Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 15

Bab 15
Pak cik yang bernama Azman itu pantas mengenalkan Fareen dan Balqish kepada lelaki yang sebaya dengannya. Mungkin lelaki itu merupakan sahabatnya yang menguruskan restoran mewah ini.
“Fuad, ada kerja kosong tak kat sini? Kalau ada, dia orang ni nak kerja kat sini.” Ujar Pak cik Azman pada Encik Fuad.

“Aku rasa ada. Sebab hari tu dua orang pekerja aku cabut. Aku peliklah dengan dua orang tu. Aku bagi gaji cukup, tengok-tengok lesap macam tu je...” Getus Encik Fuad lalu menggaru dahinya.

“Biasalah budak-budak sekarang... Makin menjadi-jadi perangai dia, Fuad... Takpelah daripada kau fikir pasal budak dua orang tu baik kau fikir pasal budak dua orang ni haa. Boleh gantikan tempat dia orang yang cabut tu.” Ujar Pak cik Azman.

“Betul jugak tu. Aku tengok budak yang kau bawak ni macam ada potensi...” Desis Encik Fuad lalu pandangannya berselang-seli pada Fareen dan juga Balqish.

“Budak, budak! Nama dia orang punya sedap kau panggil budak eh Fuad?” Usik Pak cik Azman.
“Nanti kalau dia orang dah kerja kat sini, pandai-pandailah aku panggil nama dia orang.” Getus Encik Fuad .

“Hmm, bila kita orang boleh kerja kat sini Encik?” Soal Balqish selamba. “Saya rasa esok awak boleh mula kerja kat sini. Tapi sebelum tu, saya nak uji salah seorang dari awak buatkan air yang paling sedap untuk saya. Boleh? Sebabnya ni restoran mewah tau? Kalau awak tak boleh buat, bila-bila masa saya boleh cari orang lain...” Ujar Encik Fuad serius.

“Takpe Encik Fuad. Kita orang boleh buat punya sebab saya dengan kawan saya ni dah biasa kerja kat kampung dulu. Alah setakat air, senang kacang je!” Getus Balqish. Fareen pantas menyiku lengan sahabatnya yang mulut becok itu. Aduh malunya dia apabila Balqish menceritakan pengalaman mereka di kampung dulu. Tapi bila difikirkan balik, seronok juga Fareen bekerja dengan sahabatnya sendiri.

Belum satu hari dia pergi meninggalkan kampung, dah rindu pada keluarga dan juga kawan-kawannya di sana.

“Awak nak buat air bukan calang air tau, saya nak awak buatkan cappucino satu untuk saya dan juga kawan saya, Pak cik Azman ni...” Tegas Encik Fuad.

“Eh aku tak payah. Aku ada banyak lagi kerja lain. Okeylah Fuad, aku balik dulu. Pandai-pandai kaulah eh!” Ujar Pak cik Azman lalu melangkah keluar dari restoran.

“Wei, betul ke kau nak buat air cappucino tu? Kita kat kampung mana pernah buat air mahal macam tu. Kalau kau tak tahu, biar aku jelah yang buat. Menyusahkan kau jek.” Dengus Fareen.

“Eh aku tau! Aku selalu bukak internet cari resepi benda-benda ni semua... Kau ingat aku tak try buat?” Balas Balqish lalu menyingsingkan lengan t-shirtnya.

“Memanglah tapi ni kan restoran mewah. Kalau kau buat tak sedap, habis kita tak dapat kerja ni.”
“Kau jangan risau... Ni Puteri Balqishlah wei.”

Dengan kemahiran yang Balqish ada semasa di sekolah menengah dulu, tangannya ligat membancuh cappucino yang dipesan oleh Encik Fuad tadi. Dia perlu memastikan cappucino itu tidak tawar kerana dia mahu dapat tawaran kerja ini bersama-sama sahabat dunia akhiratnya iaitu Fareen.

Balqish pantas membawa cappucino itu ke atas meja Encik Fuad. Fareen yang sedari tadi mendiamkan diri tersenyum puas sambil menunjukkan ‘thumbs up’ kepada sahabatnya.
“Cappucino Encik Fuad... Saya harap  air yang saya bancuh ni memenuhi cita rasa Encik.” Getus Balqish berdebar-debar.

Encik Fuad lantas mengambil air cappucino yang dibancuh oleh budak muda itu untuk merasainya. Sedap jugak walaupun budak perempuan yang bernama Balqish ini datang dari kampung. Dia fikir, Balqish tidak tahu apa-apa pasal cappucino. Ternyata tekaannya salah. Cappucino ini sungguh enak.
“Awak berdua diterima. Esok boleh mula kerja.” Getus Encik Fuad.

