Skip to main content

Diari Cinta Eryna 4



Bab 4
Aku hanya mendiamkan diri je sepanjang ‘date’ dengan lelaki ini. Yalah aku mana biasa sangat duduk sebelah lelaki ni. Lagi-lagi Secret Admire aku. Nasib baiklah jarak aku dengan dia jauh sikit.
 Tapi aku rasa semacam betullah. Tak tau kenapa. “Kenapa diam je?” Soal Fakhrul Izwan memecah kesunyian. “Tak adalah, saja...” Jawabku sambil tersenyum sendiri. “Cantik lesung pipit awak, saya suka...” Puji Fakhrul Izwan.
“Haha, ya ke? Terima kasih...” Ucapku malu. “Awak tak makan ke? Nak saya belanja?” Ujar Fakhrul Izwan lagi. Dia ni kan. Saja je tau!
“Tak apalah, saya okey. Nanti susahkan awak je...” Getusku. “Lyssa Eryna... Jom!” Katanya lalu menarik tanganku. Suka hati dia aje tau. Dia nak bawak aku pergi mana entah, aku pun tak tau. Ikut ajelah. Tapi aku pelik. Macam mana dia boleh tau nama penuh aku ni? Hmm...
“Ehem... Awak...” Panggilku perlahan. “Apa?” Soalnya hairan. Aku menunjukkan tanganku yang dipegang erat olehnya. Dahlah bukan muhrim!
“Ohh. Sorry! Saya tak sengaja tadi.” Katanya. “Awak nak makan apa?” Soal Fakhrul Izwan padaku. Kenapalah dia baik sangat dengan aku ni. Bawak aku kat restoran mahal-mahal! Tak tau nak pilih makanan apa. Semuanya mahal. “Awak... Awak makan jelah sorang-sorang. Saya tak biasalah makan kat restoran mahal-mahal ni. Nanti orang cakap saya ni pisau cukur pulak. Kesian awak nanti.” Ujarku.
“Biar jelah dia orang tu. Yang penting kita tak kacau dia orang kan? Awak pilih je nak makan apa. Saya belanja. Saya ikhlas ni tau. Tak baik tolak rezeki...” Getus Fakhrul Izwan. “Okey...” Balasku.
“Awak... Kalau saya cakap ni awak jangan marah eh?” Kataku. “Awak nak cakap apa? Gerenti saya tak marah punya sebab awak belum cakap lagi buat apa saya nak marah kan...” Katanya lalu keningnya terangkat sikit. Macho kut dia buat macam tu! Cair aku...
“Kita keluar makan ni, girlfriend awak tak marah ke? Saya takut nanti girlfriend awak tu tak pasal-pasal serang saya...” Getusku sambil menjamah sedikit chicken chop yang dipesan oleh Fakhrul Izwan sendiri.
“Awaklah girlfriend saya. Buat apa nak marah.” Sempat lagi dia buat loyar buruk time-time macam ni. “Awak, saya serius ni. Awak ni jangan loyar buruk boleh tak? Saya tanya betul-betul, awak jawab main-main. Tak nak kawanlah macam ni.” Kataku pura-pura merajuk.
“Yalah-yalah... Awak ni kuat merajuk rupanya. Comellah... Awak dah siap makan belum? Waktu rehat dah nak habis ni. Saya ada kelas lepas ni.” Ujarnya. “Macamlah awak sorang yang ada kelas.” Dengusku. “Okey, esok Secret Recipe pulak eh?” Getusnya. “Awak ni macam-macamlah. Saya selalu makan dekat warung aje. Err, suka hati awaklah!” Kataku.
Sebernanya aku berasa kekok sikit bila keluar berdua dengan dia. Aku memang tak biasa. Kalau ada Nureen tak apalah. Dahlah dia tu romantik terlebih! Kalaulah aku ditakdirkan untuk dia satu hari nanti.
“Eryna!” Panggil Nureen dari jauh. Dari jauh lagi aku dah nampak dia dengan Faizal. “Macam mana tadi, okey?” Soal Nureen. “Okey apanya. Biasa je. Tak macam kau sweet tambah sawit.” Ujarku berloyar buruk. “Kang ada jugak kena dengan aku nanti. Cepatlah cerita kat aku, macam mana korang dating tadi.” Getus Nureen.
“Tak payah nak ngada-ngada! Aku dengan Fakhrul tu tak ada apa-apa okey! Just friend. Aku tak macam korang. Kau sendiri tau kan yang Fakhrul Izwan tu dah ada girlfriend. Takkan aku nak menyibuk pulak.” Ujarku serius. “Bila masa? Aku tak tau pun yang dia dah berpunya.” Jawab Nureen lalu menggaru dahinya yang tak gatal.
“Aik? Bukan haritu kau yang stalk twitter dia cakap ada minah sorang ni mention dengan Fakhrul, bersweet-sweet bagai. Kau ingat aku lupa ke? Aku masih ingat semuanya...” Getusku. “Ohh baru aku ingat. Minah tu budak kampus kita jugak. Tapi dia senior kat sini. Tak silap aku nama dia... Emylia Syuhada kut. Haa betullah tu.” Kata Nureen sambil ligat tangannya mencari nama perempuan itu di twitter.
“Dahlah wei. Jom kita masuk kelas nanti Professor Maznah bising pulak. Kau bukan tak tau dia tu pantang kalau orang masuk lewat dalam kelas dia. Kalau boleh semua nak perfect je.” Kataku. “Kau ni tak baik tau mengutuk Professor Maznah tu. Dia okey apa dengan aku.” Balas Nureen.
“Eh betul apa. Dengan kau je dia sporting. Dengan aku garang macam singa beb!”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I