Thursday, 1 January 2015

Ohhh Stalker #5

Bab 5
Setelah sampai di tasik, aku memakirkan motosikalku di sebelah motor Suzuki merah milik siapa entah. Aina tak jadi ikut aku sebab dia ada urusan dengan keluarga dia. Kejap-kejap, motor Suzuki merah? Ni macam motor Shahrul je. Apa yang dia buat kat sini?

“Assalamualaikum...” Berderau darahku apabila ada seseorang yang memberi salam kepadaku. Yalah dahlah tempat ni sunyi. Seram sejuk aku dibuatnya.

“Waalaikumussalam, eh Shahrul. Betullah tekaan aku yang kau ada kat sini. Sebab tadi aku baru nampak motor kau.” Ujarku tenang. Nasib baik Shahrul. Kalau orang lain?

“Memanglah. Jomlah kita duduk kat sana, depan tasik. Boleh saya luahkan perasaan saya kat awak nanti. Boleh kan Tasha?” Ujarnya lembut. Ni yang buat aku cair ni. Tapi bukan ke dia dah ada Tina yang diva tu...

Aku masih tertanya-tanya lalu aku merenung wajahnya. Dia ni dah tak betul ke apa? Tadi kata nak luahkan perasaan kat aku. Sekarang ni diam pulak. Pelik betul aku dengan perangai dia. Abang aku pun tak macam dia.

“Tasha...” Ujar Shahrul seakan berbisik. Dia sempat melemparkan senyuman manisnya kepadaku.
“Ya?” Soalku teruja.

“Sebenarnya surat yang awak dapat pagi tadi tu, saya yang tulis. Saya nak luahkan segalanya kat awak. Serius saya dah mula suka kat awak sejak awak sudi jadi peneman hidup saya dulu.” Getusnya.

“Kau biar betul Shahrul. Apa yang kau merepek ni? Kau suka kat budak comot macam aku ni? Haha macam tak percayalah. Bila masa pulak aku jadi peneman hidup kau dulu? Aku baru kenal kau beberapa hari ni dah kau cakap aku jadi peneman hidup kau. What a nonsense?!” Jawabku lurus. Sememangnya aku tak faham apa yang dia cuba cakapkan ni.

“Awak dengar sini. Saya tau awak tak ingat saya. Nama facebook awak Tasha Baby Doll kan? Tak silap saya awak letak gambar anime jepun sebagai profile picture awak. Awak ingat tak dulu kita selalu chating sampai tak ingat dunia? Alah masa umur kita dalam 13 tahun dulu... Saya boleh cam awak sebab hati saya mengatakan yang awak ada kat sini.” Terang Shahrul panjang lebar.

Malu aku bila dia cakap pasal facebook aku. Tasha Baby Doll... Aku saja letak nama tu sebab dulu aku suka anak patung. Gambar anime jepun tu pulak, abang aku yang sengaja tukar! Suka bukak facebook aku.

“Sorrylah wei, aku susahlah nak ingat masa dulu. Apa ek nama facebook kau? Aku bukan selalu bukak pun. Yang selalu bukak sekarang abang aku. Dulu yalah, aku terlebih aktif.” Kataku jujur.

“Shah Rul... Awak tak perasan ke yang saya sorang je panggil awak Tasha? Sebabnya dulu awak tak suka saya panggil awak Alya. Katanya nama tu macam skema. Saya ingat segalanya. Sebelum tidur pun awak masih nak gila-gila dengan saya. Sebab tu sampai sekarang saya teringin nak cari awak yang perangai sekepala dengan saya.”

Aku ketawa lalu mencubit perlahan pehanya. “Dahlah Rul. Aku susahlah nak cakap. Kau dah ada Tina. Lagipun tahun ni kita nak spm. Aku malas nak bercinta bagai ni. Nanti kalau aku bercinta, hilang fokus aku nak belajar.”

“Saya tak paksa awak pun nak bercinta dengan saya. Saya faham, awak kan pandai... Dan saya tak nak bagi harapan apa-apa kat awak sebab saya tak nak awak berharap. Untuk pengetahuan awak, saya dah lama putus dengan Tina. Dia yang beria datang sini cari saya. Hanya awak dalam hati saya, Tasha. Only you...”

“Ya, aku pun sebenarnya sukakan kau tapi belum tahap cinta lagi. Tapi apa yang aku nak, kita jadi kawan dulu. Aku tak nak disebabkan aku, Tina serang aku tak tentu pasal lepas tu kau bergaduh dengan dia. Aku harap sangat kau tolong terapi sikit si Tina tu sebab kau sendiri tau kan dia hampir nak tampar muka Aina pagi tadi...”

“Takpe. Pasal Tina tu awak jangan risau, saya akan uruskan segalanya. Ingat, saya akan tunggu awak sampai bila-bila.” Getus Shahrul.

Tak guna! Dalam sekelip mata, aku jatuh terpelanting di dalam tasik. Hampir lemas aku dibuatnya. Nasib baik aku pandai berenang. Kalau tak mati lemas aku tadi. Kurang ajar punya Tina. Dia ingat dia tu siapa nak tolak aku dalam tasik? Tak makan saman langsung!

