Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 29

Bab 29
Selepas membayar tambang teksi, Fareen bergegas ke pantai. Dia sungguh rindu suasana di pantai ini. Setelah berbulan-bulan di KL, barulah dia dapat balik ke sini kerana di sana tiada tempat untuk dia meluahkan segala-galanya. Selalunya di pantai inilah dia menangis, menjerit sekuat hatinya dan macam-macam lagilah.

Dia leka bermain air laut seorang diri lalu dia sendiri tidak perasan yang air laut sudah terkena di kain baju kurungnya. Habis basah kuyup. Yeah, dah lama tak main air...

“Fareen kan?” Soal Aqilah yang sedari tadi memerhatikan Fareen dari jauh.

“Haah. Qila? Rindunya kat kau! Rindu nak borak gila-gila dengan kau. Mana Asyraf, boyfriend kau yang setia hujung nyawa tu?” Usik Fareen.

“Aku pun rindu sangat kat kau, Reen. Jom ikut aku balik rumah kejap. Ada something yang aku nak tanya kau ni...” Ujar Aqilah.

Aqilah pantas mengangkat beg Fareen lalu mengatur langkah ke rumahnya. Sebenarnya Aqilah tahu yang Fareen lari dari hospital. Baru Balqish memberitahunya tadi.

“Hari ni mak aku tolong jaga warung kau. Aku kesian tengok mak ayah kau wei. Sejak kau kerja kat KL tu sekarang, warung jarang bukak sebabnya mak cik Farah tak sihat sangat. Pak cik Hairul pun sama. Mungkin dia orang rindu sangat kat kau.” Getus Aqilah sambil melabuhkan punggungnya di atas beranda rumahnya.

“Aku tahu tu wei. Sebab tulah masa aku nak balik sini, aku kena culik. Tak nampak muka aku ni berbalut sebelah. Kepalaku pun balut. Dah macam mumia dah aku ni...” Omel Fareen sambil menunjukkan mukanya yang berbalut.

“Aku nampaklah Reen! Apa kes kau lari dari hospital ni? Cuba cerita kat aku...”

“Eh, macam mana kau tahu aku lari ni? Balqish sms kau kan? Isy aku baliklah kalau macam ni. Kalau boleh, aku tak nak sesiapa pun tahu yang aku kat sini. Kau ni janganlah contact Balqish lagi. Nanti kantoilah.” Bidas Fareen.

“Reen, aku bukan apa tau. Kita orang semua risaukan kau. Kau tu dahlah macam ni. Nanti keadaan kau bertambah parah tahu tak! Tapi Balqish cuma cakap kau lari je. Aku tak bagitahu dia pun yang kau kat sini. Malam ni kau tidur jelah sini. Macam biasalah yang kita buat dulu. Girl’s night! Hehe...”

“Hmm okey! Aku lari sebab aku tak nak bertunang dengan Azrie. Kau tahu sendiri kan muka aku macam mana? Kalau aku bukak balutan ni, lari kau! Pipi aku ni kena asid.” Ujar Fareen.

“Kira okey apa tunang dengan Azrie. Bukan dengan beruk! Azrie tu handsome apa. Baik, caring pulak tu. Sesuailah dengan kau. Semua ciri-ciri tu semua sama dengan kau. Kau cantik, baik, caring, pandai and semuanyalah! Maknanya korang ada chemistry yang sama.” Getus Aqilah.

“Dahlah lupakan jelah pasal Azrie tu. Aku benci dia! Sekarang ni aku nak rehat. Kepala aku sakit lagi ni....”
“Macam mana kau boleh benci Azrie pulak ni? Bukan dulu kau suka dia ke? Aku tahu kau sakit, jomlah masuk bilik aku. Kau rehatlah puas-puas. Malam nanti sambung gosip eh?” Usik Aqilah.

“Yelah Qila... Mulut murai betullah kau ni. Sama je macam Aqish. Kembar seiras betul korang ni. Jenis yang banyak cakap.” Tegur Fareen lalu menghempaskan badannya di atas katil Aqilah.


Walaupun banyak cakap, korang tetap sahabat aku dunia akhirat. Aku takkan lupakan korang sampai aku mati, detik hati Fareen.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...