Skip to main content

Ira jatuh !

Assalamualaikum and Hai !

Sihat semua?

So far alhamdulilah kaki Ira beransur pulih setelah 3 hari kaki terseliuh.

Bukan terseliuh biasa tau ni sampai tak boleh jalan haa! Yang sedihnya Ira dah lama tak jatuh macam tu sampai orang awam dalam 3 orang tolong angkat Ira.

Macam mana Ira boleh jatuh macam tu? Ramai ingat Ira jatuh motor. Tak!

Ira dah siap parking motor dah kat tempat biasa lepastu nak turun bukit jalan kaki nak pergi masuk dalam apartment. Lepastu mungkin tersalah langkah bapp!!

Ira terjatuh lepastu tercampak segala benda yang Ira pegang iaitu helmet dan parcel Ira. Memang tak boleh bangun masatu sebab dah terduduk. Kaki terlipat. Duduk lama sampai orang awam perasan Ira terduduk kat situ. 

Lepastu tiga orang tu termasuk uncle cina maybe tolong angkat Ira jugak dia tolong tengok kaki Ira. Dia siap pusingkan kaki Ira. Ira cakap sakit bahagian tu. 

Tak lama lepastu, Ira cakap takpelah Ira call someone yang boleh tolong Ira. Ira cukup berterima kasih kat dia orang sebab sanggup tolong Ira. Dia orang tunggu je sampai kawan Ira datang. 

Dah lama tak jatuh macam tu seriously 🥺

Lepastu hari sabtu tu kawan Ira yang lain pelawa Ira bawak pergi klinik panel. Apa yang Ira tak puas hati klinik tu dia punya nurse sangatlah rude jugak sebab mula mula dia tak bagi masuk katanya dah tutup. Manalah tahu hari sabtu tutup pukul 2. Dia duk hempas hemps pintulah hentak kaki. Biasalah orang tua. Tapi at least hormat la patient jangan buat perangai macamtu. Kalau betul tak nak ambik patient kami boleh pergi klinik lain. Ira tak naklah sebut klinik mana biarlah Ira sebut klinik panel je. Then dia bagi masuk sebab dia tengok kaki Ira sakit. Yang paling geram doktor bukan buat apa sangat dia just tengok kaki Ira lepastu bagi ubat. Ubat punyalah mahal sampai habis duit panel Ira yang balance RM41 tu kena tambah lagi RM45. So total dalam RM80 lebih. Bukan doc buat apa sangat. Haih sabar jelah. 

Ira nak tolak ubat pun dia tak bagi. Sebab ubat dari klinik panel dah banyak kot kat rumah. Dia paksa jugak Ira bayar cash dengan masatu Ira takde duit cash. Ada cash tapi tak cukup terpaksalah suruh kawan Ira keluarkan duit Ira. Yelah Ira tak larat nak jalan jauh. 

Sebab tu Ira lebih suka pergi klinik panel yang lain. Boleh bertolak ansur sikit. Boleh tolak ubat sebab dia faham keadaan Ira  and caj consultation tu boleh diubah. Ira tahu prosedur kerja klinik swasta sebab Ira dulu pun pernah kerja klinik swasta.

Okaylah itu je Ira nak share.
Sebab tu Ira tak suka sakit sebab bukan kita yang mintak sakit tu. Kadang orang tak faham. 




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...