Saturday, 29 August 2015

Kisah Aku dalam Ambulance

Assalamualaikum guys...


Lamanya tak bukak blog! Rindu kat blog Ira yang dah berhabuk ni haha. Apa cerita korang? Sihat tak? Alhamdulillah hari ni Ira dah sihat sikit berbanding hari tu. Nak tau Ira sakit apa then kenapa tetiba ada gambar ambulance pulak ni? Sebabnya hari khamis hari tu Ira sakit teruk ohh. Sakit sampai tak boleh bangun :( Tak pernah sakit teruk macam tu sekali hmm...

Nak dengar tak? Cehh macamlah korang boleh dengar suara Ira kat sini hehe. Okay macam ni. Sebenarnya family Ira ramai dah sakit... Ira action lah yang Ira ni jenis susah nak sakit lepas tu khamis pagi tu perut Ira macam menggelodak tau. Macam sakitlah. Nak muntah gitu. Ira dah cakap dengan mak Ira pastu Ira pergi jelah sekolah. (Nak buat kerja kursus akaun punya pasal)

Ira buat macam biasa jelah kat sekolah tu. Bertugas kat koop pagi pagi tu. Then masuk kelas dah cakap dengan Mira dah yang family Ira ramai yang sakit. Nasib baiklah time bi tu cikgu tak datang. Duduk dalam kelas ajelah. Tengah borak dengan Mira time tulah perut rasa semacam nak muntah! Apa lagi cepat cepat pergi toilet, muntahlah! Dua kali Ira muntah. Macam nak pengsan rasa.

Ira rasa badan Ira lain macam masa lepas waktu rehat tu. Time ekonomi pulak tu! Nak cakap dengan cikgu rasa segan pulak sebab Ira tau cikgu tu garang hehe... Ira dah tak tahan gila tau last last habis je waktu ekonomi tu Ira cakap dengan penolong kelas Ira mintak balik. Okay lah Ira pergi pejabat sorang sorang jumpa cikgu semua. Yang tak boleh blah tu dahlah tengah sakit pergi sorang sorang. Nangis nangis Ira hahaha lawak bila ingat pasal tu.

Yang lain Ira malas lah cerita. Sekarang ni Ira nak fokus kat ambulance jek. Ekceli cikgu yang bertugas tu lelaki india. Dia tak dapat hantar Ira gi klinik tu yang call ambulance suruh datang. Apa lagi tunggu ambulance jap dah lah perut Ira sakit. Ira pegang je perut Ira. Badan dah tak larat. Dalam ambulance tu, Ira baring je. Lemah katakan... Sampai klinik mantin, pembantu doktor tu buatlah apa yang patut kat Ira.

Ni semua pengalaman... Sebelum ni Ira tak pernah pun kena papah dengan orang selain dari family Iralah. Ira tak taulah kenapa Ira suka sangat dengan sorang abang pembantu doktor ni hahaha gatalnya aku! Dahlah handsome.. Cair Ira. Tapi kan time Ira terbaring kat bilik kecemasan tu rasa macam entahlah. Malu pun ada jugak. Yalah bak kata mak Ira, kalau orang dah sakit dah malas nak control cantik. 

Betul, Ira sokong cakap mak Ira tu. Masa tu Ira nampak tak bermaya. Mak Ira ada cakap bila Ira sakit nampak susut. Badan Ira ni bila sakit je mulalah susut, muka cengkung. Hmm tapi alhamdulillah lah hari ni Allah swt bagi kesihatan yang baik untuk Ira :) Besyukur sangat sangat Ira boleh jalan kaki gi kerja hari ni.

Cerita pasal ambulance, teringat ada satu filem seram indonesia ni, "Hantu Ambulance..." Wuu seram hahaha xD

Sekian, ni lah cerita gempak yang Ira promote kat page fb tadi. So korang pun janganlah jadi macam Ira ya. Jaga kesihatan tu elok elok kalau tak jadi macam Ira ni haa. 


Awak jangan ! Ni sekadar gambar :)



Insyaallah...

10 comments:

amira faqihah said...

semoga cepat sihat dik :)

Nad Simple said...

@amira faqihah Insyaallah terima kasih kak :)

munirah mansor said...

yg paling penting waktu malam dan pagi sebelum gi sekolah jangan ambik makanan pedas-pedas. ambil yang betul-betul nutrisi sebab breakfast yang bernutrisi mampu bagi tenaga sepanjang hari. like medical officer amat mementingkan breakfast. skip breakfast may damage your brain. take this important

Abe nick said...

Rugitu terlepas peluang hi3...
ejas sekali hi3

Nabihah said...

Semoga cepat sihat dna sembuh ye sis. Banyakkan minum air masak kalau dapat ye. Lepas dah sihat sikit baru nampak bermaya balik kan hihihi

Aqilah Azmi said...

take a good care of urself <3

Nad Simple said...

@munirah mansor Thanks untuk nasihat :)

Nad Simple said...

@Abe nick Peluang apa tu hahaha

Nad Simple said...

@Nabihah Yup betul tu :) Thanks sis ^_^

Nad Simple said...

@Aqilah Azmi Thank you sis :)