“Betul ke Encik Fuad? Alhamdulillah terima kasih Encik!” Jawab Balqish sambil memeluk Fareen.

“Aduhh!” Teriak Fareen lalu terjatuh di atas jalan. Balqish yang melihat kejadiaan itu pantas mengangkat sahabatnya yang hampir dilanggar kereta itu. Nasib langgar tepi aje.
Puan Syazira lantas turun dari keretanya lalu mendekati seorang budak perempuan yang hampir dilanggarnya.

“Adik okey?” Sapa Puan Syazira lembut lalu membantu Balqish menarik lengan Fareen yang cedera ringan itu.

“Okey apanya mak cik! Lutut kawan saya ni dah keluar banyak darah, mak cik boleh tanya okey lagi?” Marah Balqish. “Tak mak cik, saya okey...” Jawab Fareen lalu menjeling tajam pada Balqish.
“Mak cik hantar kawan kamu ke klinik ya? Kebetulan mak cik nak ke butik sekali.”

Setelah diperiksa, mujur kaki Fareen tidak cedera parah. Cuma banyak darah yang mengalir dari lututnya. Mungkin lutut Fareen tergesel di atas jalan sebab itulah kainnya terkoyak sedikit.
“Lain kali kalau nak lintas jalan tu tengok kiri kanan...” Getus Balqish sambil membantu nurse membalut lutut Fareen.

“Ya Qish... Manalah aku tau aku nak jatuh tadi.”

“Maafkan mak cik ya nak... Mak cik betul-betul tak sengaja tadi. Sebagai balasan, mak cik nak bagi kamu apa ya?” Ujar Puan Syazira lalu menggenggam erat tangan Fareen.

“Haa apa kata mak cik bagi kita orang rumah? Lagipun sekarang kita orang tengah cari rumah sewa ni. Boleh kan mak cik?” Jawab Balqish selamba.

“Bagus jugak cadangan kamu tu... Mak cik ada beli apartment dekat-dekat sini dulu tapi apartment tu takde orang. Maklumlah anak mak cik dua orang aje. Tu pun tak pandai berdikari lagi. Rasanya kalau kamu berdua nak tinggal kat apartment tu boleh tapi dengan syarat...
“Syarat apa mak cik?” Jawab Fareen lembut.

“Syaratnya, kamu berdua tak payah bayar sewa sebab apartment tu ditanggung sepenuhnya oleh mak cik. Kamu berdua jangan risau, mak cik akan pastikan kamu berdua selamat tinggal kat sana. Nanti sebelum mak cik pergi butik, mak cik tolong hantarkan kamu berdua kat sana ehh...”

“Oh ya, siapa nama mak cik eh?” Tanya Balqish.

“Nama mak cik, Syazira... Kamu berdua siapa nama?”

“Syazira? Puan Syazira?” Getus Fareen. Nama itu sama dengan pemilik butik yang dimaksudkan oleh Pak cik Azman petang tadi.

“Hmm rasanya tak perlu kot tahu nama kita orang sebab nanti lama-lama mak cik akan tahu jugak nama kita orang. Hehehe...”

“Kenapa? Ada yang tak kena ke dengan nama mak cik?” Getus Puan Syazira pada Fareen yang sudah tergaru-garu kepalanya yang tak gatal.

“Betul ke mak cik ni pemilik butik dan pereka fesyen yang terkenal tu?” Tanya Fareen lalu Puan Syazira tersenyum.

“Err, maafkan kawan saya mak cik. Dia ni memang macam ni kalau dah accident.” Bidas Balqish. Kemudian, mereka bertiga keluar dari klinik swasta itu dan terus masuk ke dalam Mercedes Benz milik Puan Syazira.

“Sampai hati Balqish cakap aku macam tu...” Desis Fareen di dalam hati sambil memandang ke arah luar tingkap.

Alhamdulillah dengan takdir Allah swt Fareen dan juga Balqish menemui Puan Syazira yang berhati mulia itu. Benarlah kata orang, Fareen ibarat durian runtuh kerana tiba-tiba mendapat rezeki dengan memiliki apartment mewah yang ditanggung percuma oleh wanita yang berkulit kuning langsat dan memakai shawl itu.

“Ya Allah, engkau murahkanlah rezeki Puan Syazira kerana dia sudah banyak membantuku...” Getus Fareen sambil merenung wajah wanita itu di sebelahnya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...