku? Aku harap sangat pembaca blog aku ni bagi pendapat atau komen yang betul betul buat aku rasa tenang. Anybody want to share your opinion about my problem now? Please guys, I really want your feel, opinion.

Terima kasih sebab sudi baca luahan hati Ira ni...
Thans for read guys!


Kehidupan Sebelum Nabi Adam Diturunkan

Assalamualaikum


Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.

Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :

4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini. 

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC. 

‘Adam’ Sebelum Adam

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

Zaman Dinasor?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.



Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.


Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as? 

Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” 
(Al-Baqarah 2: 30)

Baris ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.

Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam - Muhammad Isa Dawud


Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam &amp; keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.


Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?. 

Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fakta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh : 

“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”

Penemuan Yang Mengejutkan


Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan 

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.



Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!


Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.


Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.

Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.


Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya. 



Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940. 

Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.


Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?


Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..

Sumber : Blog Zharif

Kalau korang ada apa apa pertanyaan, jangan tanya Ira eh sebab Ira tak pasti sangat pasal ni. Harap korang faham...



Saturday, 8 August 2015

Kata Kata Motivasi

Assalamualaikum guys...

Hari ni Ira just nak share kata kata motivasi guna tumblr jek hahaha. Jom usha sat...








Sekian... Nak lagi ke? Pergi lah tanya En. Google hee :)

Thursday, 6 August 2015

Kenapa aku selalu berangan?

Assalamualaikum peeps!

 Okay guys, sekali lagi Ira nak guna bahasa aku sebab entry ni lawak sikit. Lawak ke? Kalau korang rasa lawak gelaklah dulu hohoho.

Sebenarnya entry ni takdelah lawak mana. Biasa biasa je. Tapi tengok dari tajuk macam kelakar kan? Dah dah sekarang ni aku nak sambung cerita aku. Kenapa aku selalu berangan? Aku berangan ada sebab. Sebab muka aku berjerawat? Eh bukan sebab tulah... Aku berangan sebab aku selalu fikir pasal masa depan aku, fikir pasal masalah aku. Bukan berangan suka suka. Suka hati awak je cakap saya selalu berangan.

Kadang kadang aku selalu jugak bukak lagu dunia khayalan yang dinyanyikan oleh Gina Umayati tu. Tau tak yang mana? Alah yang cerita dongeng indonesia tu. Best tau cerita tu. Haa, yang tulah. Aku bukak lagu tu sebab aku nak tenangkan fikiran. Aku selalu bayangkan betapa indahnya hidup aku kalau takde orang yang selalu nak dengki dengan aku. Indah kan kalau hidup ni selalu ceria? Best wehh...

Lepas tu masa aku berangan tu, ada jugaklah selit crush crush aku yang dulu. Tapi sekarang ni aku pelik. Kenapa aku dah jarang berangan? Mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan hal hal semasa. Macam VIP lah pulak aku ni... Kalaulah kat dunia ni ada dunia khayalan kan. Tapi tu semua cerita dongeng je Nad. Mana ada dunia macam tu. Kau je yang selalu berangan sorang sorang. Kononnya ada putera yang akan sambut kau dari terjatuh. Wow sweetnyaaa. Hehehe

Bila tengok orang yang educated sikit, aku mesti teringin nak jadi macam dia orang. Yelah siapa yang tak nak berjaya kan? Kalau boleh aku nak belajar sampai ke menara gading. Aku nak buktikan yang aku pun boleh berjaya macam orang lain. Tapi kelemahan aku, aku selalu bandingkan IQ aku dengan orang yang pandai.

Hmm berdasarkan apa yang aku baca kat internet, kita sebenarnya mana boleh bandingkan IQ kita dengan orang yang mempunyai IQ tinggi tu. Sebab tulah kau selalu merendah diri Nad! Dengar tu... Aku ni kira orang yang mempunyai IQ yang sederhanalah. Kuat berangan je lebih hahaha. Kan best kalau semua angan angan aku tu jadi kenyataan. Aku kalau boleh nak pasangan yang boleh bimbing aku ke arah yang baik.

Harap harap bila habis belajar nanti aku dapat jodoh yang baik. Insyaallah amin... Tu je nak ceramah hari ni kbye!


Wednesday, 5 August 2015

Susahnya nak jadi baik !

