Skip to main content

My Crazy Tutor #6



"Remember when..."

Bab 6

Seperti yang telah dijanjikan, Fayyad membawa Anis ke tempat pertama dia bertemu dengan Syaza iaitu di pantai Morib. Di situ, Fayyad menceritakan segala-galanya tentang hubungannya dengan Syaza kepada Anis. Dalam diam Anis cemburu dengan perwatakan Syaza. Perwatakan gadis itu sungguh berbeza dengannya.

“Saya dah faham sekarang. Awak masih cintakan dia kan? Sebab tulah awak tak boleh nak lupakan dia sampai sekarang. Maaflah kalau saya cemburu dengan awak berdua.” Ujar Anis sambil bermain dengan pasir.

“Tak apa.”

“Tapi kan awak, baik awak lupakan je dia. Anggaplah Syaza tu sebagai kisah silam awak sebab kalau awak mengharap kat dia pun tak guna sebab dia dah pergi buat selama-lamanya. Awak kena selalu doakan roh dia tenang kat sana.” Kata Anis lalu mengusap bahu Fayyad.

Air mata Fayyad mengalir. Anis cuba mengelap air mata itu dengan ibu jarinya. “Awak tak boleh macam ni Fayyad. Awak kena kuat. Saya tahu arwah mesti bahagia tengok awak sentiasa senyum.”

“Terima kasih Anis sebab bagi dorongan kat aku. Kau pulak pernah ada kekasih?”

“Err saya? Saya popular dan ramai jugak yang nak kat saya tapi semuanya menyakitkan hati saya je. Baru hari tu saya putus dengan teman lelaki saya. Dah setahun kita orang couple tapi dia buat hal jadi kita orang putuslah. Cinta monyet memang macam tu kan awak?” Ujar Anis.

“Kau... Popular? Haha kau ni bukannya cantik sangat pun ramai yang nak. Lainlah aku ni terlajak kacak. Tapi serius Anis, aku tak boleh lupakan Syaza. Dialah cinta pertama aku.”

“Isy awak ni. Cemburulah tu saya popular kat sekolah. Saya tahu macam mana nak lupakan dia. Awak buat benda yang awak tak pernah buat dan cuba tarik nafas dan hembus... Insya-Allah awak boleh lupakan dia.

Fayyad senyum nipis. Sebelum pulang ke rumah, Fayyad singgah ke tanah perkuburan. Dia capai yasin dan mengatur langkah ke tanah perkuburan Syaza. Patutlah sebelum masuk kereta tadi dia ambil wuduk kat tandas.

Kebetulan ada selendang berwarna merah di belakang kereta. Anis pantas mencapainya dan menutup kepalanya. Dia turun dari kereta.



Anis melabuhkan punggungnya di sebelah Fayyad. Fayyad yang khusyuk membaca yasin itu terkejut melihat Anis memakai selendang yang hendak dihadiahkan kepada Syaza dulu. Dia tak sempat nak hadiahkan selendang tu kepada Syaza kerana gadis itu meninggal sebelum hari jadinya.

“Setia betul dia kat awak. Sebenarnya saya cemburu dengan awak. Maafkan saya sebab dalam diam saya sukakan kekasih awak, Fayyad. Saya betul-betul mintak maaf kerana perasaan ni datang secara tiba-tiba. Saya harap awak tenang dan bahagia kat sana.” Desis Anis di dalam hati.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Anis meletakkan selendang itu kembali ke tempat asalnya namun Fayyad memegang lengannya. “Kenapa?”

“Kau ambik jelah selendang itu.”

‘Eh tak naklah. Maaf sebab saya tak cakap dengan awak nak pinjam tadi. Mungkin mak awak punya.”

Fayyad menggeleng kepalanya. “Tak ada siapa punya. Kau ambik aje. Sebenarnya selendang tu aku nak bagi arwah dulu tapi dia meninggal sebelum hari jadi dia. Nak buat macam mana kan aku simpan jelah dalam kereta ni.”

Anis mengetap bibirnya. Dia lipat selendang itu lalu dia simpan di dalam beg sandangnya.

“Terima kasih banyak-banyak.”

****
Hari ni Syasya mengajak Anis ke panggung wayang Mid Walley untuk menonton filem seram. Sebenarnya Anis tidak mahu ikut kerana dia baru pergi ke situ tiga hari lepas dengan Fayyad.

Tak apa hari tu, dia tak tengok wayang. Hampir satu jam mereka menunggu bas tambang. Tiba-tiba datang sebuah kereta Honda yang tak diundang. Anis sudah tahu siapa pemiliknya. Siapa lagi kalau bukan Fayyad, si Crazy Tutor!

“Hai korang. Nak pergi mana?” Sapa Fayyad sambil senyum sinis.

Anis buat muka menyampah manakala Syasya tersengih. “Kita orang nak pergi tengok wayang kat Mid Valley.” Kata Syasya.

“Naiklah...”

“Jomlah Anis. Dari kita tunggu bas tambang yang tak sampai-sampai, baik tumpang prince charming kau ni.” Seloroh Syasya. Dengan selambanya dia duduk di seat depan. Katanya sekali-sekala nak duduk sebelah prince charming!
Sepanjang perjalanan, Syasya ternampak mata Fayyad yang sekali-sekala memandang cermin menghadap belakang. Dia tahu Fayyad mesti ada perasaan kat Anis. Anis yang duduk di belakang langsung tidak memandang Fayyad mahupun Syasya. Dia hanya melayan lagu-lagu kegemarannya di Ipod.

