Skip to main content

Si Putih Whitey...

Assalamualaikum...

Habis kelas je terus pergi library sebab nak update blog yang asyik terbiar je. So now Ira nak aktifkan balik blog ni. Nak naikkan traffic. Nak jugak merasa duit nuffnang. Huhu. Sape si putih whitey tu? Haa, kucing family Ira. Kesian dia hari hari duk dalam sangkar. Kadang kadang je dia keluar. Tu pun sebab nak bagi dia makan. Kalau tak nanti dapat je keluar suka sangat turun bawah. Rumah Ira apartment...

Si putih whitey ni kuat makan tau. Kuat makan, kuat berak. Biasalah kucing. Nak buat ape lagi selain makan tido makan tido pastu berak hehehe. Kenapa nama dia putih whitey? Sebab bulu dia semua warna putih. Ekor dia je ada sikit belang belang hitam. Sikit je sampai kita orang ingat ekor dia tu terkena minyak.

Haa yang whitey tu dalam bahasa melayu dia putih lah. Family Ira ramai yang panggil dia whitey. Kadang putih. Tak tentu. Nak tengok gambar dia? Nanti Ira upload ye. Gelagat gelagat si putih whitey ni. Ira bersyukur sangat kat Allah sebab Allah hadirkan si putih whitey ni dalam rumah kita orang. Dulu Ira nak sangat ada kucing. Haa sekarang dah ada, kenalah jaga elok elok.

Bila scroll post post kat fb, seronok sangat baca fakta pasal kucing. Kucing pembawa rezekilah and macam macam lagilah. Ira nak sangat bela kucing bukan sebab apa. Sebab rindu sangat. Dulu masa Ira duduk kat Jb, kucing Ira banyak. Sekarang sekor je sebab duduk apartment kan. Susah sikit nak bela banyak banyak.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...