Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 21

Bab 21
Fareen leka membelek telefon bimbit yang berjenama Samsung S3 Mini itu. Akhirnya dia memiliki telefon bimbit juga. Lepas ni tak adalah dia nak pinjam telefon Balqish hari-hari atau setiap kali dia rindu akan keluarganya di kampung.

“Balqish!” Laung Fareen.

“Ya, kau nak apa?” Jawab Balqish yang sedang khusyuk membaca novel lalu melangkah ke dalam bilik Fareen.

“Qish, boleh tolong aku tak?”

“Alah, macam tak biasa pulak kau ni. Apa dia?”

“Ni, aku tak pandai sangat nak guna telefon jenis yang macam touch ni. Kau buatlah apa yang patut eh? Aku nak masak kejap.”

“Wei! Kau nak masak apa?”

“Aku masak apa yang ada jek. Kalau takde rencah, alamatya maggi jelah! Hehe...”

“Reen, aku nak ikut kaulah pergi dapur. Seram sejuk aku kat dalam bilik ni. Dahlah hari ni malam Jumaat. Eii...” Getus Balqish lalu mengatur langkah ke dapur bersama Fareen.

Malam ni Azrie tidak dapat melelapkan matanya kerana asyik memikirkan kejadian pagi tadi. Apabila sebut nama Fareen pasti hatinya akan berbunga.

“Aku memang dah jatuh cinta. Fareen, kalau kau nak tahu, sejak kejadian tu aku dah mula tak nak tinggalkan kau. Kalau boleh aku nak kau sentiasa berada di samping aku.” Desis Azrie sambil tersenyum lalu jatuh ke bawah katil.

“Aduh!!!” Jerit Azrie sambil mengusap kakinya yang tersepit di bawah katil.

“Azrie... Anak mama okey kan? Bukak pintu ni kejap...” Ujar Puan Syazira risau apabila dengar seperti ada orang jatuh gedebuk seperti buah nangka.

Azrie cuba sedaya upaya untuk berdiri namun gagal. Kakinya sungguh lemah pada masa itu. “Mama bukak pakai kunci spare jelah. Azrie tak boleh bangunlah. Sakit kaki...” Balas Azrie.

“Ya Allah Azrie... Macam mana boleh jadi macam ni? Kaki kamu bengkak teruk ni. Nak mama call doktor peribadi kita ke? Kalau kamu tak nak, mama boleh ambilkan kotak first aid. Kejap eh nak...”
“Takpelah mama. Azrie okey.” Jawab Azrie sempat memaut lengan mamanya. “Mama, kalau boleh Azrie nak cepat-cepat bertunang dengan dia...”

“Siapa dia tu? Mesti calon menantu mama kan.”

“Azrie tahu, calon menantu mama tu nama dia Fareen Nuralisa kan? Fareen dah selamatkan nyawa Azrie mama! Kalau tekaan Azrie salah, Azrie tak mungkin akan kahwin dengan calon entah apa-apa mama tu. Please ma, Azrie cintakan Fareen sorang. Only her, mama... Azrie dah mula sayangkan dia macam Azrie sayangkan mama.” Ujar Azrie lalu menitis air matanya.

“Untuk pengetahuan mama, Azrie dah letak kan dia status yang paling istimewa dalam hati Azrie. Kalau mama tak percaya jugak, belahlah hati Azrie ni.” Getus Azrie sambil menghentak dadanya.
Puan Syazira tersenyum nipis. Dia hanya membiarkan saja anaknya mempertahankan cintanya pada menantu pilihannya iaitu Fareen. Biarlah segala-galanya menjadi rahsia hinggalah ke majlis pertunangan nanti. Puan Syazira sanggup buat apa saja asalkan anak lelakinya bahagia.

“Suka hati kamulah Azrie, nak cakap apa pun. Yang penting bakal menantu mama tu akan selalu di samping kamu nak...” Jawab Puan Syazira lalu melangkah keluar dari bilik Azrie.

“Kurang ajar punya perempuan!!!” Jerit Aida sendirian di dalam biliknya. Apabila terfikir tentang Azrie dan Fareen, Aida terus melemparkan gambar Azrie bersamanya di depan cermin. Hancur berkecai cerminnya itu lalu dia bertindak di luar kawalan.

“Ya Allah Aida! Apa yang kau buat ni? Bak sini kaca tu. Bahaya tau tak! Kau dah gila ke hah? Nasib baik aku datang. Kalau tak, berdarah tangan kau nanti.” Gumam Emelyn lalu merebut serpihan kaca yang dipegang oleh Aida.

