Tuesday, 8 September 2015

Rindu Zaman Kanak Kanak Dulu :(

Assalamualaikum...



Comel kan budak perempuan tu? Comel macam Ira kan hihihi. Ekceli malam ni Ira nak cerita pasal zaman kanak kanak Ira dulu. Sumpah Ira cakap sebenarnya Ira rindu gila dengan zaman tu. Sebab apa? Sebab dulu Ira ramai kawan. Main segala permainan. Hari hari kita orang fikir nak main apa. Main belon acar ke, kejar kejar ke... Main polis entry want to jaga ke hahaha.

Kalau dah takde idea sangat main nyanyi nyanyi pun jadilah. Lepas tu dulu Ira duduk kat taman perumahan. Seronok sebab ramai jiran. Boleh gosip sama sama. Sedih sama sama. Semuanya sama samalah. Tapi tu semua kenangan kat JB lah. Sebab tu Ira tak suka sangat duduk kat negeri sembilan ni. Bosan ohh...

Apa yang membezakan dulu dengan sekarang ialah... Dulu Ira tak malu langsung nak berkawan dengan lelaki. Dalam kelas siap main jutaria lagi. Ira ingat lagi time tu Ira darjah 3. Main bola sepaklah. Lelaki perempuan main je sama sama. Sekarang ni semua dah matang. Ira macam malulah nak kawan dengan lelaki. Malu apanya?! Dengan classmate Ira yang lelaki tu siap gelak gelak besar lagi.

Tapi susahlah kalau kawan dengan orang yang cepat lupa ni. Agaknya kalau Ira dah kerja, dah duduk jauh nanti macam manalah. Mesti dia orang akan lupa Ira. Tu yang sedih tu. Tapi alhamdulillah sekarang ni Ira still contact kawan kawan lama Ira kat JB tu. Ira takkan lupa dia orang. Kan best kalau kat sini pun ada kawan macam dia orang semua tu. Serius rindu :( Zaman remaja sekarang tersangatlah boring hehe...



1 comment:

Aqilah Azmi said...

betullllllllll
sumpah rindu jgk hihu