Assalamualaikum everybody,


Post Ira kali ni serius. Tak main main. Habis selama ni Ira main mainlah? Hmm korang rasa? Fikirlah sendiri... Btw, untuk pengetahuan korang gambar kat atas tu bukan Ira tau, gambar dari google. Ira tengok kan ramai kat sekolah Ira mengenakan tudung labuh. Ira suka tengok dia orang pakai tudung labuh. Nampak cantik sangat. Walaupun hati Ira belum terbukak lagi nak bertudung labuh tapi sekarang ni Ira berubah sikit sikitlah nak labuhkan tudung.

Memanglah tutup aurat tu wajib tapi tak semestinya yang pakai tutup litup tu baik. Tak... Ada jugak yang free hair baik. Ada yang solat lima waktu sehari semalam tapi tak pakai tudung. Ramai. Cuma kita yang tak tahu. Apa yang kita tahu semua perempuan yang pakai tudung tu baik, alim. Bak kata kawan Ira, pakai tudung labuh satu tanggungjawab yang besar. Kenapa? Sebab bagi dia kalau orang pakai tudung labuh tapi couple lepas tu cakap mesra mesra dengan lelaki. Awak rasa?

Kena fikir jugak pasal tu. Yalah kita kan perempuan. Nanti apa pulak kata orang kan. Harap pakai je tudung labuh tapi perangai macam... Dah stop! Ira malas nak cerita panjang pasal tudung ni sebab Ira pun bukan baik sangat. Sebenarnya tak salah nak cakap mesra dengan lelaki. Nak cakap pun agak agaklah. Macam Ira, Ira selamba je cakap dengan lelaki. Tapi Ira taulah nak jaga  batas pergaulan. Takdelah sampai langgar hukum Allah swt.

Ira bukan nak cakap Ira ni baik. Memang betul yang start tahun ni Ira memang azam nak berubah. Ira dah tak nak campur orang lagi. Bukan maksud sombong cuma Ira lebih suka diamkan diri. Tegur pun orang yang tertentu je. Yang macam dah biasa dengan Ira. Biarlah orang nak kata apa. Memang kat sekolah Ira selekeh mekeh. Biarlah... Bukan siapa nak tengok pun. Nak belajar kan. Bukan pergi sekolah nak bercinta atau err.

Ira akui memang susah nak jadi baik. Susah sangat nak jadi muslimah yang sejati. Apa bekalan Ira untuk akhirat nanti? Tepuk dada tanya iman. Eh betul ke? Hmmm... Ira sebenarnya banyak sangat kekurangan. Bila tengok orang lain, Ira rasa diri Ira ni teruk sangat. Kata orang, Ira ni baik tapi Ira tak rasa pun yang Ira ni baik. Jahat adalah hehehe.

Senang macam ni lah, biar muka tak cantik tapi hati bersih. Ira tak suka berkawan dengan orang yang nampak baik tapi sebenarnya dialah dalang. Maknanya depan Ira baik macam malaikat. Senyum manis lagi. Tapi hakikatnya dia kutuk belakang Ira habis habisan. Sebab tu Ira kata tadi, Ira malas nak campur orang sangat sebab tulah. Kang lebih lebih orang mengata. Kita buat baik macam mana pun tetap ada orang tak suka.

Susah nak buat orang suka perangai kita. Emm takpelah... Yang penting Ira ada Allah swt dengan keluarga Ira yang selalu ada dengan Ira bila Ira susah. Nak harapkan orang? Jangan haraplah. Bila kita senang je orang cari :) Sekian.


Semua statement atas ni betul...

Saturday, 1 August 2015

"Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015"

Assalamualaikum guys...


"Blog saya mengenai kisah peribadi saya. Kebanyakannya lah. Saya ada jugak tulis pasal hal dunia luar macam contohnya tutorial untuk share dengan pembaca. Novel pun ada hehe. Walaupun blog saya tak best macam blog kak lyssa, saya tetap suka dengan blog saya yang simple ni."
 (45 patah perkataan) 

Macam buat karangan pulak hehe. Pape pun hope jadi bloglist kak lyssa yang dah lama menjadi idola Ira. Tarikh tutup 7 Ogos 2015.