Skip to main content

Ohhh Stalker #4

Bab 4
Aku hairan. Siapa yang letak surat ni kat atas meja aku? Meja aku punyalah bersih semalam tiba-tiba ada surat yang tak diundang muncul kat atas meja ni. Entah-entah Aina tak? Mungkin dia nak mintak maaf kat aku pasal semalam. Tapi... Tak mungkinlah! Kan Aina dah whatsapp aku semalam? Hmm seram ni!

Aku pantas mengoyakkan sampul surat tu lalu membaca satu persatu isi kandungannya. From your secret admire? Macam tak masuk akal je.

Assalamualaikum my secret admire,
Awak nak tahu? Kali pertama saya jumpa awak, saya tengok awak macam kelam-kabut je. Tapi saya tak kisah pun pasal semua tu yang penting sekarang ni saya dah jatuh cinta kat awak. Awak banyak bagi nasihat dan pertolongan kat saya. Terutamanya subjek add math. Selama ni saya selalu perhatikan awak buat apa sebab saya memang nak tahu kesayangan saya sedang buat apa. Saya datang Penang ni pun sebab nak jumpa awak dan habiskan masa bersama awak. Alya, percayalah saya cintakan awak. Kalau awak sudi, boleh awak jadi peneman hidup saya selamanya? Kalau awak terima, petang ni jumpa saya di tasik. Kalau awak tak terima, terpulang kat awak, nak datang ke tak.
Ikhlas dari S.A awak...

Biar betul aku ada crush? Crush atau secret admire? Ah sama jelah tu. Nak bagitahu Aina ke tak eh... Aku malulah nak jumpa dia. Siapalah yang ‘bertuah’ suka aku ni. Sebelum ni, aku tak pernah dengar pun budak-budak sekolah ni suka aku dan sekarang ni dia berani pulak hantar surat kat aku.

Setahun aku, aku selalu ajar add math kat Aina, Faiz dengan Shahrul je. Takkanlah Faiz suka aku? Err tak mungkin! Dia tu suka mengejek aku kalau dia dengan kawan-kawan dia. Bila susah je cari aku. Kalau bukan Faiz habis tu siapa? Takkan Shahrul pulak? Hmm no never! Dia baru je kenal aku dalam beberapa hari ni. Takdelah kamcing sangat.

Dia kata kalau aku terima, jumpa dia kat tasik. Kalau tak, terpulang nak datang ke tak.

“Aina!!!” Laungku kuat memanggil sahabatku yang leka menyiapkan karangan bahasa melayu.
“Apa dia? Dahlah karangan aku tak siap lagi ni. Matilah aku nanti kena marah dengan singa tu.” Dengus Aina sambil menyalin laju karangan-karangan dari buku rujukannya.

“Tulah kau. Cikgu suruh buat kat rumah tak nak. Kat rumah punyalah selesa, kat sekolah jugak kau nak buat... Ni kau tahu tak tulisan siapa?” Ujarku lantas menunjukkan surat yang aku terima tadi.
“Entah. Tulisan cantik. Kalah aku... Kau carilah sendiri siapa orangnya.” Balas Aina acuh tak acuh.
“Sampai hati kau kan Aina. Haa ataupun kau teman aku jumpa mamat yang dalam surat ni? Kau nak tau wei, dia jiwang... Dia berani gila luahkan perasaan dia kat dalam surat ni dan letak atas meja aku. 

Agaknya siapalah kan.” Ujarku.

“Wah untunglah kau Alya. Aku tak pernah pun dapat surat macam tu. Mungkin Faiz tu suka kau. Haha! Sebab dia kan selalu ejek kau. Ejek maknanya suka...” Usik Aina.

“Eii geram betul aku dengan kau ni. Nak makan penumbuk aku ke hah? Aku kenallah tulisan Faiz macam mana. Tulisan dia buruk sikit.”

“Yalah-yalah. Nanti aku teman kau jumpa lelaki bertuah tu eh. Tapi janji belanja aku minum ice blended vanilla.”

“Tak habis-habis ice blended. Naik muak aku. Ya nanti aku belanja.”
“Taklah aku gurau je. Tapi aku tak nak tolak rezeki, aku terima jelah. Hehe...”

“Suka hati kaulah Aina. Melalut je...” Tukasku.

Apabila waktu rehat, aku dan Aina bertugas di tempat biasa. Selalunya kat dewan terbuka tu tak ramai sangat budak melepak. Kali ni kenapa ramai sangat? Lelaki pulak tu. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena ni. Macam gaduh pun ada. Jangan Shahrul terlibat sama sudah...

