Skip to main content

Ohhh Stalker #3

Bab 3
Hmm banyak betul homework yang cikgu bagi hari ni. Betullah kata abang Afiq, masuk aliran sains memang banyak homework sampai tak terbuat aku. Yang paling aku suka siapkan, homework mathlah. Senang nak hafal formula dia. Matematik biasa senang sikit, tapi kalau Add Math, boleh pengsan aku. Tanya abang Afiq pun, dia tak faham.

Abang Afiq aku tu harap je terer Add Math. Tapi bila aku tanya dia, ada je alasan dia. Katanya tak sama dengan pelajaran dia dulu. Bila tanya mama, mama suruh aku tanya papa. Hari tu aku saja bawak homework aku pergi ofis papa. Aku harap sangatlah papa boleh tolong, last minute setiusaha dia je yang muncul lepas tu marah-marah aku.

“Adik Alya, pergilah tanya cikgu. Apa berat sangat ke mulut adik nak tanya cikgu? Soalan senang macam ni pun nak tanya papa. Tak pun bincang dengan kawan-kawan ke. Akak memang tak boleh tolong sebab papa adik busy sangat minggu ni. Banyak sangat appoiment.” Ujar setiusaha papa.
Mengada betul setiusaha papa tu. Sampai sekarang aku tak hingin nak bawak homework aku kat ofis papa lagi. Cukuplah buat study group dengan Aina atau tanya cikgu.

Aku mengeluarkan Samsung S5ku lalu menghantar whatsappp kepada Aina. Aku ingat petang ni, aku nak buat study group dengan dia kat tempat biasa.

Wei, jom stdy grup kt tmpt biase...

Aku pantas mencapai t-shirt lengan panjang dan juga jeans. Aku menilik wajahku di cermin. Cantik jugak aku ni. Puji diri sendiri. Apa salahnya, sekali-sekala nak puji diri aku sendiri. Siapa lagi nak puji aku kan?

“Alya, kau nak pergi mana? Tak pakai tudung eh...” Usik abang Afiq sambil mencuit bahuku. “Isy abang ni. Buat terkejut Alya je tau. Mestilah pakai. Kita kena tutup aurat. Alya pakai bukan sebab mama tapi sebab takutkan Allah swt...” Jawabku selamba. Amik kau! Kena ceramah percuma dari Ustazah Alya.

Aku selalu pergi mana-mana pakai motor aje. Aku ni nampak aje brutal tapi sukakan warna pink! Sampai motor aku pun colour pink. Hari tu aku bawak Aina jalan-jalan, dia gelakkan aku sebab motor ni.

Alamak! Masa nilah motor aku nak buat hal. Port belajar aku jauh lagi ni. Aina mesti dah sampai kat sana. Aduh macam mana ni? Hujan turun lebatlah pulak, desisku sendirian.
Kebetulan Shahrul lalu di situ. Alhamdulillah nasib baik ada dia. Kalau tak, aku terkandas kat sini sorang-sorang.

“Motor rosak ke?” Soalnya lantas menarik lenganku untuk berteduh di pondok bas. Sesuka hati dia aje nak tarik tangan aku. Nasib berlapik...

“Haah motor aku rosak. Tiba-tiba pulak hari ni dia buat hal. Minyak habis kut. Aku lupa nak isi minyak tadi.” Ujarku sambil bibirku menggeletar. Pada waktu itu aku menggigil kesejukan.
Shahrul yang sedari tadi mendiamkan diri pantas membuka jaketnya lalu menyarungkan ke badanku yang menggigil tadi.

“Thanks...” Ucapku perlahan. Aku terkesima dengan perbuatan dia.

“Sama-sama. Saya tau awak sejuk. Kebetulan saya bawak nasi goreng ni. Baru beli kat warung tadi. Kalau awak nak, ambiklah.” Getus Shahrul lalu memegang tanganku untuk meletakkan nasi goreng itu di atas tanganku. Sungguh aku tak percaya yang ni dia. Ada jugak lelaki sebaik dia ni.
“Sebenarnya awak nak pergi mana? Saya boleh tolong hantarkan. Lepas hujan reda nanti. Pasal motor awak tu nanti saya mintak tolong kawan saya.”