“Babe, aku akan balas dendam. Aku takkan biarkan Fareen dapat Azrie. Aku nak bunuh dia wei! Kau tau Hadi ada kat mana sekarang ni?” Ujar Aida terkumat-kamit. Seluruh badannya menggigil akibat terlalu memikirkan kekasihnya, Azrie.

“Sabar Aida... Aku tak suka dengan cara kau ni. Aku tak nak kau bunuh Fareen disebabkan kebodohan kau sendiri.  Kau boleh kenakan dia secara diam-diam ke? Tapi kalau kau nak upah Hadi lagi, aku tak rasa tak mungkin kut.”

“Kenapa pulak? Hadi buat kerja bagus apa.  Kau jangan nak cabar aku Emelyn! Aku taulah kau tu syok kat Hadi kan? Sebab tulah kau tak bagi aku upah dia kan. Kalau macam ni lah perangai kau babe, kita putus kawan!”

“Wei Aida, apa yang kau merepek ni? Sejak bila pulak aku ni syok kat Hadi? Nak tengok muka Hadi tu pun aku menyampah. Lagi nak suka. Eii tolonglah. Aku boleh je tolong kau kenakan Fareen tu tapi dengan syarat.” Getus Emelyn.

“Syaratnya apa? Belanja kau makan?” Teka Aida.

“Pandai pun kawan aku sorang ni. Aku pun tengah lapar gila ni. Jom keluar makan? Sambil tu, kita boleh plan kenakan Fareen.”

“Eh sejak bila kawan baik aku ni pandai? Haha jom!”

Sedang Fareen leka menyeterika baju-baju rekaan Puan Syazira, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya.

“Assalamualaikum, sibuk ke?” Tanya Azrie lalu melabuhkan punggungnya di atas meja yang bersebelahan dengan Fareen.

“Waalaikumussalam. Kalau tak sibuk, dah lama saya goyang kaki kat rumah. Apa awak buat kat sini? Tak kerja ke? Bukan ke awak kerja dengan papa awak? Tak marah ke dia kalau awak buang masa dengan saya macam ni...”

“Amboi, banyaknya soalan dia. Saya kan anak bos. Lagipun kerja jadi pengurus jualan tu bukan susah sangat. Petik jari je... Takdelah awak, saya tengah lunch sekarang ni. Tu yang singgah sini kejap.”

“Kalau macam tu okeylah.” Jawab Fareen lantas tangannya mencapai botol lalu terpegang tangan Azrie. Dia cuba mahu melepaskan tangannya namun Azrie cepat saja memaut tangan gadis pujaannya itu.

“Awak janji dengan saya, boleh?”

“Janji apa? Azrie, saya tak selesalah kalau macam ni. Kita ni bukan muhrim. Kalau mama awak atau orang lain yang nampak, matilah saya dipecat nanti.” Ujar Fareen lalu melepaskan tangannya juga.
“Janji yang awak takkan tinggalkan saya lagi? Saya cintakan awak, Fareen. Please tolong percayakan saya, kali ni jek. Saya dah tak kisah dah apa orang nak cakap pasal kita. Biar semua orang tahu yang awak bakal jadi isteri saya satu hari nanti...”

“Azrie Haikal, apa yang awak merepek ni? Saya tengah kerja ni. Kalau tak saya report kat mama awak eh... Awak dahlah tipu saya dulu.”

“Tipu apa?” Getus Azrie cuma mengimbas kenangan dulu. Baru dia teringat yang dia pernah cerita dengan gadis ini bahawa dia berasal dari Felda dan juga pernah menyembunyikan perkara yang sebenar. Mungkin sebab itu Fareen sering mengelakkan diri setiap kali terjumpa dengannya.

“Awak... Maafkan saya. Saya terpaksa tipu awak sebab saya takut awak tak nak kawan dengan saya. Yelah saya ni kan asal dari keluarga yang berada. Tu yang saya tipu yang saya dari Felda semua. Fareen, saya tipu sunat je!” Bidas Azrie.

“Saya tak kisah nak kawan dengan sesiapa pun. Asalkan orang tu tak menipu. Dahlah awak. Saya banyak kerja nak buat ni. Bila-bila nanti kalau awak free, kita boleh jumpa kat Secret Recipe...” Desis Fareen sambil tersenyum nipis.
“Betul ni? Okey Fareen. Saya akan datang bila-bila masa je kalau saya free. See ya!”

Azrie, maafkan aku kerana terpaksa mengelakkan diri dari kau sebab aku kesiankan Aida, getus Fareen.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...