Skip to main content

Cerpen : Rindu Di Jiwaku

Enjoy it :) 

Sampul surat yang terletak di atas meja itu langsung tidak dibuka. Menurut ibu, sampul surat itu ada seseorang yang memberikannya semasa aku di luar negara. Ibu tidak mahu membukanya kerana mahu menunggu aku balik. Hatiku terdetik ingin membuka sampul surat tersebut namun ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali menghubungiku. Siapa ni?

“Hello?” sapaku dalam talian. Tiada suara yang menyahut. Aku pantas mematikan talian. Dah dua tiga kali cakap hello tak ada yang menyahut baik aku matikan, omelku sendirian.

Aku terpandangkan bingkai gambar di atas meja. Gambarku bersama teman lelaki aku dulu. Serta-merta aku teringat kenangan-kenangan yang pernah kami cipta dulu. Tapi malangnya aku terpaksa melanjutkan pelajaranku di Hong Kong. Dah dapat biasiswa belajar kat sana, pergi jelah. Takkan nak tolak.

Dulu semasa kami bercinta, aku jarang bertemu dengannya. Paling tak pun, empat bulan sekali atau tak bertemu langsung. Hanya berbalas whatsapp saja. Kadang-kadang tak juga. Aku teringin nak bercinta macam orang lain tapi dia berbeza. Ya, dia sungguh berbeza dengan lelaki lain. Dia akan keluar dengan kawan-kawan dia saja. Sebab itulah aku jarang keluar dating.

Semasa aku mahu bertolak ke Hong Kong pun aku langsung tidak memberitahunya kerana aku tahu dia sibuk pada masa itu. Ada juga aku menunggu mesej atau panggilan daripadanya namun dia langsung tidak menghubungiku. Aku tahu kalau dia sibuk dia memang langsung tak contact aku. Aku memandang sampul surat itu. Agaknya apalah isi dalam sampul tu. Teringin jugak nak tahu.

Mataku buntang apabila memandang isi dalam sampul surat itu. Kad jemputan ke majlis perkahwinan seseorang yang amat aku kenali. Aku kenal dengan nama itu. Ya Allah dugaan apa yang engkau berikan kepadaku ini? Asyraf mahu berkahwin dengan Atirah. Dia berkahwin dengan cinta pertama dia. Habis aku?

Aku terduduk di atas lantai. Kad jemputan itu jatuh dari tanganku. Air mataku deras mengalir. Sampai hati Asyraf buat aku macam ni. Nak kahwin tapi tak bagitahu aku. Maknanya hubungan kami putus. Semasa di Hong Kong, aku tidak pernah melupakannya sikit pun. Setiap hari aku ingat dia. Malah bingkai gambar yang terletak di atas meja itu aku langsung tidak mengubahnya kerana aku setia dengannya. Tapi dia? Kenapa dia buat aku macam ni...

Setiap hari aku merindukannya dan setiap malam juga aku akan berkata dengan diriku yang aku akan setia dengan dia. Dia sudah memberikan aku harapan. Sedang aku leka melayan perasaanku sendiri, telefonku berdering lagi. Sekali lagi nombor yang tidak dikenalinya tertera di skrin telefon.

“Hello... Hello... Hello!” Tiada siapa yang menyahut. Aku terus matikan talian. Gila agaknya orang ni. Salah nombor kut. Kalau salah nombor kenapa dia telefon aku berkali-kali? Argh!

Tiba hari majlis perkahwinan itu, aku bersiap ala kadar saja. Aku menyapu sedikit bedak di bawah mataku bagi menutup bengkak. Setiap hari aku menangis kerana memikirkan Asyraf. Namun apakan daya. Aku reda. Dah jodoh dia dengan Atirah. Nak buat macam mana.

Sampai di kampung halamannya, aku memakirkan motor skuterku di rumah Amira. Lamanya aku tak jumpa dia. Dia pun dah lama tak balik rumah dia. Maklumlah dia sudah bergelar isteri orang. Dah ada anak satu dah pun.

Aku sempat mengerling rumah Asyraf. Tertutup saja. Mungkin dia tengah bersiap atau dah ada kat rumah Atirah. Aku cuba memujuk hati sendiri.

“Dila!!!” Laung Amira dari jauh. Dia terkocoh-kocoh berlari mendapatkanku. 

Aku tersengih lantas memeluknya. “Rindu doh kat kau,” ujarku padanya.

“Haa, tau takpe. Kaulah. Aku dah lama tak jumpa kau. Kau pergi mana? Tiga tahun menghilang pergi mana entah. Aku tanya ibu dengan ayah kau, dia orang cakap kau lari! Hahaha gila kau ni.”

“Lari pergi Haked! Haha. Aku sambung belajarlah weh. Lepas jadi pengapit kau aku terus dapat biasiswa dari institut pendidikan suruh aku pergi HK,” terangku.

