Skip to main content

Friend Zone

Assalamualaikum...

Dah lama betul budak kecik ni tak membebel dalam blog ni. Sekali membebel 100 muka surat pun tak cukup. Haa, sekarang ni Ira cuma nak cakap pasal FRIEND ZONE.

FRIEND ZONE APAKAH?

Image result for friendzone quotes
Ni lah dia FRIEND ZONE. Bagi Ira tak susah pun nak masuk zon kawan ni. Kalau tak talam dua muka, Ira kawan jelah dengan semua orang. Kawan dengan semua orang tak bermaksud nak bercinta terutamanya kalau kawan dengan ramai kawan lelaki. Just kawan je. Tak lebih. Macam Ira sekarang, walaupun bergaul tak kira lelaki ke perempuan, semua Ira kawan. Ira cuba jadi pendengar yang baik, caring kat dia orang. Tapi Ira dah pesan kat diri Ira, Ira takkan rapat sangat dengan seseorang tu. Mungkin akan memudaratkan diri korang.

Ira cakap ni betul. Ira malas nak rapat dengan orang sangat. Kawan gitu2 je bolehlah. Sebab tulah Ira masuk ke alam FRIEND ZONE ni. Takde perasaan kat lelaki, cuma perasaan sebagai kawan je. And then... Cuba memahami apa yang dia orang rasa... Ambik berat... Apa lagi? Kalau ajak lepak try lah join lepak tapi berpada pada k. Jangan sampai korang terjebak dengan budaya lepak tu. Acah2 je. Haha. Kau pun lepak jugak Naddy. Eh Ira ke Naddy? Mana2 jelah. Dua2 nama aku. Hehe.

So, jangan fikir bukan2 kalau korang nampak perempuan tu rapat dengan lelaki ke apa ann. Normal lah. Orang nak bergaul. Tapi kalau dah melampau sangat tu. Tu terpulanglah. Ira tak nak masuk campur. Cukuplah Ira pernah jadi teruk dulu. Mungkin Ira jadi teruk dulu sebab stres kot. Alhamdulillah Allah masih lindungi Ira... 

Orite, setakat ni jelah nak cakap pasal zon kawan ni... Good luck k. Kawan, kawan jugak. Tapi tengok dengan siapa kita berkawan. Kalau dia teruk, tak semestinya awak nak ikut perangai buruk dia. Kenalah pandai pertimbangkan. 

*P/s : Hope dapat jumpa kawan yang baik :)

Comments

Anonymous said…
"Normal lah. Orang nak bergaul."

Antara perkara yg mematikan hati ialah sering berbicara dgn ajnabi. Haa camne tuh? ^^

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

Tanda-tanda lelaki betul-betul sayangkan seseorang

Assalamualaikum guys... 1. Dia selalu memberikan alasan untuk berjumpa walaupun sekadar ingin memandang wajah kita, *rindu la tu 2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita 3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya 4. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata, masa nilah perempuan selalu tersipu malu 5. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai 6. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu. 7. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll 8.  Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh 9. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa 10. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita, 11. Aka...