Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 12


Bab 12
“Sayang!” Getus Aida lalu melangkah masuk ke dalam pejabat Azrie. Azrie langsung tidak memandang kekasihnya itu sebaliknya dia fokus membuat kerja yang disuruh oleh setiusaha papanya, Syasya yang kuat protes itu.

“Azrie... I ada belikan you chicken chop ni. Jom makan sama-sama nak? Lagipun sekarang kan waktu lunch.” Ujar Aida prihatin.

“Aida, aku tak laparlah. Kalau kau nak makan, pergilah makan dulu. Wei macam mana kau boleh masuk sini hah? Nanti kalau ada orang nampak mampus aku.” Desis Azrie.

“Biarlah orang nampak. Biar semua staf kat sini tahu yang kita couple yang sweet! Kalau you tak nak makan, meh sini I suapkan. Rugi tau you tak makan.”

“Aku cakap aku tak nak makan, tak naklah! Yang kau sibuk sangat tu kenapa? Kalau aku panggil pengawal, kau jangan menyesal pulak.” Bentak Azrie.

“Okey, I keluar. Tapi esok jangan haraplah you boleh marah-marah I macam ni. Ingat, daddy I lagi kaya dari papa you. And I dengar papa you tengah berusaha keras untuk dapatkan tender dari syarikat daddy I...” Getus Aida sambil memasukkan kotak chicken chop di dalam plastik semula.

“Eh Sya, tu kan anak Encik Syahril yang baru jadi pengurus jualan di syarikat kita... Dia tak keluar lunch ke? Tapi anak dia memang handsomelah...” Ujar Nadia pada Syasya.

“Eh kau tak nampak ke ada budak perempuan dalam ofis dia tu? Maybe girlfriend dia ada bawak kan lunch untuk dia kut... Kita tak payah sibuklah. Jom sambung buat kerja.” Balas Syasya.

“Tengoklah Azrie, aku akan bagitahu papa kau yang kau curi masa kerja untuk dating dengan girlfriend kau... Aku bagi kerja, boleh dating pulak. Tak guna punya budak mentah!”


“Kau serius ke babe nak carik kerja kat KL tu? Aku risaulah kalau jadik apa-apa kat kau nanti aku jugak yang susah.” Ujar Balqish sambil mencuci pinggan.

“Seriuslah Qish... Aku dah bincang dengan keluarga aku dah pasal ni. Kau pulak? Lagipun aku nak jugak carik duit sendiri. Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?” Balas Fareen.

“Boleh tu memanglah boleh. Aku tak kisah. Family aku no hal. Aku dah cakap hari tu. Masalahnya sekarang, kat KL tu kan sesak? Bandar penuh dengan asap. Rimas aku...”

“Eh kejap, kejap. Aku rasa kau ada niat lain ni... Betul tak? Kau nak carik Azrie kan? Mengaku jelah Reen!” Usik Balqish lalu membaling buih pada sahabatnya yang sudah tersengih-sengih itu.

“Mana adalah! Kau tengok muka aku sekarang ni, ada muka aku macam nak jumpa Azrie ke? Takde kan...”

“Tahulah muka kau tu lawa! Tak payah tengok pun aku dah tahu macam mana.”

“Ambik ni!”

“Adoii sakitlah Reen! Kau ingat lengan aku ni ada lemak ke? Dahlah lengan aku ni kurus kering. Aku tak macam Qila yang berisi tu...” Ujar Balqish sambil mengusap lengannya.

“Amboi sedapnya korang duk mengata awek aku ehh!” Tegur Asyraf lalu membuang habuk yang disapunya tadi pada Fareen dan juga Balqish. Balqish bingkas bangun untuk menumbuk pipi Asyraf kerana sahabatnya yang seorang ini tidak tahu menjaga kebersihan. “Apalah kau Qish, tumbuk aku tak kuat...”

“Bila masa aku mengata Qila, ni ha Aqish selalu mengata awek kau tu... Tapi aku nak mintak 
maaflah bagi pihak Aqish...” Getus Fareen lalu tersenyum.

“Kalau Reen yang mintak maaf aku maafkan sebab dia ni baik orangnya. Kalau minah colgate ni aku was-was nak maafkan. Hahaha!” Ketawa mereka pecah berderai akibat si Asyraf yang selalu memanggil Balqish “Minah Colgate” kerana Balqish selalu menonjolkan giginya apabila bergambar bersama.

“Sampai hati korang kan...” Aqilah menyampuk lalu mencebikkan bibirnya.

“Kenapa pulak? Hati saya dah terlebih dah ni untuk awak...” Jawab Asyraf.

“Wekk!” Balqish sengaja membuat gaya muntah di depan Asyraf. Ketawa Fareen pecah berderai lagi melihat gaya sahabatnya ini. Kena marah baru tahu...

“Thanks korang sebab selalu buat hidup aku happy...” Desis Fareen.

“Asal cakap macam tu? Kau kan kawan kita orang... Apa orang kata tu? Friend Forever! Susah senang kita bersama. Jangan pulak aku susah, kau lari. Aku dah anggap korang semua ni macam adik-beradik aku. Ye tak?” Ujar Balqish sambil membetulkan tudung bawalnya yang senget-benget itu.

“Ye Puteri Balqish a.k.a Minah Colgate!” Getus Fareen, Asyraf dan juga Aqilah serentak.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...