Skip to main content

Diari Cinta Eryna 30



Bab 30
Assalamualaikum...” Ucap Fakhrul Izwan sambil memegang tanganku. “Awak, lepaskan tangan saya ni boleh tak? Sakitlah!” Dengusku.
“Waalaikumussalam...” Balas Datin Zara lalu membuka pintu pagar. “Ada apa kamu datang sini?” Soal Datin Zara.
“Aunty, Emylia ada kat rumah tak? Saya dan isteri saya ada hal penting sangat nak bincang dengan dia ni. Please aunty... Tolong izinkan saya jumpa dengan Emy.” Ujar Fakhrul Izwan membuatkanku tersentak apabila suamiku memanggil nama panggilan Emylia. Adakah dia masih menyayangi Emylia? Hmm...
“Boleh, apa salahnya. Masuklah...” Pelawa Datin Zara sambil tersenyum pada kami.
“Kamu berdua tunggu sini ya. Aunty pergi kejut Emylia kat atas. Maaflah dia belum bangun lagi...” Kata Datin Zara.
“Tak apa aunty...” Getusku.
“Emy... Bangun sayang. Arul datang tu.”
“Arul mana pulak ni, mama? Emy malaslah!”
“Fakhrul Izwan... Dia cakap ada hal penting sangat nak bincang dengan Emy. Pergilah...”
“Ohh sayang aku rupanya! Mesti Eryna dengar cakap aku.” Desis Emylia di dalam hati.
Alangkah terkejutnya Emylia apabila melihat bekas tunangnya iu datang bersama isterinya. Dia fikir Fakhrul Izwan datang berseorangan. Tapi sangkaannya meleset sekali. Harapannya punah.
“Kau cakap dengan aku apa yang kau cakap kat Eryna hari tu. Aku nak kau jujur. Kalau sekali kau tipu, tengoklah apa aku buat nanti.” Ujar Fakhrul Izwan dengan nada serius pada Emylia.
“Mana mama kau? Aku nak dia dengar sekali. Biar dia tau yang anak dia ni sebernanya setan!!!” Jerit Fakhrul Izwan membuatkan Emylia tersentak. Emylia tidak mampu untuk berkata-kata. Dalam fikirannya kini hanya nak kan bekas tunangnya itu.
“Tunggu. Apa yang dah jadi ni?” Kata Datin Zara.
“Mana ada aku cakap apa-apa kat Eryna.” Akhirnya Emylia bersuara jua demi mempertahankan dirinya.
“Abang... Janganlah tinggi suara kat dia. Benda ni boleh settle cara baik. Saya tak nak disebabkan saya...”
“Aunty tanya sekali lagi, kalau tak ada siapa yang nak bagitau aunty perkara sebenar, kamu berdua boleh keluar dari rumah ni termasuklah kamu Emylia.” Getus Datin Zara.
“Kalau mama nak tau sebernanya Emy mengandung anak Arul!” Getus Emylia lalu memeluk Datin Zara.
“Bohong! Aunty... Sumpah demi Allah, Arul tak pernah sentuh dia.” Ujar Fakhrul Izwan.
“Awak... Jom kita balik. Saya dah tak sanggup lagi.” Desisku.
“Dah cukup! Aunty dah tak nak dengar apa-apa lagi dari kamu Arul. Emy, pergi masuk bilik. Jangan sampai mama naik darah.” Ujar Datin Zara,
“Kalau aunty tak nak percaya tak apa. Satu hari nanti aunty akan menyesal jugak sebab dapat anak macam perempuan tak guna tu.” Desis Fakhrul Izwan lalu menarik tanganku.
“Dah keluar! Perempuan tak guna yang kamu cakap tu anak aku. Berambus!!!” Jerit Datin Zara lalu terduduk. “Aunty...” Dengusku.
“Sayang, dah jom keluar dari rumah perempuan tak guna ni. Abang menyesal sangat sebab pernah kenal dengan insan yang bernama Emylia Syuhada binti Dato’ Amri ni. Menyesal sangat tau tak!”



