Sunday, 22 March 2015

"Mimpi..."

Assalamualaikum....


Semua manusia di dunia ni mesti pernah bermimpi bukan? Ya mestilah... Tapi kadang kadang aku tak mimpi. Dalam tidur tu gelap aje. Syukurlah kalau kita tidur keesokkan harinya kita bangun semula. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di bumi Allah swt. Sekarang ni aku nak bercerita dengan korang pasal mimpi.

Mimpi apa? Jom layan... :)

Aku tak taulah sejak kebelakangan ni aku asyik mimpi orang yang sama jek. Takkan Allah nak tunjuk dia jodoh aku kut? Tak mungkin, tak mungkin! Aku tak suka dia. Kan aku pernah cakap yang aku cuma suka dia sebagai kawan. Tak lebih dari tu pun. Kenapa aku tak nak couple dengan dia? Sebab aku tak nak perasan. Aku tak nak syok sendiri lagi. Sebab couple tu haram.

Dahlah mimpi tu pelik. Aku taulah mimpi tu cuma mainan tidur. Tapi ustazah cakap kalau mimpi benda yang sama 3 kali berturut turut maknanya...? Maknanya akan jadi kenyataan satu hari nanti? Imposibble! Aku tak jangka yang benda ni akan berlaku. Ramai orang cakap yang dia suka aku. Aku tak nak sebut nama dia nanti kalau dia jumpa blog aku ni mampus! Hmm...

Kalau Miss Simple dah bercerita, macam karangan lohh! Ekceli aku buat blog ni pun sebab nak bercerita tentang kisah hidup aku. Ya Allah, kan bagus kalau semua mimpi aku jadi kenyataan... Mimpi yang baiklah. Mimpi yang mendatangkan faedah bukan mendatangkan keburukan. Ish apa yang aku merepek ni. Huh?!

Yang aku peliknya dalam mimpi tu, dia sakit aku siap bawak balik rumah lagi. Aku ingat lagi kata kata mak aku dalam mimpi tu. Dia yang aku maksud kan tu sebenarnya pendiam orangnya. Dia akan bising dengan kawan kawan dia aje. Alah lebih kurang macam akulah. Sama je dua kali lima. Cukuplah aku gelar dia sebagai A. Dalam mimpi tu dia demam tau. Waktu sekolah pulak tu.

Then aku tolong pegang bahu dia, aku bawak balik rumah. Hairan... Ni mimpi hari ni. Dalam minggu ni, aku banyak kali mimpi dia. Entah-entah... Takkan dia rindu aku kut? Lagilah mengarut! Tapi aku tengok kat internet kalau kita mimpi orang tu banyak kali tandanya dia rindukan kita. Ye ye jek. Err -..- Ada yang cakap dia tengah fikirkan kita. Hmm siapalah aku ni yang dia asyik nak fikir.



1 comment:

Cik Nadyya said...

hehe kadang2 insan yg salu kite kata.. "aku angap dia kawan jela" rupanya dia la jodoh kite. n dia la salu ade dgn kite.. huuu :)