Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 18

Bab 18
Puan Syazira sedari tadi memerhatikan gelagat anak lelakinya yang sedang dilamun cinta sekarang ini. Baru sampai dah kena turun ke bawah, mengejar cintanya. Sah si Azrie memang sukakan menantu pilihannya. Buat masa ni dia tidak mahu memberitahu Azrie tentang rancangannya ini.

“Siapa perempuan seksi ni?” Tanya Puan Syazira sambil menjeling matanya pada Aida yang berpakaian ketat itu.

“Lupakan jelah pasal dia ma. Tak penting pun.” Jawab Azrie.

“Azrie, bukan ke you nak bagitahu mama you pasal hubungan kita? Kita kan nak bertunang...”
“Bertunang kau cakap? Baik kau berambus dari sini sebelum aku tukar fikiran. Aku tengah takde mood ni. Mama jangan layan dia.”

“Sebenarnya ada apa ni? Cuba terus-terang dengan mama...”

“Aunty, sebenarnya saya ni kekasih Azrie dan kita orang nak bertunang. Esok saya nak bawak Azrie jumpa keluarga saya pulak.” Ujar Aida.

“Ohh rupanya awak kekasih Azrie selama ni? Kenapa mama tak pernah tau pasal perempuan ni sebelum ni?”

“Mama, kan Azrie dah cakap perempuan ni main-main je. Azrie tak suka dialah ma. Berambuslah wei...”

“Hello, nama I Aida okey! I ni bukan orang asing tau. Ingat kalau bukan I, papa you takkan dapat tender tu...”

“Aida, jaga sikit mulut awak tu. Macam mana awak nak jadi menantu saya kalau awak tak pandai nak jaga mulut awak? Saya tengok perangai awak pun, saya menyampah. Tadi awak menghina Fareen depan mata saya. Sekarang ni awak kurang ajar dengan anak saya, Azrie. Mulai hari ni, saya tak nak tengok lagi muka awak. Jangan datang jumpa Azrie lagi!” Getus Puan Syazira naik dengan nada serius.

“Dengar tu sayang....Hahaha! Keluarga aku pun tak inginlah nak menantu macam kau. Blahlah!” Desis Azrie.

“Okey fine. I blah. Tapi you jangan ingat you dengan Fareen boleh selamat!” Bentak Aida.

Peduli apa aku dengan kau. Aku memang dah tunggu saat ni. Saat kena halau dengan Puan Syazira a.k.a mama aku. Dahlah kuat protes, ada hati nak kahwin dengan aku, desis Azrie.

“Azrie, kamu betul-betul sukakan Fareen ke?” Soal Puan Syazira tiba-tiba. Merona merah wajah Azrie apabila mamanya bertanya soal perasaannya terhadap Fareen.

“Ya, mama... Sebenarnya mama, Azrie dah lama suka dia. Sejak kali pertama Azrie jumpa dia kat Port Dickson.”

“Hmm maafkan mama Azrie, mama sebenarnya dah ada calon untuk kamu.”

“Apa? Calon? No ma. Azrie tak kenal dengan calon mama tu. Azrie tetap nak Fareen...” Getus Azrie lalu bergerak keluar dari pejabat mamanya itu.

Apabila Balqish melangkah ke bilik Fareen, dia mendengar sahabatnya mengeluh kemudian menangis. Adakah kerana dia menyebabkan Fareen menangis sebegini?

Aku kena buat sesuatu. Takkan aku nak biarkan kawan baik aku nangis teresak-esak macam tu. Tapi disebabkan aku ke dia nangis atau sebab lain? Tak, ni mesti sebab lain. Kalau tak, takkan dia nangis sampai macam tu sekali, desis Balqish lalu menolak pintu bilik Fareen untuk memujuknya.

“Reen, kau janganlah nangis macam ni. Maafkan aku pasal tadi. Aku takde niat pun nak buat kau macam tu. Sebenarnya bukan aku tak suka kau kat situ tapi aku memang sokong kau kerja kat butik Puan Syazira tu. Mana tau gaji kat situ lebih lumayan?” Ujar Balqish lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Fareen.

“Kalau kau sokong aku kenapa kau tak nak kerja sekali dengan aku? Hmm takpelah wei... Aku dah lupakan pun pasal tadi. Kau kan kawan aku. Sekarang ni masalah lain pulak yang datang kat aku. Pasal kerja kat butik Puan Syazira tu dah settle, cuma sekarang...”

“Sekarang apa? Cer cerita kat aku.”

“Kau tau tak sebenarnya Puan Syazira tu mak Azrie? Aku bengang wei. Tadi masa kat butik, aku tengah berbual dengan Puan Syazira pastu tiba-tiba Azrie datang dengan Aida...”
“Lahh yeke? Siapa pulak Aida tu? Menyemak je...

“Kau ingat tak perempuan seksi yang aku kau nampak dengan Azrie hari tu? Alah yang jalan sebelah Azrie masa kita mula-mula jejak kat restoran tu...” Getus Fareen.

“Ohhh perempuan perasan tu. Yang serang kau tu?”

“Haa yang tulah. Aku bengang sebab Aida tegur aku then dia hina aku depan Puan Syazira dengan Azrie. Sejak tu aku dah nekad nak berubah. Aku tak nak lagi jadi budak baik, sopan-santun bagai.”
“Baik jangan, Reen... Aku tak nak kau berubah jadi jahat! Aku lagi suka kawan dengan kau bila kau baik. Hehe.  Eh rambut kau lawalah. Saloon kat mana?”

“Hisy kau ni. Ke situ pulak. Aku bukan berubah nak jadi jahat. Aku cuma nak berubah sikit je. Aku nak ubah style aku. Biar mata Aida tu terbukak sikit. Kalau tak nanti dia asyik hina aku perempuan kampung aje. Rambut aku? Haha... Ni semua Puan Syazira yang paksa aku saloon. Tapi aku relakan jelah rambut aku di saloon.”

“Ohhh, aku nak jugak!” Biarlah Aida tu. Relakslah wei... Kita kan memang perempuan kampung. Kau nak emo apehal? Hahaha! Lagipun KL ni berasal mula-mula berasal dari kampung jugak. Kalau takde kampung, takdelah bandar en!”

“Kau kan pakai tudung! Aku sekeh kepala kau kang!” Getus Fareen lantas mengetuk perlahan kepala Balqish.

“Qish, jom solat? Borak dengan kau tak solat maghrib aku.” Ujar Fareen lantas melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“Jom...” Jawab Balqish.

Akhirnya Fareen dan Balqish berdamai juga. Nasib baiklah si Fareen ni pemaaf orangnya!


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...