“HK? Apa benda tu?”

“Hong Konglah!”

“Oh yeke. Maaf saya tak tahu! Bila kau graduate ni?”

“Hmmm akhir tahun ni. Aku ajak ibu tapi tak tahulah ibu boleh ikut ke tak,”

“Dila, aku nak mintak maaf kat kau...” kata Amira sambil memeluk bahuku.

“Dah kenapa nak mintak maaf kat aku? Kau buat salah apa kat aku?”

Amira diam. Dia tidak sampai hati mahu meneruskan kata-katanya. “Asyraf ada tanya aku pasal kau. Dia cari kau tapi aku tak tahu kau kat mana. Setahun weh dia cari kau. Aku dah pujuk dia cakap yang kau akan balik.” ujarnya serba salah.

“Yeke dia cari aku? Aku tak percayalah. Kalau dia cari aku, kenapa dia nak kahwin jugak dengan Atirah?” 

Belum sempat Amira mahu meneruskan ceritanya, Mak Idah mengajak kami pergi ke rumah Atirah kerana tok kadi sudah sampai untuk memulakan akad nikah.

Amira mengajak aku masuk tapi aku hanya berdiri di luar. Sungguh aku tidak sanggup untuk melihat semua ini berlaku di depan mataku sendiri. Ya Allah, kuatkanlah aku...

Akhirnya aku masuk juga dan duduk di sebelah Amira. Semasa tok kadi melafazkan akad nikah, Asyraf memandang Atirah. Dia terpaksa memilih gadis itu sebagai teman hidupnya kerana dia simpati terhadap cinta pertamanya itu yang hampir bunuh diri akibat putus cinta. Dia terpandangkan seseorang. Seseorang yang amat dia kenali. Gadis itu sungguh cantik sekali apabila memakai selendang. Makin cantik dia sekarang.

“Ad....” Desisnya di dalam hati. Hatinya meronta-ronta untuk mendapatkan Adila. Gadis yang amat dicintainya itu selepas Atirah. 

Asyraf terus bangun dan dia meminta maaf kerana dia tidak sanggup untuk meneruskan pernikahan ini. “Saya mintak maaf semua sebab saya terpaksa batalkan pernikahan ni.” katanya lalu menghampiriku dan menarik tanganku. 

“Asyraf what are you doing?!”

Asyraf tidak membalasnya lantas dia menyuruhku masuk ke dalam keretanya. Aku hanya akur. Sepanjang dalam perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Sekali-sekala Asyraf merenung mukaku. “Ad, saya masih sayang kat awak...”

“Awak memang gila. Awak tak kesian ke kat Tirah? Sanggup awak batalkan pernikahan tu? Mesti dia kecewa. Awak ni...”

“Ya, saya memang gila. Saya gilakan awak. Tiga tahun awak menghilang pergi mana? Lari kan. Semua orang cari awak. Setahun saya cari awak lepas tu Mira pujuk saya yang awak akan balik. Tapi tiga tahun Ad. Tiga tahun saya merana dan akhirnya saya memilih Tirah dan sekarang awak dah balik.”

Aku diam. Aku tak mampu nak cakap apa-apa pada masa itu. Sampai di bukit broga. Asyraf sekali lagi menarik tanganku. Dia mengenggam erat tanganku dan memaksaku duduk di salah satu pondok di bawah bukit itu.

“Kenapa awak lari dari saya Ad? Awak tau tak yang saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya tapi awak? Entah-entah awak curang kat sana.”

“Asyraf! Jangan sebut perkataan curang tu lagi. Dalam kamus hidup saya, saya tak pernah sikit pun nak curang dengan orang yang saya sayang. Saya hilang sebab saya pergi sambung belajar kat Hong Kong. Lepas tu saya tenangkan fikiran saya sekali kat sana. Tak adalah nak stres asyik layan perasaan saya menunggu awak yang langsung tak contact saya. Sibuk sangat kerja. Tak pun sibuk sangat dengan Tirah tu.” Getusku. Air mataku mula mengalir.
“Saya rindu sangat kat awak Ad sampai saya telefon awak pun saya tak mampu nak cakap apa-apa...”

Aku tidak mahu memandangnya lalu aku menjauhinya. Cukuplah dah tiga hari aku menangis sebab dia. Takkanlah aku nak nangis lagi sebab benda bodoh ni? Sekarang aku dah tahu dah siapa yang telefon aku hari tu. Dia rupanya haih.

Aku menghentikan langkahku. Aku menghampirinya semula. “Awak masih cintakan Tirah? Awak jujur dengan saya atau kita putus hari ni jugak. Saya nak awak teruskan pernikahan tu.”