“Hmm aku sebenarnya nak buat study group dengan Aina. Ni motor aku buat hal. Tak jadilah. Hujan pulak tu. Takpelah Shahrul. Menyusahkan kau jek.” Aku mengeluarkan telefon bimbitku kerana berdering tanda sms masuk.

X jdi lh wei, hujan lbt kt luar... Esoklah klau x hujan.

Aku lega kerana Aina tak jadi pergi.

“Menyusahkan saya? Haha tak menyusahkan pun. Jomlah saya hantar awak balik. Kalau nak pergi tempat belajar awak tu jauh lagi kan.”

“Eh takpe. Aku boleh balik sendiri.”

Aku berfikir sejenak. Baik aku suruh dia belikan minyak kat Petronas depan tu... So, takdelah aku nak naik motor dengan dia. Bukan muhrim!

“Wei Shahrul, ambiklah duit aku ni dulu. Tolong belikan aku minyak RM 5 boleh?” Ujarku lantas menghulurkan sekeping not lima ringgit kepadanya.

“Nope. Tak payahlah. Awak simpan je dulu duit awak tu. Awak janji tau jangan pergi mana-mana. Stay kat sini je. Lagipun Petronas tu bukan jauh sangat.” Bidasnya.

Aku mengangguk tanda faham. Shahrul bingkas menghidupkan enjin motosikalnya lalu menunggang pantas ke Petronas untuk membeli minyak.

Belum sempat aku duduk, tiba-tiba motor Suzuki Shahrul terpampang di depan mataku. “Ai sekejapnya dia beli? Macam superherolah pulak dia ni... Aku rasa tak sampai lima minit dah sampai.” Desisku perlahan.

Selepas menuang minyak ke dalam enjin motorku, Shahrul beberapa kali menghidupkan enjin motorku sehingga motorku berjaya dihidupkan. Aku berterima kasih pada lelaki ini kerana sanggup membantuku tatkala aku sedang susah.

See you next time...” Laungku sambil melambaikan tanganku kepadanya. Dia hanya membalasnya dengan senyuman nipis.


Sampai saja di rumah, Shahrul terus menghenyakkan tubuhnya di atas katil. “Aku rasa dialah perempuan yang aku cari selama ni. Yang selalu teman aku berchating. Sebab tulah masa kali pertama aku jumpa dia, aku boleh kenal dia walaupun dia letak gambar kartun anime jepun.” Desis Shahrul lalu membayangkan wajah Alya.

“Adik...” Panggil Kak Shahira sambil mengetuk pintu bilik adik lelakinya.
“Ya kak... Anything?” Soal Shahrul.

“Best tak masuk sekolah baru? Macam mana... Jumpa tak ‘awek’ yang adik cari selama ni? Kata adik, adik selalu stalk blog lama dialah. Lepas tu selalu chatinglah kat facebook. Cuba cerita sikit kat akak? Macam mana ciri-ciri dia, wajah dia...” Ujar Kak Shahira lembut lalu mengambil tempat di birai katil.

“Best sangat kak. Rul dapat jumpa dia depan-depan. Rasa bahagia sangat. Arul rasa dia tak tau tu yang selama ni Arullah teman dia chat kat facebook dulu. Maklumlah jauh kan. Dulu kan kita tinggal kat KL. Dah dapat transfer kat sini... Apa lagi, cari dia terus! Kalau akak nak tau ciri-ciri dia buat masa ni, Arul tak boleh cerita sebab Arul tak tau lagi ciri-ciri dia macam mana.” Terang Shahrul sambil tersengih.

“Untunglah adik akak sorang ni kan... Dah jumpa princess dia memanglah. Tapi bercinta, bercinta jugak... Belajar jangan lalai. Ingat bawak dia jumpa family kita satu hari nanti.” Getus Kak Shahira lantas melangkah ke biliknya.

Insya-Allah satu hari nanti, dia akan jadi milik aku, desis Shahrul sendirian lalu terlelap.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...