Aku terus menyiku lenganku pada Aina. Aku bertanya pada Aina kenapa dia orang berkumpul macam ada artis pulak yang datang. Aina hanya menggelengkan kepalanya lalu menyuruh mereka bersurai. Maklumlah jawatan Aina tinggi sikit dari aku iaitu Ketua Exco manakala aku hanya AJK biasa.

“Kenapa berkumpul ni? Semua bersurai! Kalau tak saya panggil cikgu...” Jerit Aina sambil mengeluarkan buku notanya untuk mencatat apa yang sedang berlaku.

“Woi janganlah Aina. Kau tak tau ke ada budak baru yang cun gila kat sini? Sebab tulah budak-budak lelaki kat sini semua sibuk nak usha dia termasuklah aku. Katanya anak model terkenal.” Getus Faiz pada Aina.

“Ada aku kisah? Anak model terkenal. Ni sekolahlah sayang oi. Budak tu sesat mana? Kalau dia nak catwalk kat sini pun nanti kenalah dengan singa tu. Singa tu bukan boleh.

Nak tahu siapa ‘singa’ yang Aina maksud kan tu? Semestinya Cikgu Rahimah. Cikgu disiplin yang paling hot tambah garang kat sekolah ni. Semua orang takut dengan dia. Rotan dia panjang oh! Setakat ni aku belum pernah kena lagi dengan Cikgu Rahimah tu. Kalau karangan tak siap, semua beratur nak kena rotan!

Terbeliak mataku apabila melihat budak baru yang dimaksudkan oleh Faiz tadi. Wah, lawanya... Mengalahkan artis. Anak modellah katakan.

“Ambik perhatian semua... Sorry sebab I tak pilih korang semua sebabnya. I akan pilih bekas kekasihnya I iaitu Shahrul. Korang nak tau, Shahrul nilah ex-boyfriend I dulu. Kita orang couple dah dua tahun kat KL dulu.” Ujar pelajar baru yang bernama Tina itu. Gaya percakapannya pun aku dah tahu perangai dia macam mana.

“Budak baru masuk semalam kan? Apahal kecoh-kecoh kat sini? Kan saya panggil pengetua baru tau takut. Waktu rehat dah nak habis. Pergilah masuk kelas. Yang menggatal kat sini kenapa?” Getus Aina pada Tina sinis sekali.

“Eh yang kau sibuk tu kenapa perempuan? Mentang-mentanglah kau tu pengawas. Nak berlagak eh? Amik ni...” Aku pantas menahan tangan Tina dari tampar muka sahabatku Aina. Sesuka hati dia aje nak tampar muka kawan aku.

“Dahlah wei. Janganlah gaduh-gaduh kat sini. Kita orang cakap baik-baik kan. Pergilah masuk kelas.” Jawabku tenang.

“Jom baby.” Getus Tina seakan berbisik lalu memaut lengan Shahrul. Aku sungguh tak sangka yang Tina ni girlfriend dia dulu. Tak jadilah aku nak suka dia. Tengoklah taste dia. Pilih yang lawa-lawa je. Anak model terkenal lagi.

Aku tengok Aina macam nak menangis aje. Mungkin sahabatku ini tak boleh tahan dengan kejadian tadi. Melampau betul perangai awek Shahrul ni.

“Kan aku dah cakap jangan cari aku lagi. Kenapa kau pindah sini? Sibuk jelah!” Getus Shahrul lantas menarik tangannya semula. Sudahlah Tina memaut lengannya di depan Alya dan juga Aina.

“Suka hati I lah. Siapa cakap kita dah putus? I tak pernah fikir yang kita akan putus. Kalau you nak tau, I sayang sangat kat you. I harap hubungan kita kekal. Dahlah I nak masuk kelas ni. Bye sayang. Esok kita jumpa lagi.

“Kita memang dah putus lama. Aku takkan ingat lagi kenangan-kenangan pahit tu. Aku hampir nak melakukan dosa besar dulu. Aku putuskan hubungan kita sebab kau tu playgirl. Depan baik, belakang aku tahu kau ramai jantan.” Desis Shahrul di dalam hati.

Kini, hanya nama Alya Natasha saja di dalam hatinya. Tiada yang lain. Petang ini akan terungkap segalanya perasaan Shahrul terhadap Alya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...