Asyraf menggelengkan kepalanya. “Saya dah lama lupakan dia lepas awak hadir dalam hidup saya. Saya anggap dia kawan je sekarang. Saya terpaksa kahwin dengan dia pun sebab saya kesian kat dia. Dia hampir bunuh diri sebab putus cinta. Sorry Ad. Saya mintak maaf sangat-sangat atas perangai saya dulu. Perangai saya yang selalu abaikan awak dan tak hargai awak. Sampai hari jadi awak pun saya tak pernah ingat.”

“Saya dah lama maafkan awak,” kataku lalu menahan teksi untuk kembali ke kampung. Aku mahu mengambil motor skuterku.

Semasa perjalanan ke rumah, aku asyik memikiran keadaan Asyraf. Aku berasa serba salah kerana meninggalkannya begitu saja tadi. Patut ke aku tinggalkan dia macam tu je tadi? Mesti dia frust. Tiba-tiba ada kereta yang menghentam motor skuterku lalu aku terbalik di atas keretanya. Ini ke pengakhiran hidupku?

Tiga bulan berlalu...

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku memandang ayah dan ibu yang sedang mengalunkan bacaan yasin untukku.

“Ayah... Ibu... Dila kat mana ni?” soalku. Aku merasakan kepalaku dan seluruh badanku sakit. Kepalaku berbalut.

“Alhamdulillah. Anak ibu dah sedar. Dila kat hospital. Dila kemalangan tiga bulan yang lepas. Ibu dengan ayah sedih sangat bila dengar keadaan Dila yang koma dan kritikal. Motor skuter Dila rosak. Ayah dah ambik dah. Ada kat rumah tu haa,” ujar ibu sebak. Dia memelukku erat.

“Dila koma? Ya Allah. Kenapa Dila tak sedar semua ni berlaku kat Dila? Patutlah Dila mimpi macam-macam. Dila selalu dengar ada orang bercakap-cakap dengan Dila masa Dila tengah koma.”

Ibu senyum. “Yang bercakap-cakap tu Asyraflah. Hari tu dia datang dengan Amira, Atirah pun ada sekali. Kawan-kawan Dila yang lain pun datang jugak tengok Dila.”


Petang itu Asyraf datang. Kebetulan aku baru bangun tidur. Semalam seharian aku tak tidur kerana menghabiskan masa dengan ibu. Ayah datang sekejap saja kerana ada kerja.

“Assalamualaikum sayang,” ucapnya. Dia duduk di sebelahku. Dia meletakkan patung beruang di sebelahku.

“Waalaikumussalam. Siapa suruh beli ni?”

“Saja nak beli. Awak kan suka. Ni sempena hari jadi awak hari tu,”

“Terima kasih. Awak...”

“Ya sayang...” Asyraf hanya merenung wajahku. Sudah tiga bulan aku koma dan tidak sedarkan diri. Menurut ibu, setiap hari Asyraf datang melawatku. Asyraf juga mahu melamarku di sini.

“Betul ke awak nak nikah kat sini? Awak tak nak tunggu saya keluar dari hospital?”

Asyraf mengangguk. “Esok pagi keluarga kita semua datang dengan tok kadi sekali. Saya takut hilang awak. Sebab tulah saya nak kita nikah kat sini,”

Aku mengerutkan dahi. Dia ni biar betul?

“Awak serius? Awak tak main-main kan Asyraf?”

“Saya nak main-main apanya. Seriuslah. Kalau awak tak percaya, tanyalah ibu awak. Esok semua akan datang. Saya tak sabar nak kahwin dengan awak. Saya dah lama tunggu saat ini. Saat hubungan kita akan jadi halal.”

“Awak tahu masa awak kemalangan tu, saya jadi tak tentu arah. Saya takut sangat hilang awak. Saya selalu doa yang awak akan cepat-cepat sedar dan sekarang saya besyukur Allah SWT masih bagi peluang kat saya untuk melamar awak.” sambung Asyraf.

Air mataku mengalir. Aku terharu sangat dengar dia cakap macam tu. Mungkin betul yang jodoh aku kuat dengan dia.

Keesokannya, aku terkejut apabila melihat ramai yang berkerumun di katilku. Asyraf dan juga tok kadi melafazkan akad nikah di sebelahku. Jantungku berdegup dengan kencang sekali. Macam tak percaya yang aku akan nikah kat hospital.

“Aku terima nikah Nur Adila binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 80 tunai,” ucap Asyraf dengan lancar sekali. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya. Alhamdulillah.

Aku mengucup tangannya dan Asyraf mencium dahiku. Aku terasa getaran di jiwaku. Akhirnya rindu yang terpendam selama ni terluah juga. “Saya janji saya akan jaga awak. I love you sayang...”

“I love you too...”

Sayang 
Ku masih di sini terasa sedih menyaksikanmu

Sayang 
Ku masih berkhayal terasa dekat engkau merayu

Bila kau bersanding nanti
Engkau lupakan diriku
Bila kau menangis nanti
Kenangkan diriku

Sayang
Ku masih di sini terasa sedih menyaksikanmu

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...