Skip to main content

BUKAN GADIS BIASA - SINOPSIS

 



Mungkin orang ramai menganggap aku sebagai attention seeker meskipun sahabatku sendiri. Dengan caraku yang suka berkongsi tentang hidupku di sosial media. Sejak dari dulu lagi aku begitu kerana aku sering menulis kisah hidupku kadang aku mencoretnya di buku nota sekolahku pada zaman kanak-kanakku dahulu. Aku menulisnya tetapi aku menukar semua watak, latar tempat dengan situasi yang berbeza tetapi itu merupakan kisah hidupku. Aku juga melakukan itu sejak wujudnya status dan story di segala laman sosial media. 

Ramai yang mengecamku dan turut membenciku hanya kerana mereka mengganggap semua yang aku lakukan itu hanya mencari perhatian mereka sedangkan aku sememangnya begitu. Niatku hanya berkongsi apatah lagi sekarang aku sudah jauh dengan keluargaku, aku mahu mereka tahu tentang diriku di sini bagaimana. 

"Jangan sibuk cari kesalahan orang lain sedangkan kau tak duduk kat tempat orang tu. Cermin diri kau tu dulu. Kenapa? Kau ada masalah hidup ke sampai nak dengki sangat?" - Amelia Adriana

"Aku tak nak kau jadi perempuan yang lemah. Abaikan mereka yang membenci kau, aku akan selalu ada dengan kau. Jangan risau, aku akan protect kau tak kira masa kalau kau perlukan aku, aku ada je untuk kau," - Ammar Wafi

"Dasar attention seeker, dahlah cakap dekat semua orang yang Rania rampas aku dari kau. Kau masih menaruh harapan dekat aku kan? Eh semua orang tahulah kita tak pernah ada apa-apa." - Aizat Danish

Selama setahun Amelia Adriana bertahan bekerja di tempat itu hanya kerana komitmen sehingga satu tahap mentalnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia mahu berhenti kerja dalam masa yang sama dia diuji dengan ujian yang berat sehingga dia rasa dia tidak mahu hidup lagi di dunia ini. Muncul pula seorang lelaki yang merupakan pengurus di tempat kerjanya dan identiti sebenarnya terbongkar. Amelia Adriana mula takut kerana lelaki yang selama ini dia percaya tapi sebenarnya ketua mafia. 

Mampukah Amelia Adriana dapat bertahan dengan semua ujian yang menimpanya? Ammar Wafi pula menyimpan perasaan yang mendalam sehingga tidak mahu melepaskan Amelia Adriana. Dia mengorbankan egonya hanya kerana gadis itu. Amelia Adriana keliru. Benarkah dia sudah mula jatuh cinta dengan ketua mafia?



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...