“Awak suka kat kawan saya eh? Kalau tak kenapa dari tadi saya perasan mata awak asyik pandang cermin tu.” Ujar Syasya selamba.

“Mana ada. Saya nak pastikan sama ada dia selamat atau tak.” Balas Fayyad sengaja mengelak.

“Jangan nak tipu sayalah. Awak selalu datang sekolah jemput Anis lepas tu sekarang awak cuba nak nafikan perasaan awak kat dia? Saya dah masak sangat dengan perangai lelaki ni.” Ujar Syasya.

Anis membuka Ipod dari telinganya. Kenapalah masa ni jugak Ipod ni nak buat hal? Dia memukul Ipodnya itu. Kali ni langsung tak boleh dengar. Isy, bosan!

“Awak tak jawab lagi pertanyaan saya tadi.” Kata Syasya membuatkan Anis cemburu. Apa yang dia orang tengah bincang tu? Padahal Syasya bukannya rapat sangat dengan Fayyad.

“Saya memang tak ada perasaan kat dia. Selama ni saya anggap dia sebagai anak murid saya je.”

“Awak cikgu tusyen dia ke?” Soal Syasya lagi.

“Tak, saya cuma tutor dia.”

Anis mengetap bibir. Dia tersentap dengan kata-kata Fayyad.

“Kau ni dah kenapa Syasya? Kenapa kau paksa dia macam tu? Memang betul Fayyad tutor aku dan kita orang memang tak ada apa-apa hubungan selain tu.”

“Awak dengar tu. Anis sendiri mengaku yang dia pun tak ada perasaan kat saya.”

Syasya tergamam. Dia bermonolog. “Korang jangan nak tipu. Aku tahu korang mesti suka sama suka. Cuma tak nak mengaku.” Desisnya di dalam hati.

****
“Awak nak ikut kita orang tengok wayang ke?” Soal Anis kepada Fayyad. Dia hairan kerana Fayyad turun dari kereta bersamanya dan Syasya.

Fayyad mengangguk. Mereka bertiga terus mengatur langkah ke dalam panggung wayang Mid Valley. Fayyad dan Syasya membeli tiket manakala Anis mahu membelikan pop corn dan air coke.
Anis sengaja tak mahu mendekati Fayyad. Dia tahu mesti Fayyad tak boleh nak lupakan arwah Syaza lagi.

Semasa menonton filem seram, suara orang ramai menjerit-jerit termasuklah Syasya. Anis tidak menjerit malah dia hanya mengunyah pop corn. Sedang dia mahu ambil lagi pop corn, tangannya digenggam erat oleh Fayyad. Dia memandang wajah Fayyad.

Anis ingin melepaskannya tetapi tangan Fayyad selesa menggengam tangannya. Fayyad memandang Anis. Mata mereka bertatapan lagi. Dia cuba berlagak tenang dan kembali menonton filem seram itu. Tiba-tiba adegan menakutkan di mana hantu di dalam filem itu membunuh dengan kejam membuatkan Anis memeluk lengan Fayyad.

Fayyad memandang Anis dan mengukirkan senyuman manis. Anis meminta izin untuk pergi ke tandas. Sebenarnya dia tidak selesa dengan perlakuan Fayyad yang tiba-tiba baik dengannya.

Fayyad juga pergi ke tandas. Dia menunggu Anis dari luar tandas. Fayyad bingung. Dia bermain dengan perasaannya sendiri. Pada mulanya dia mahu mempermainkan gadis ini saja tetapi semakin lama perasaannya semakin tidak mahu kehilangan Anis.

“Fayyad? Awak buat apa kat sini?” Soal Anis terkejut melihat Fayyad berdiri di luar tandas.

“Aku... Aku...”

Seorang kanak-kanak perempuan telah melanggar Anis. Fayyad pantas memeluk gadis itu. Dia merenung Anis dengan perasaan semacam.

“Saya pergi dulu.” Kata Anis perlahan.

Selepas menonton wayang, mereka pergi ke food court kerana perut masing-masing sudah berkeroncong. Mana mungkin makan pop corn dan minum air coke saja sudah kenyang.

“Anis tolong belikan aku chicken chop. Aku malaslah nak berjalan.” Pinta Fayyad. Kening Anis terangkat. Tadi baik ni suruh aku belikan pulak, desisnya.

“Kejap wei, belikan air jus epal sekali. Nah beli pakai duit saya je. Korang simpan je duit korang tu okey?” Getus Fayyad sambil menghulurkan empat not lima puluh ringgit.

“Dia tu biar betul Anis? Setakat nak beli makanan je bagi dua ratus? Kaya betul...” Desis Syasya.

“Dia memang macam tu.”

Fayyad makan chicken chop itu dengan gelojoh. Selalu tegur Anis makan gelojoh dan comot. Kali ni dia pulak berperangai sebegitu.
“Syasya, awak nak join kita orang tak pergi Genting Highland minggu depan? Awak jangan risau, ramai yang ikut nanti. Anis, Puan Aisyah, Arif dan awak.” Ujarnya.

“Wah seronok tu pergi Genting Highland. Mestilah nak join.”

“Baguslah awak join. Lagi ramai, lagi seronok.”

Sebenarnya Fayyad mahu melupakan kenangannya bersama Syaza sebab itulah dia mengajak mereka pergi bercuti ke Genting Highland. Malam ini dia akan menempah tiket ke sana awal-awal.








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...