Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 30

Bab 30

Reen ad kt umah aq...
Balqish tersenyum lebar apabila menerima mesej dari sahabatnya Aqilah.  Dia lega kerana Fareen berada di rumah Aqilah. Senanglah kerjanya nanti. Dia copy mesej dari Aqilah itu lalu paste ke dalam group whatsapp yang ditubuhkan oleh Azrie itu.

Btul ke fareen ad kt umah qila?
Betullah. Buat ap sye nk tipu. qila yg ckp.
Klau mcm tu esok jgk sye bwk semua org gi sne
Aq nk ikut bro!

Ariff menyampuk sambil menghantar emotion ‘smile’ ke dalam group whatsapp itu.

Ikut jelah.... Tkde spe hlg kau. Naik kereta aq jek. Sbb mybe qish naik kereta aq dgn mak ayah fareen. About my mum, she drive her own car with my dad.
Bguslah. Lgipun dh lme aq x main air kat pantai port dickson tu. Wuu bestnya!
Bnyklah kau punya air! Org nk dtg meminanglah mangkuk...

“Assalamualaikum...” Ucap Farah sebaik sahaja sampai di depan pintu rumah anak jirannya, Aqilah.
“Waalaikumussalam, Farah. Dah sihat ke? Fareen ada kat dalam bilik. Masuklah dulu...” Balas Maria ak.a mak kandung Aqilah.

“Ni rombongan apa pulak ramai-ramai datang rumah saya ni?” Soal Maria terkejut melihat dua kereta yang konvoi ke rumahnya.

“Saya datang ni ada hajat besar...” Kata Puan Syazira lembut lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Maria.

“Betul tu cik. Dia orang ni semua parent Azrie. Bakal tunang Fareen. So hari ni parent Azrie datang untuk pinang Fareen. Surprise kan?” Ujar Balqish lantas melangkah ke dalam bilik Aqilah.

“Qila, mana Fareen? Tidur lagi ke?” Soal Balqish sambil mendekati Fareen.

“Kat sini haa. Rabun ke mata kau?” Getus Aqilah.

“Reen, bangun... Ramai orang datang kat luar tu nak jumpa kau.” Ujar Balqish lalu menepuk bahu Fareen yang nyenyak tidur itu.

“Ada apa nak jumpa aku? Aku ni bukan VIP pun...” Ucap Fareen lemah. Tersentak Fareen apabila pandang muka Balqish. Alamak! Kalau Balqish ada kat sini... Maknanya parent Azrie pun? Argh!!!

Fareen pantas mencapai selendang untuk menutup separuh mukanya yang berbalut. Lantas dia melangkah keluar juga dari bilik Aqilah untuk berjumpa dengan abah dan juga ibunya.

“Abah, ibu...” Getus Fareen sambil memeluk erat tubuh kedua ibu bapanya.

“Ada apa semua datang rumah kawan saya ni?” Tanya Fareen selamba.

“Fareen, kami sekeluarga datang ni ada hajat besar. Kami nak tunangkan Fareen dengan Azrie hari ni jugak. Tu, Azrie tunggu kat luar dengan Ariff. Dia kata, lepas pertunangan ni dijalankan, dia nak jumpa kamu.” Kata Puan Syazira lalu mendekati Fareen dengan memegang kotak cincin yang berbentuk hati.

“Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini Fareen Nuralisa binti Hairul sah jadi tunang Azrie Haikal bin Tengku Syahril. Insya-Allah majlis perkahwinan kamu berdua akan dijalankan bulan depan. Setuju?” Ujar Puan Syazira sambil menyarungkan cincin emas ke jari manis Fareen. Fareen terpaku di situ. Kali ni kenapa dia tak menolak? Padahal dia sungguh benci dengan lelaki itu sekarang.
“Setuju tapi saya kan tak sem...”

“Semua orang tak sempurna sayang...” Getus Puan Syazira sambil mengusap rambut lurus Fareen. Selendang yang dipakainya hampir terbuka kerana terkejut. Pertunangan secara mengejut. Siapa yang tak terperanjat kan?

“Mama dah berbincang dengan keluarga Fareen yang mama akan tanggung semua kos plastic surgery kamu di Singapore minggu depan.”

“Tapi puan? Saya tak layak dapat semua ni.... Puan terlalu baik dengan saya. Saya rasa bersalah pulak untuk terima semua pemberian Puan Syazira ni. Rumah, kerja, plastic surgery? Ya Allah, saya tak tahulah nak balas budi puan macam mana.” Getus Fareen lalu air matanya gugur lagi.

“Akak Fareen yang cantik, kakak memang layak dapat semua ni sebab mama dah anggap kak Fareen sebagai anak kandung dia. Bila abang Azrie cerita pasal akak dulu, mula-mula Zira tak boleh terima tapi bila tengok akak depan-depan sekarang ni... Zira rasa macam kak Fareen ni sesuai sangat jadi kakak ipar Zira.

Percayalah kak yang abang Azrie cintakan akak gila-gila! Sejak mula-mula abang jumpa akak dulu, dia cakap dia terpegun tengok akak cantik sangat... Perangai akak yang unik tu kan. Biasalah lelaki, kita mana tahu hati dia orang.” Terang Azirah panjang lebar sambil tersenyum pada Fareen.

“Selamat datang Fareen ke keluarga kami...” Ucap Tengku Syahril yang sedari tadi mendiamkan diri.
“Terharu saya tengok korang semua ni. So sekarang, Fareen anak angkat mak sah jadi tunang Azrie. Yeah! Saya ke dapur dulu, nak masak sikit. Mesti korang semua lapar kan?” Sampuk Maria.

“Eleh mak ni, Fareen yang bertunang... Mak pulak yang suka sangat. Apalah mak ni...” Getus Aqilah.
Ketawa mereka pecah berderai melihat gelagat Maria yang suka buat lawak itu. Bertuah Aqilah mempunyai mak kandung seperti Maria ni. Ada saja keletah dia....


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...