Skip to main content

Ohhh Stalker #13

Bab 13
“Alya!!!” Laung abang Afiq. Aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerana perutku sakit sangat sejak dari tadi. Takkanlah disebabkan nasi goreng yang aku makan tadi kut? Ya Allah sakitnya...

“Bukak pintu ni kejap.” Pintanya. “Abang nak apa? Alya tak boleh bangunlah.” Memang betul aku tak boleh bangun. Aku dah tak larat nak bangun sebab dari tadi asyik ulang-alik pergi bilik air jek. Macam manalah aku nak jawab paper Add Math dengan Sains esok.

“Afiq nak apa?” Aku terdengar suara mama menegur abang Afiq. Yalah terjerit-jerit panggil nama aku. Dia nak apalah agaknya.

“Takde ma, laptop Fiq hanglah. Fiq cuba nak tanya Alya dia ada guna laptop Fiq ke tak.” Ujar Afiq.
“Kejap mama pergi tanya Alya dulu. Alya, bukak pintu ni kejap.” Aku berusaha dengan sepenuh tenagaku untuk bangun membuka pintu. Abang Afiq punya pasal, aku terpaksa akur.

“Ada apa mama? Alya tak sihatlah. Abang ni mengacau betullah.” Keluhku.

“Kalau kau tak guna laptop aku, takdelah aku kacau kau. Kau apehal buat laptop aku hang?” Bentaknya. Suka hati dia aje main tuduh-tuduh aku. Mana ada aku usik laptop dia. Dia yang selalu bukak laptop tu, salahkan orang pulak. Lagipun aku ada laptop aku sendiri.

“Sudahlah tu Fiq. Janganlah tuduh Alya je. Mungkin Fiq selalu bukak laptop tu, tu yang dia hang. Dah-dah jangan gaduh.” Ujar mama menyebelahiku. Yes! Nasib baik mama bakup aku.

“Entah abang ni. Lain kali jangan asyik nak berkurung dalam bilik je. Dahlah Alya nak tidur ni, esok ada exam penting.”

“Eh aku tampar jugak budak ni. Yalah mama, nanti esok Fiq pergi hantar laptop tu kat kedai jelah senang.”

“Haa yalah.” Jawab mama pendek lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Aku terus menghempas pintu lalu merebahkan tubuhku di atas katil. Ni mesti Tina ada letak something kat dalam nasi goreng tu sampai perut aku sakit. Ataupun aku yang tak perasan nasi tu dah basi.

“Yeay! Senang hati aku bila Alya ambik nasi tu. Dia tak tau yang nasi tu dah basi. Kau tunggulah Alya. Esok kau mesti tak senang duduk punya. Nanti aku tau, Shahrul dan yang lain mesti ketawakan kau. Hahaha” Getus Tina sambil bersorak riang. Dia puas kerana dapat mengenakan Alya.

Kalau rancangannya tidak menjadi, dia nekad untuk melakukan apa saja demi lelaki yang dicintainya. Sebenarnya niatnya mahu meletakkan racun di dalam nasi goreng yang dibelinya itu. Tapi kesian pulak esok dia nak ambik periksa.

Tina ketawa terbahak-bahak sambil menilik wajahnya di cermin. Esok, aku nak mintak mami duitlah nak suntik supaya kulit aku ni lebih cantik dan menjadi kegilaaan ramai. Rambut ni pulak, aku nak perangkan. Kuku ni aku nak warnakan dengan warna coklat, desis Tina.

“Aku peliklah dengan kau ni. Selalunya bila exam kau tak nervous sangat sampai keluar masuk bilik air. Relakslah wei, trial je kut. Bukan spm betul-betul.” Ujar Tina kepadaku. Mungkin dia tak tau yang aku sedang bertarung nyawa dari semalam. Sampai aku tak cukup tidur. Ni semua sebab nasi goreng tu.

“Wei Aina, aku bukan nervouslah! Aku sakit perut. Dari semalam aku asyik keluar masuk bilik air jek. Kau apa tau? Bergayut dengan Shahrul je eh.” Bidasku tak puas hati dengannya.
“Oh yake? Sorrylah aku tak tau. Mana ada aku bergayut dengan Shahrul. Semalam aku tidur awal apa.”

“Apa-apa jelah!” Getusku lantas bergegas masuk ke dalam dewan. Alamak lantai ni licinlah pulak. Aku makin hilang kawalan lalu hampir terjatuh. Siapalah kali ni yang sambut aku. Malu woi! Aku cuba memandang wajahnya. Rupa-rupanya Shahrul. Shahrul sedari tadi merenung anak mataku sehingga aku leka seketika.

“Woi Shahrul. Sudahlah tu. Ni kan sekolah. Kang cikgu nampak, habislah kau...” Ujar Faiz mematikan lamunanku kami berdua. Aku benar-benar terkejut kerana Shahrul berani memelukku. Aku tau dia peluk sebab dia nak selamatkan aku. Aku pantas melarikan diri ke dewan. Mujur hanya Faiz yang nampak. Kalau orang lain nampak? Haru beb!

Kenapalah masa ni perut aku nak buat hal. Kalau aku mintak nak pergi tandas, agak-agak cikgu bagi tak?

Soalan periksa hari ni boleh tahanlah. Agak mencabar minda aku juga. Ni baru percubaan spm. Nanti bulan 12 nanti, aku kena buat persediaan yang lebih rapi lagi. Insya-Allah...

Akhirnya aku dapat menjawab kesemua soalan percubaan hari ni. Dan yang paling best, aku terpaksa tahan untuk buang air besar. Sabar jelah Alya. Dugaan!

Balik dari sekolah tadi aku pergi klinik. Aku memang niat nak jumpa doktor sebab aku dah tak tahan lagi dah menahan kesakitan. Korang nak tau doktor cakap apa? Aku keracunan makanan woi... Sebab tulah aku asyik buang air besar jek lepas tu perut aku memulas. Betullah tekaan aku yang Tina bagi nasi goreng basi kat aku.

Aku ingat dia sengaja nak kenakan aku. Tapi bila difikirkan balik, mungkin Tina tak tau yang nasi goreng tu dah basi. Ah lantaklah! Janji doktor dah bagi aku ubat. Kiranya aku halalkan je apa yang Tina dah buat kat aku. Sama dia bersalah atau tak, biarlah. Hanya Allah swt yang berhak untuk menghukum dia. Bukan aku...



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...