Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 5



Bab 5
“Fareen Nuralisa!!!” Laung Farah memanggil anak perempuannya. Fareen terkocoh-kocoh mendapatkan ibunya di dapur.

“Ada apa ibu panggil Fareen ni? Panggil nama penuh pulak tu...” Getus Fareen sopan. Sifatnya memang terkenal dengan sopan dan lemah-lembut. Dia juga rajin membantu ibunya, Farah di warung sementara menunggu keputusan untuk masuk ke universiti.

“Reen tolong ambik order kat depan tu boleh? Dari tadi ibu duk jengah dari dapur ramai customer belum ambik order lagi. Pergi cepat!”

“Ye ibu...” Jawab Fareen lalu mengatur langkah untuk mengambil pesanan.

Azrie yang sedari tadi termenung dikejutkan dengan suara seseorang. Dia mengangkat mukanya sedikit lalu terpegun melihat seorang gadis yang amat cantik berbaju kurung.

“Encik, boleh saya ambik pesanan...?” Soal Fareen sambil tersenyum.

“Woi Azrie! Awek ni nak ambik order kau duk termenung buat apa? Rindu kat Aida ehh...” Usik Ariff lantas mencuit bahu Azrie yang leka menatap wajah Fareen.

“Eh tak ada maknanya aku nak rindu kat Aida tu. Hmm nasi goreng kampung dengan milo ais satu eh...” Ujar Azrie sambil membalas senyuman Fareen.

Pada petang itu, Azrie dan Ariff sama-sama berehat di persisiran pantai. Mereka sempat lagi bergambar untuk buat kenangan.

Sedang Azrie leka mengambil gambar kawasan pantai itu, dia ternampak sekumpulan remaja yang petah berborak.

“Macam kenal perempuan tu...” Desis hati Azrie lantas mengatur langkah ke arah remaja itu. Mana tahu boleh kenal-kenal...

Fareen, Balqish, Aqilah dan juga Asyraf terkejut melihat seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di depan mereka.

“Awak siapa?” Soal gadis yang bertudung. Nampak seperti sebaya dengan adik perempuannya Azirah.

“Nama saya Azrie dan ni kawan saya Ariff. Korang semua jangan takut sebab kita orang ni bukan orang jahat. Kita orang just nak kenal dengan korang.” Ujar Azrie.

“Kejap, kejap... Saya macam kenal korang berdua ni. Korang berdua ni kan yang makan kat warung abah saya tadi?” Bidas Fareen.

“Ye betul.” Jawab Ariff.

“Okey macam nilah. Kita kenal-kenal dulu eh? Saya Balqish. Biasanya orang panggil saya Aqish jek. Yang tauke warung ni nama dia Fareen Nuralisa... Kita orang selalu panggil dia Reen je. Kalau korang nak tahu kan, dalam group kita orang ni Fareenlah yang paling cantik. Ibarat bulan dipagari bintang gitu. Ramai lelaki kat PD ni datang warung semata-mata nak jumpa dia.” Terang Balqish panjang lebar.

“Isy kau ni Aqish... Ada-ada je tau.” Getus Fareen. Kali ni dia pulak yang memperkenalkan rakannya yang lagi dua orang tertinggal.

“Haa yang comel ni pulak nama dia Aqilah. Orang selalu panggil dia Qila jek. Yang sebelah dia tu Asyraf. Dia pandai pikat hati perempuan tau! Hehe...”

Azrie terpegun sekali lagi melihat gaya Fareen berbicara. Kekasihnya Aida pun tak selembut gadis ini. Sebenarnya niatnya mahu mengenali Fareen seorang sahaja. Benarlah kata Balqish, Fareenlah antara gadis yang paling cantik di sini. Wajahnya unik sekali. Sifatnya juga tidak seperti gadis lain.
“Hmm, korang...”

“Dah nak balik ke Reen? Alah kita orang baru nak ikut Azrie dengan Ariff makan aiskrim. Kalau tak ada kau tak bestlah wei...” Getus Balqish sambil mengetap bibirnya.

“Aku memang tak boleh lamalah. Nanti ibu dengan ayah aku marah. Esok kan kita boleh lepak kat pantai ni lagi? Lagipun rumah kita bukannya jauh sangat.” Ujar Fareen lantas mengatur langkah pergi dari situ.
“See you tomorrow Fareen Nuralisa...” Desis hati Azrie. Adakah aku sudah jatuh cinta pada gadis itu? Hanya hati aku boleh mengungkap kan segalanya nanti.

Azrie mundar-mandir di depan pintu shaletnya. Sebenarnya hari ni dia mahu keluar tanpa pengetahuan Ariff. Biarlah kali ni Ariff berehat sendirian di dalam shalet. Sementara itu, Azrie mahu keluar mencari kelibat Fareen. Mana tahu pagi-pagi buta ni dia dah ada kat warung atau di sekitar ini.
Sampai saja di warung, Azrie langsung tak nampak kelibat Fareen malah hanya Balqish dan Aqilah saja yang lincah membuat kerja-kerja di warung ini.

“Assalamualaikum... Korang ada nampak Fareen tak?” Sapa Azrie ramah pada Balqish dan Aqilah.
“Tak nampak pulak. Selalunya dia yang awal sampai warung. Kita orang ni cuma kadang-kadang je tolong kat warung ni. Kalau awak nak tahu tanya ibu dia kat dapur tu haa.” Ujar Balqish. “Kenapa cari dia?” Soal Aqilah pula.

“Ada benda sikit saya nak bagitahu dia... Tak apalah kalau macam tu, saya balik dulu.” Jawab Azrie lalu pergi dengan perasaan hambar.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I