“Emy, kamu nak ke mana tu?” Soal Datin Zara pada anaknya. “Nak keluar jumpa kawan Emylah.” Getus Emylia sambil membetulkan rambutnya.
“Kan mama dah pesan kalau nak keluar, pakai baju yang sopan sikit. Ni tak, terdedah sana, terdedah sini. Emy tak malu ke? Mentang-mentanglah papa kat luar negara, Emy senang nak buat hal eh? Kalau papa ada tu, jangan haraplah Emy nak perangkan rambut tu!” Getus Datin Zara.
“Dahlah mama. Emy penatlah asyik dengar mama membebel je. Sakit telinga ni tau tak!” Kata Emylia lalu menyalam tangan mamanya itu.
“Emy ingat, Emy tu mengandung. Jangan nak merayap jauh-jauh!” Pesan Datin Zara lagi. “Yalah mama... Emy tau. Emy ni bukan budak kecik lagi.” Getus Emylia.
“Hai Emylia! Lama aku tak jumpa kau babe. Kau apa cerita?” Sapa Adila lalu memeluk Emylia.
“Aku macam nilah. Still single. Mengharapkan si dia...” Getus Emylia.
“Ohh ya ke? Tak apalah. Jom shopping nak? Dah lama kut aku tak menggila dengan kau.” Dengus Adila lagi.
“Orite, no problem babe. Mana Wani? Aku tak nampak batang hidung dia pun?” Ujar Emylia sambil mencari-cari kelibat Wani.
“Wani? Opps! Aku lupa nak bagitau kau pasal Wani... Sebernanya dia dah lama kahwin. Sebab tulah dia jarang ada dengan aku. Aku tengok kau babe, makin seksi!” Terang Adila.
“Ohh... Dah kahwin? Laku jugak dia. Hahaha... Kau pun apa kurangnya.”
“Babe, jom makan dulu? Aku laparlah. Tak apa, hari ni aku yang belanja kau okey?” Getus Adila sambil mengusap perutnya.
“Emylia... Kau kenapa?” Soal Adila prihatin. “Kenapa apa?” Balas Emylia sambil menghirup jus apple. “Yalah aku tengok kau macam tak happy je. Cuba share kat aku...”
“Babe... Sebernanya aku mengandung.” Ujar Emylia jujur.
“What? Mengandung anak siapa? Arul?” Soal Adila seakan tidak percaya.
“Bukan Arul tapi Irfan...”
“Irfan? Siapa dia?” Soal Adila bertalu-talu pada Emylia.
“Dia... Boyfriend aku. Tapi dia tak nak bertanggungjawab. Sebab tulah aku cakap dengan semua orang yang anak dalam kandungan aku ni anak Arul.” Ujar Emylia lalu air matanya mengalir.
“Kau sabar jelah eh. Tapi bagus jugak kalau kau cakap anak dalam kandungan tu anak Arul, nanti senang sikit kau nak dapatkan dia balik.”
“Hmm tulah... Tapi masalahnya sekarang dia tak nak terima aku sebab dia dah kahwin dengan perempuan kampung tu.”
“Eryna?” Teka Adila.
“Yup. Perempuan kampung tulah yang dah rampas Arul dari aku and disebabkan dia Arul dah tak nak percaya kat aku. Aku terlalu sayangkan dia wei. Kalau boleh aku sanggup mati demi dia. Aku cintakan dia...” Rintih Emylia pada Adila.
“Aku faham perasaan kau Emylia... Tak apa nanti esok ke lusa aku nak ajar sikit perempuan kampung tu. Biar dia sedar siapa diri dia tu berbanding kau yang seratus lagi lawa dari dia.” Ujar Adila lalu mengepal penumbuknya.
“Macam mana aku nak cari dia ek? Dia kerja apa sekarang?” Soal Adila lagi.
“Dia doktor sekarang. Senang je kalau kau nak cari dia. Kau cari je kat klinik besar tu. Klinik tu dekat-dekat dengan shopping mall ni.” Terang Emylia.
“Ohh maknanya senanglah aku nak cari dia ni. Okeylah babe, jom shopping!”



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I