“Korang dating kat sini kan? Kalau aku tak lalu kat sini tadi, tak nampaklah korang bermesraan kat sini. Sampai hati you kan sayang?” Getus Tina manja.

“Sampai hati apa? Kan kita dah putus. Suka hati akulah nak dating dengan siapa pun. Kau siapa nak halang aku. Kau ada hak ke? Nak ke aku bagitahu kat family Alya yang kau tolak dia dalam tasik tadi? Habis basah baju, tudung dia semua. Yang kau pakai macam ni dah kenapa? Nak jadi pelacur?” Bentak Shahrul sambil memandang ke arahku.

Fine. You dengar sini Shahrul. You hina I macam mana sekalipun, I takkan berhenti goda you. I takkan give up walaupun kita dah putus. Memanglah I playgirl tapi dengan you, I serius. Percayalah, you takkan bahagia dengan ustazah ni!” Tukas Tina lalu bingkas pergi dari tempat ni.

Ustazah dia panggil aku? Apa dia ingat perempuan pakai tudung semuanya ustazahlah. Dia belum kenal aku siapa. Aku nampak je macam ni tapi perangai aku berbeza. Kalau kena sekali dengan aku, menangis nanti. Aku malas nak campur tangan tadi sebab tu masalah dia orang bukan aku. Lantak dia oranglah nak bertekak ke tak.

“Tasha, awak okey? Nak saya hantar awak balik rumah? Awak basah tu. Macam mana nak bawak motor nanti...”

“Tak okey! Kan aku dah cakap tadi terapi sikit awek kau yang mengada-ngada tu. Kalau aku tau jadi macam ni, aku tak datanglah. Eii menyampahlah aku dengan kau ni. Benci tahu? Dah lepas ni jangan jumpa aku lagi.”

Aku pantas berlari ke arah di mana aku parking motor aku tadi.Kalau boleh, aku nak balik rumah cepat-cepat. Malaslah nak tengok muka Shahrul. Meluat aku. Aku tak boleh lupa apa yang Tina buat kat aku tadi. Main tolak je aku kat dalam tasik.“

Lepas spm nanti, aku akan cari kau jugak Tasha.” Getus Shahrul di dalam hati.
Shahrul sampai di rumah tepat pada pukul 6 petang. Dia memakirkan motosikalnya di sebelah kereta ayahnya.

“Ayah tengok kau sekarang makin menjadi-jadi eh. Tengok sekarang, ayah dah sampai rumah dulu dah. Kau pergi mana tadi? Dengan perempuan lagi?” Tegur Encik Samad pada anak lelakinya Shahrul.

“Rul lepak tasik kejap dengan kawan. Alah Rul bukan buat benda bukan-bukan pun ayah. Lagipun Rul dah lama putus dengan Tina tu.” Jawab Shahrul.

“Memanglah dah putus tapi ayah tak nak kau jumpa dia lagi. Ayah kenal sangat mak Tina tu. Itu tak kena, ini tak kena. Semua tak kena. Sebab tulah ayah tak berapa suka kau dengan Tina dulu. Ayah tau sekarang dia baru pindah sekolah kau kan?” Ujar Encik Samad lagi.

Tanpa menghiraukan ayahnya, Shahrul terus melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Balik saja, ungkit pasal Tina.

“Dahlah ayah, biarlah Shahrul tu. Dia kan dah besar. Suka hati dialah nak kemana pun. Asalkan dia tak buat benda yang bukan-bukan.” Pujuk Kak Shahira pada ayahnya.

“Memanglah. Ayah cuma tak nak dia jumpa Tina aje. Dulu kan mak Tina yang supermodel tu pernah tuduh ayah tak pandai jaga anak. Sebab tu ayah suruh dia orang putus je dulu. Ni ayah risau sebab Tina pindah sekolah Rul. Entah apa pulak plan dia orang anak beranak. Nak kenakan ayah lagi agaknya.” Ujar Encik Samad sambil membaca harian Metro.

“Kalau dia orang buat hal lagi, kita buat laporan polis je senang. Ira rimaslah tengok perangai Tina dengan mak dia tu. Berlagak macam model terkenal je. Tapi sebenarnya bekas model. Isy geram betul Ira dengan keluarga dia orang tu. Tak habis-habis nak cari pasal dengan kita.” Tukas Kak Shahira.

“Ayah, Ira naik atas dulu nak pujuk Rul. Mesti dia merajuk tu.” Getus Kak Shahira lalu mendaki tangga untuk menuju ke bilik adik lelakinya.

“Haa yalah.” Jawab Encik Samad pendek.

2 comments:

Cik_Shiqah said...

dasyat ek. jatuh cinta melalui blog and fb sampai sanggup cari perempuan tu dekat skolah lg. hehe :D

Sarah Halim said...

Alamak terus terskip bab5 -.- hahahahaha. best :'D

http://sarahhijabista.blogspot.com/