Monday, 28 September 2015

Jariku!

Assalamualaikum...

Kali ni Ira nak mintak tolong sikit... Korang tahu tak macam mana nak sembuh kan kulit yang selalu terkopek kat bahagian jari? Terkopek sampai nampak daging pulak tu. Nak ambik gambar macam mana kulit tu terkopek tak sempat. Bukan tak sempat tapi malas huhu... Disebabkan esok sekolah tu yang malas nak buat semua tu. Persoalannya macam mana boleh terkopek? Panjang ceritanya...

Sebenarnya macam ni, jari telunjuk Ira selalu sangat kena cagu lepas tu Ira nampak dalam kulit tu ada benda warna kuning tau. Kadang kadang dia warna lain. Cagu... Korang tau kan? Ira dah research kat google tapi banyak cara yang sama aje. Last last Ira cucuk je guna ketip kuku biar semua nanah tu keluar. Pernah Ira buat kat tempat kerja pastu kawan Ira tegur yang jarum atau benda yang tajam tukan berbisa. Kalau cucuk kat jari kita lagilah sakit.

Ira fikir betul jugak cakap dia tu. Nak tau apa dia cakap lepas tu? Dia cakap benda tu akan pecah sendiri kalau kita biarkan aje dengan buat kerja berat berat. Bernas jugak idea tu. Sampai sekarang Ira biarkan jek cagu tu then kulit kat jari Ira tu makin banyak pulak yang terkopek. Ira dah geram sangat tu yang kopek je semua. Tu yang Ira nak tanya korang, apa cara nak sembuh kan kulit kita supaya tak terkopek lagi. Ira nak kulit tu tumbuh dengan sempurna.

Please bagi cadangan korang... Boleh pm Ira kat facebook, Naddy Elysa. Tak pun komen je kat bawah post ni kalau tak nak pm. Kan senang hehe :)

No comments: