Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 31

Bab 31
Pertemuan di antara mereka bagaikan mimpi. Tiba-tiba saja hari ni mereka menjadi tunangan yang sah dan tak lama lagi Fareen bakal menjadi isteri Azrie. Betul ke? Macam tak percaya je!

“Wei korang... Aku masuk dalam dulu eh. Tak nak kacau korang dating... Aku lapar ni, datang bau sedap terus meleleh air liur aku ni. Masakan kampung memang sedap!” Ujar Ariff lalu melangkah masuk ke dalam rumah Aqilah.

“Kenapa awak diam je? Tak nak cakap apa-apa ke? Hari ni kan kita dah bertunang... Jom saya bawak awak pergi pantai. Dah lama kan tak hirup udara segar macam dulu.” Getus Azrie cuba memegang tangan Fareen . Fareen pantas menepisnya.

Fareen masih mendiamkan diri. Tiada satu pun respon positif darinya. Dia hanya membalasnya dengan pandangan sinis.

“Jom!” Azrie terus menarik tangan Fareen untuk jalan beriringan dengannya di tepi pantai.

Sebenarnya Fareen hendak juga bercakap dengan cinta hatinya. Tapi disebabkan kejadian yang lepas, dia terus jadi orang lain. Kalau boleh dia tak mahu langsung bercakap dengan lelaki ini. Baginya, disebabkan Azrielah Aida cuba membalas dendam dan dia cuma mangsa keadaan. Sabar Fareen. Kau kena terus-terang dengan dia.

“Kalau awak tak nak cakap jugak, saya simbah awak dengan air laut ni. Air laut ni masin tau...” Desis Azrie sambil tangannya merenjis-renjis air laut pada Fareen.

“Azrie! Janganlah... Saya kan tak sembuh lagi.” Ujar Fareen sambil berpeluk tubuh.

“Memanglah. Saya tahu... Tapi saya rindu awak yang dulu. Saya tak nak Fareen yang kuat merajuk macam sekarang. Diam je tak nak cakap dengan saya pun.” Balas Azrie sambil mengetap bibirnya.
“Awak ni macam perempuanlah nak buat muka macam tu. Kalau saya hilang ingatan macam mana? Biar saya tak ingat awak. Eii menyampahlah!”

“Awak... Jom duduk kat bangku bawah pokok kelapa tu? Dulu kan kita selalu lepak kat situ. Sambil tu awak kena cerita kat saya kenapa awak boleh kena culik. Please sayang...”

“Eii gelilah awak panggil saya ‘sayang’. Nak muntah saya dengar tau! Kalau macam tu saya nak duduk jauh-jauh dari awaklah. Takut nanti awak ambik kesempatan.” Jawab Fareen selamba.
Azrie ketawa sambil mencuit hidung mancung Fareen. Merona merah wajah Fareen yang kuning langsat itu apabila dicuit oleh tunangnya ini. Malunya!

“Okey saya cerita eh. Kenapa saya kena culik? Sebab ratu cantik a.k.a kekasih awak tulah. Saya tak sangka yang dia sanggup buat saya macam ni. Saya ingat dia datang rumah saya sebab nak mintak maaf ke apa kan. Tiba-tiba dia paksa saya ikut dia pergi satu tempat. Saya tak nak masa tu. Dahlah masa tu Balqish kerja.

Saya tengah tunggu dia baliklah. Balqish dah janji dengan saya yang dia akan balik kampung sama-sama dengan saya. Aida datang tak berseorangan tau.” Terang Fareen.
Azrie mengangguk tanda faham apa yang dikatakan oleh tunangnya itu. Siapa yang datang dengan Aida tu?”

“Tak silap saya nama dia Emelyn. Dia orang tarik saya sampai saya nak jatuh. Sampai je tempat tu, Aida tolak saya lepas tu dia cakaplah pasal awak. Masa tu dia kurung saya. Saya dah tak tahulah nak buat apa masa tu. Saya fikirlah bagai nak gila untuk cari jalan keluar dari stor tu.

“Lepas tiga hari dia dia kurung saya, dia datang balik bawak makanan. Mula-mula saya tak nak makanan tu, last minute dia paksa saya makan. Seriusly saya memang tak suka dipaksa. Awak nak tahu tak dia buat apa kat saya bila saya cakap sesuatu kat dia?”

“Kejamnya perempuan tu. Menyesal saya get back dengan dia. Tapi saya dah fikir masak-masak yang saya nak putus betul-betul dengan dia. Saya sedar yang saya hanya cintakan awak sorang. Saya tak nak kehilangan awak... Teruskanlah cerita awak tu.” Ujar Azrie.

“Yelah tu. Aida terus simbah asid kat muka saya. Tapi nasib baik kena kat pipi. Kalau kena betul-betul kat muka atau terkena kat mata ke? Tak pasal-pasal saya jadi buta nanti. Last sekali saya cuba tolak dia sebab asid yang dia simbah tu, pedih sangat. First time kut saya berkasar dengan orang.”
“Lepas tu siapa yang hentak kepala awak sampai awak koma?”

“Dialah. Dia ambik pasu bunga yang berat tu then dia kejar saya dia terus ketuk kepala saya. Apa lagi, saya pengsanlah. Saya ingat saya mati kat situ. Rupanya alhamdulillah umur saya masih panjang lagi.” Jawab Fareen.

“Alhamdulillah. Awak jangan cakap macam tu lagi eh. Tak baik tau bakal isteri saya cakap macam tu. Kejap eh awak. Saya nak beli aiskrim kejap.”

Azrie bingkas bangun dan terus menuju ke gerai yang menjual pelbagai aiskrim di pantai itu. Cuaca panas begini sedap makan aiskrim...

Azrie memilih aiskrim yang paling mahal sekali buat Fareen. Mesti dia suka yang ni, desis Azrie. 

“Cik, saya nak dua aiskrim vanila coklat ehh. Jangan lupa tambah buah ceri kat atasnya. Kalau cik nak tambah apa-apa, tambahlah. Saya sanggup bayar.” Ujar Azrie pada mak cik yang menjual aiskrim di situ. Mak cik yang menjual aiskrim tu pantas mengukirkan senyuman setelah Azrie membuat bayaran.

“Nah, ni untuk awak...” Getus Azrie sambil menghulurkan aiskrim vanila coklat pada Fareen.
“Wah, terima kasih Azrie. Vanila coklat? Ada buah ceri lagi kat atas aiskrim ni. So sweet... Hehe!” Jawab Fareen.

“Eh ada bendalah kat bibir awak.” Tukas Azrie lalu mengelap bibir Fareen dengan tangannya. “Macam budak keciklah awak, makan aiskrim comot.”

“Isy apalah awak! Saya ingatkan apa benda tadi.” Fareen cepat saja menjarakkan dirinya setelah posisi Azrie makin rapat dengannya.

“Azrie, kenapa awak suka saya? Saya rasa saya tak layak untuk awak. Kat dunia ni kan ramai lagi perempuan yang lebih cantik dan setaraf dengan awak. Saya langsung tak sesuai dengan awak sebab saya ni kan cuma perempuan kampung.

Yang saya peliknya, kenapa mama awak nak sangat saya jadi tunang awak sedangkan dia pun baru kenal saya.” Luah Fareen. Barulah hari ni dia dapat meluahkan segala yang terbuku di hatinya kerana selama ni dia tertanya-tanya juga kenapa Azrie suka kepadanya.

Azrie tersenyum lagi lalu memegang pipi Fareen yang berbalut itu.

“Do you really want to know what sayang? Because I love you so much and about my feeling, I can tell you after we marriage.” Getus Azrie.

“Okay. I wait until we marriage. Azrie, Actually... Err. Takde apalah.”

“Just say it, sayang.”


“Takpe saya pun akan cerita lepas kita kahwin.” 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...