Skip to main content

Diari Cinta Eryna 11



Bab 11
“Eryna... Bangun kawan. Aku datang ni bawak makanan kegemaran kau.” Kata Nureen sambil mengejutku. Aku buka mataku perlahan-lahan, aku pandang sekeliling. Hanya Nureen, Faizal dan... Dia pun ada? Ya Allah... Tabahkanlah hambamu ini untuk berdepan dengan dia.
“Kau bawak apa?” Soalku pada Nureen lantas memberikan senyuman pada Faizal pula. “Aku bawak nasi lauk ayam masak merah. Favourite kau kan? Makanlah... Aku beli kat kedai Mak Kiah tadi.” Balas Nureen.
“Ohh sedapnya. Aku ingat kau masak tadi. Hehehe...”
“Eryna... Awak dah sedar?” Soal Fakhrul Izwan menyampuk.
Aku hanya mendiamkan diri saja. Manakala Nureen memandang Fakhrul Izwan sinis. “Kau buat apa kat sini?” Soal Faizal tidak puas hati dengan Fakhrul Izwan.
“Aku datang nak melawat Erynalah. Salah ke? Semalam aku datang doktor tak bagi aku masuk. Hari ni aku datang, korang macam nak menghalau aku pulak. Apa salah aku?” Getus Fakhrul Izwan. “Tak adalah. Kita orang bukan nak menghalau kau tapi...” “Kau nak tau apa salah kau? Disebabkan kau, tangan Eryna kena asid.” Belum sempat Faizal menghabiskan kata-katanya, Nureen pantas memotong percakapan buah hatinya itu.
“Astagfirullahalazim... Siapa yang tergamak buat semua ni? Cakap dengan aku, siapa yang buat?” Soal Fakhrul Izwan lalu air matanya merembes keluar. Semua orang di situ hanya membatukan diri. “Kenapa diam? Aku tanya ni, siapa yang buat wei? Aku terlalu sayangkan Eryna. Apa yang terjadi, aku yang kena bertanggungjawab.” Getus Fakhrul Izwan tegas.
“Emylia.” Jawab Nureen pendek. “Dah latu korang, tak payah gaduh-gaduh kat sini. Sini kan hospital. Lagipun benda dah lepas kan.” Ujarku tenang.
“ Nureen, aku nak makan. Kau tolong suapkan untuk aku boleh tak? Please...” Dengusku pada Nureen.
“Biar saya yang suapkan.” Kata Fakhrul Izwan. Setelah lama dia mendiamkan diri, akhirnya Fakhrul Izwan bersuara jugak.
“Tak payah susah-susahlah wei. Baik kau jaga tunang kau tu elok-elok. Aku meluat dengar kau cakap macam tu dengan Eryna. Baik kau pergi dari sini. Aku dah tak nak tengok lagi muka kau kat sini. Berambus! Lagi satu, mulai hari ni jangan jumpa dengan Eryna lagi. Faham?” Ujar Nureen dengan nada serius.
“Tapi saya cintakan dia. Please bagi saya peluang untuk mencintai dia.” Balas Fakhrul Izwan sebak. Air matanya sudah mencurah-curah di pipi. “Blahlah wei. Eryna dah tak perlukan kau.” Kata Faizal lalu menarik tangan Fakhrul Izwan.
“Eryna... Dengar sini, saya cintakan awak sorang. Satu hari nanti, saya janji akan memperisterikan awak secara sah. Saya janji!” Getus Fakhrul Izwan. “Cepatlah!” Dengus Faizal.
Aku terdiam. Sungguh aku tidak percaya yang Fakhrul Izwan mencintai aku. Dia menangis kerana aku? Dia mahu memperisterikan aku? Mungkin kerana dia baca luahan hati aku di dalam diari. Sebab tu dia macam tu. Aku sedih. Sedih tengok dia macam tu. Yalah first time aku tengok lelaki menangis sebab perempuan. Selalunya perempuan yang menangis sebab lelaki.
“Eryna, kau nangis ke? Even, tak payahlah nangis sebab dia. Buang air mata kau je wei.” Ujar Nureen.
“Mana ada. Mata aku masuk habuk tadi. Dahlah wei, cepat suapkan aku. Lapar ni...” Kataku.  “Yalah Eryna...”
Aku senang hati dapat kawan macam Nureen ni. Thanks Nureen sebab selama ni kau jadi ‘kakak’ aku yang setia. Aku sengaja gelar dia ‘kakak’ sebab kalau ikut bulan, dia lagi tua dari aku. Hehehe... Aku memberikan senyuman sinis pada Nureen. Nureen hanya memandangku hairan. Entah apa yang dia fikir tu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...