Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 9

Bab 9
Hari ini merupakan hari terakhir percutian Azrie dan juga Ariff. Masing-masing sibuk mengemas barang-barang mereka agar senang dibawa pulang nanti. Dan hari ni juga hari terakhir aku jumpa Fareen. Lepas ni dah tak jumpa dah... Aku nak bagi alasan apa kat dia nanti eh, desis Azrie.

Azrie cuba mendail nombor Balqish beberapa kali namun gagal. Balqish langsung tidak menjawab panggilannya. Mungkin sibuk di warung agaknya.

Nak tak nak, aku kena jumpa sendiri dengan dia. Aku mesti bagi dia alasan supaya dia percayakan aku. Ya, kau boleh Azrie...

“Kau dah gila eh?” Tegur Ariff sambil memasukkan baju-bajunya di dalam beg. “Kenapa pulak?” Getus Azrie cuba mengelak.

“Hmm, kau ingat aku tak dengar ke kau cakap sorang-sorang dari tadi? Kita dah nak balik dah pun, kau ngigau eh... Ke tengah berangan cakap dengan si Fareen? Maklumlah lepas ni, dah tak jumpa dah.” Ujar Ariff. Kata-kata Ariff tadi membuatkan Azrie kecewa. Lantas dia menumbuk pipi sahabatnya yang mulut kepoh itu.

“Adoi sakitlah wei! Apehal tiba-tiba tumbuk aku ni? Betul apa aku cakap tadi. Kau terasa kan? Tu yang tiba-tiba tumbuk aku...” Desis Ariff sambil mengusap pipinya yang ditumbuk oleh Azrie itu. Sakit yang amat. Biasalah orang pandai silat kan. Tumbuk sikit dah terasa sakit. Belum kena pukul lagi. Parah ohh!

“Padan muka kau... Kau jangan ambik hati pulak. Aku gurau je tadi. Wei, nanti kau tolong aku check out eh? Aku nak pergi jumpa Fareen kejap.” Ujar Azrie lalu melangkah keluar dari shalet.

Belum sempat Ariff membalas kata-kata Azrie, Azrie terlebih dahulu keluar dari shalet itu. Dia ni memang dah angau cinta dengan si Fareen tu. Kalau Aida tau ni, habislah...


Deruan ombak di tepi pantai ini betul-betul membuatkan hati Fareen tenang. Dia tidak pernah jatuh cinta dengan sesiapa pun sebelum ni. Hatinya kini benar-benar terpaut dengan seorang lelaki yang kacak dan sering membuat hidupnya ceria.

“Hai awak...” Tegur satu suara yang amat dikenalinya. “Hai...” Jawab Fareen ringkas sahaja sambil mengangkat mukanya untuk memandang wajah lelaki itu. Maklumlah Azrie ni mempunyai tubuh yang sasa dan tinggi berbandingnya kecik je.

“Fareen, saya ada sesuatu  nak bagitahu awak ni...” Ujar Azrie lalu menarik tangan Fareen untuk duduk di bawah pokok kelapa.

“Cakaplah apa yang awak nak cakap tu.” Getus Fareen sambil mengangkat kainnya sedikit dari terkena pasir.

“Awak... Sebenarnya saya... Err, saya...” Azrie berasa serba salah untuk memberitahu perkara yang sebenar. Entah kenapa hari ini dia boleh tergagap-gagap pula. Selalu tak macam ni.

Aida dan Emelyn pantas mengatur langkah ke tempat kekasihnya yang sedang ‘hangat’ bercinta itu. Siaplah kau Azrie, detik hati Aida.

Pang! Aida lega kerana dapat menampar pipi gadis kampung yang berada di depannya ini. Sudahlah kampung, tak sedar diri pulak tu. Ada hati nak goda boyfriend orang, fikir Aida.

“Ni lah akibatnya kalau rampas boyfriend orang! Eh betina, kau dengar sini eh... Azrie ni boyfriend aku dan tak lama lagi dia akan jadi tunang aku. Yang kau menggatal dengan dia kenapa hah?!” Tengking Aida lantas menolak tubuh Fareen sehingga Fareen hilang kawalan lalu terjatuh di atas pasir.

Fareen langsung tidak menjawab kata-kata Aida yang sungguh menyakitkan lantas air matanya deras mengalir di pipi. Kalau nak ikutkan hatinya, dah lama dia pergi dari sini. Malu apabila maruah diri dipijak orang.

“Woi Aida! Kau dah gila ke hah? Aku dengan dia cuma kawan biasa jelah. Yang kau nak tuduh-tuduh dia apehal! Baik kau berambus sebelum aku naik angin.” Balas Azrie dengan nada serius. Dia pantas menarik tangan Fareen untuk bangun. “Awak okey?” Soal Azrie lalu menggenggam erat tangan Fareen.

Fareen yang sudah bengang dengan perbuatan Azrie itu pantas menarik tangannya semula. “Saya pergi dulu. Maaflah kalau saya ni pengacau hubungan korang...” Getus Fareen lalu melangkah jauh dari situ. Dia menangis semahu-mahunya.

“Blahlah kau perempuan kampung!” Jerit Emelyn sambil ketawa. “Nak menangis-nangis bagai... Puihh!” Balas Aida.

“Sini kau!!!” Getus Azrie lalu menarik tangan Aida.

“Sayang, sakitlah...” Desis Aida lalu terjatuh.

Bulat biji mata Azrie memandang kekasihnya yang gedik itu. Kalau Aida ni bukan perempuan, dah lama dia makan penumbuk aku.

“Macam mana kau tahu aku ada kat sini? Kenapa kau tiba-tiba datang lepas tu serang Fareen? Dia tak bersalah langsung dalam hal ni. Aku nak kau mintak maaf kat dia hari ni jugak!”

“Nama perempuan kampung tu Fareen? Haha dasar kampung. Mintak maaf? Eii sorrylah! Tak ingin I nak mintak maaf dengan perempuan tak  guna tu... Macam mana I tahu you ada kat sini? I dapat tahu dari Hadi... Opps sorry tercakap pulak!” Ujar Aida lalu menekup mulutnya.


“Okey kalau kau tak nak mintak maaf tak apa. Nanti aku balik KL, tahulah nasib budak tu macam mana. Pengkhianat!” 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...